Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 1 Januari 2018

Kuih Bakar, Kuih Tradisional yang Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Rezeki dapat impliment ilmu baru.
Kuih ni masa kecik-kecik dulu memang tak gemar. Mungkin sebab rupanya yang tak menawan kalbu & ianya lembik. But, entah sejak bila tekak ni boleh terima kuih bakar ni, saya pun tak ingat. Apa pun, kuih ni sedap & mudah dibuat.

Saya ingat susah sangatlah buat kuih ni dolu-dolu. Bila tengok kat IG @daddyisthechef , 'eh! Gini aje ke cara buatnya? Laaa...' Mudah bangat.
Tq untuk video tu chef...

So, gigihlah semalam cari bijan sebab bahan lain semua ada.
So, untuk anda yang suka kuih tradisional + mak ayah & mertua suka, trylah buat. InsyaAllah, dalam 1 jam dah boleh makan.

Bahan:
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula kaster
½ cawan Air*
2 helai daun pandan* + pewarna hijau (daun pandan akak kemetot sebab baru tanam)
*(di kisar dan tapis)
1 ½ kotak | 300 ml Santan
2 biji Telur
¼ sudu kecil Garam
Bijan secukupnya


Penyediaan:
1. Panaskan oven 180°C. Sapu minyak dalam loyang. Panaskan selama 5 minit di dalam oven.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender. Kisar & kemudian tapis.
3. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam loyang panas & bakar selama 10 minit. Kemudian keluarkan daripada oven dan taburkan bijan. Sambung bakar selama 40 - 45 minit. Siap.


Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...