Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kuih Kole Kacang Kuih Tradisional


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kole kacang @ koleh kacang.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya buat kuih kesukaan saya, suami & keluarga.

Jika pergi sarapan ke satu restoran berhampiran Masjid Nilai, kami mesti cari kuih ni dalam banyak2 kuih yang ada. Dek kerana tak pueh hati asyik abis RM2 sepaket, makanya akak masak seloyang hari ni. Senang hati... Hohoho...

Orang dok kata kuih ni susah nak buat tapi sebenarnya tak lah susah mana. As long kita ikut step yang diberi, InsyaAllah jadi. Dan untuk lebih mudah, saya dah minta tolong anak saudara untuk siapkan satu video. Boleh aje tonton di sini atau follow Instagram saya, alfisyahrinamolis.
Untuk sukatan masak kuih ni, boleh rujuk di sini atau sekeping gambar di IG saya.


Bahan:
Bahan A (tahi minyak)

600ml santan (guna santan kelapa pure jika dapat)
1/2 sudu kecil garam

Penyediaan Bahan A:
1. Satukan santan dan garam dalam kuali non stick.
Masak dengan api yang sederhana hingga adunan kental.
2. Kecilkan api dan terus memasak hingga terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak yang kuning gelap.
Angkat dan toskan minyaknya. Minyak disimpan untuk diletakkan dalam adunan kole kacang & oles di atas plastik loyang.
Tahi minyak pula ditabur atas kuih

Tahi minyak. Kita masak santan. In takes around 15-20 minutes untuk masak.

Bahan B (Air gula)
200gm gula merah
50gm gula pasir
150ml air
1 helai daun pandan

Penyediaan Bahan B:
Satukan semua bahan & masak gula hingga larut. Tutup api.

Kita masak semua bahan B. Dalam 5 minit dah siap.

Bahan C (Adunan tepung kacang)
150gm tepung kacang hijau
secubit garam
200ml santan kelapa segar
650ml air
1 helai daun pandan
1 sudu makan minyak kelapa (baki dari tahi minyak)

Penyediaan:
1. Satukan bahan C kecuali daun pandan & minyak kelapa. Kisar semuanya dalam blender.
2. Satukan bahan kisar (bahan C) dan air gula (bahan B) ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana sambil kacau.
3. Masak hingga ia meletup-letup kecil. Kecilkan api dan tambahkan minyak kelapa 2 sudu besar. Kacau hingga adunan memekat. Masak dalam masa 20 - 25 minit. Selesai masak, keluarkan daun pandan.
4. Sediakan loyang bulat atau segi empat yang di lapis plastik & di sapu dengan baki minyak kelapa. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
5. Hentak-hentak loyang sedikit untuk hilangkan gelembung udara (tip masak ala masterchef ni). Taburkan tahi minyak & biarkan sejuk & mengeras. Potong guna pisau plastik yang disapu sedikit minyak

Kisar semua bahan C kecuali daun pandan & minyak kelapa. Kemudian tuang aje ke dalam periuk atau kuali besar. 

Campuran Bahan C & B. Guna api sederhana atau kecil. Masak dalam lebih kurang 20-25 minit. Jika kurang, adunan tak kental & lambat mengeras atau cepat lembik.

Siap seloyang. Pueh hati akak dek non dapat makan ramai-ramai & berketul-ketul. :)

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...