Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pasta spaghetti dan sos carbonara


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Anda lapar tapi takde selera nak makan nasi? Teringin nak makan western? Tetiba teringat sos carbonara yang lemak berkrim tu?

Dek kerana saya dah terlebih makan nasi dua hari ni, so, tekak rasa nak makan benda simple dan western aje. Cepat skit hadam berbanding nasi dan lauk pauk yang sedap-sedap tu.
Korek dan recall balik apa yang ada dalam isi dapur dan resipi fettucini sebelum ni, so, inilah yang terhidang untuk saya dan hubby makan. Jom cuba. InsyaAllah, tak sampai setengah jam dah siap dan boleh dimakan panas-panas spaghetti dan sos carbonara.

Bahan-bahan:
1. Spaghetti (tang ni saya ambil dalam kuantiti 3 orang makan).
2. 600 ml air
3. 200 ml susu segar atau sejat (saya guna susu jenama anchor tu)
4. 1 kiub ayam "Maggi"
5. 1 biji bawang besar, didadu kasar
6. 1 ulas bawang putih, cincang halus
7. 2 1/2 camca besar mentega
8. 1 1/2 camca besar tepung gandum
9. 1/2 camca teh serbuk lada hitam
10. 4 batang sosej, hiris
11. 3 batang isi ketam dipotong tidak terlalu nipis (lebih kurang saiz 2 jari)
12. Cendawan Inoki (sebab ini aje yang ada dalam fridge saya)
12. Hirisan daun parsley sedikit (jangan banyak sebab takut warna hijau pulak kuah carbonara yang putih tu)
13. 1 batang saderi dipotong bulat-bulat
14. Serbuk lada hitam
15. Garam secukup rasa

Penyediaan:
  1. Rebus pasta dalam 8-10 minit. Al dante. (Ikut aje apa yang tulis di paket berapa minit pasta tu dimasak). 
  2. Dalam kuali lain, panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Perlahan-lahan. Gunakan api kecil kerana kalau api besar takut tepung itu hangus dan nanti berketul-ketul bila dicampur dengan susu. 
  3. Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kacau perlahan-lahan agar kuah tidak berketul-ketul jadinya. 
  4. Selepas dalam 3-4 minit, buka kembali api dapur dengan gunakan api yang kecil. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan batang saderi dan gaulnya dalam 2-3 minit agar batang tersebut sedikit lembut. 
  5. Kemudian letakkan sosej, isi ketam dan cendawan  tambah serbuk lada hitam, hirisan daun parsley dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Siap spaghetti dan sos carbonara untuk dinikmati. 
Happy Cooking

Simple Banana Cream-O Milkshake


Assalammualaikum & Salam Merdeka. Hari ini, kami di Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke-58 tahun. Meskipun ada banyak perkara yang tidak berkenan di hati dan jiwa, saya mohon agar Allah tunjuki kita semua ke jalan yang lurus.

Dan jom saya kongsikan resipi mudah susu pisang & biskut kocak @ banana cream-o milkshake yang mudah, sedap dan sihat. Jom sihatkan diri kita serta berjimat (pening makcik tengok harga barang ber'GST' ni).

Simple banana cream-o milkshake.
Ingredients:

3 cups of milk
2 scoops of vanilla icecream
2 bananas (makcik guna pisang montel)
4 pieces cream-o biscuits
2 tablespoon of honey

Preparation:
- Blend all the ingredients in a blander till it become smooth. DONE. 


Ayam Goreng Korea, ni semua sebab K-Drama yang masuk Malaysia.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua. Alhamdulillah, saya dapat cuba juga masak ayam goreng Korea. Dulukan ada kejap depa jual di KFC tapi sosnya alahai, ciput sangat. Dan tiba-tiba hari Sabtu lalu, Puan Roza Roslan ada kongsikan resipi ayam goreng Korea yang dimasakknya. Wah... teruja nak try.

Dan akhirnya, bila godek-godek isi dapur, semua bahan ada kecuali tepung jagung dan bijan. So, saya belilah tepung jagung dan bijan saya tak jumpa ke mana halanya staf kedai tu letak. Tapi apapun, rasanya tetap jadi k :) Even my father in law pun suka. Siap gigit sampai ke tulang kepak ayam tu lagi.

Bahan-bahan:
Bahan A:

1 kg kepak ayam (tapi yang ini, saya bedal aje guna apa bahagian ayam yang ada dalam fridge)
1 inci halia (tumbuk halus)
4 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung ayam goreng
Garam scukup rasa.

Cara:
1. Gaul ayam dengan garam, halia dan bawang putih.(perap 30 minit.)
2. Gaulkan dengan campuran tepung.
3.Goreng (deep fry) dengan minyak panas sehingga keperangan ranggup. (Yang ini pula, saya guna kuali kecil dan penuhkan 3/4 kuali dengan minyak. Kiranya 2 kali gorenglah nak dapatkan deep fry tu. Hehehehe...)

Bahan B:
1 sudu besar bawang putih tumbuk
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar madu
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar kicap cair (masin) (yang ini, saya bedal guna kicap pekat tapi saya guna 3/4 sudu aje)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar daun bawang dicincang (kalau anda adalah ya)

Cara:
1. Panaskan 2 sudu minyak masak.
2. Masukkan semua bahan. Tunggu sampai berbuih dan kuah memekat.
3. Gaulkan bahan A ke dalam bahan B. Letakkan ayam goreng korea atas pinggan dan taburkan atasnya dengan daun bawang.

Happy Cooking

Sup mudah makan dengan kuey teow & pasta rigati untuk sambut tetamu / menu orang demam


Assalammualaikum & Selamat Hari Raya semua. Alhamdulillah, sudah 4 hari kita di Malaysia menyambut Ramadhan. Selepas sehari dua raya ni, tekak dah mula ada yang nak cari makanan selain rendang, lontong dan kuah kacang. Dan bila tahu ada saudara mara mahu bertandang datang ke rumah, saya dah mula risau. Apa nak masak ya? Badan pun tak berapa sihat ni. Godek punya godek blog masakan akhirnya saya jumpa resipi mudah dari Che Mat Tiffinbiru (blog dia memang very helping). Mulanya ingat nak buat kuey teow hailam sudahnya saya tukar buat sup aje. Dan bila teringat ada 1 kotak pasta rigati ya dibeli last 2 weeks, terus ingat nak buat dua pilihan pada tetamu. Siapa rasa nak kuey teow boleh ambil yang tu dan siapa rasa nak mempastakan tekak, pilih aje rigati.

Jom saya kongsikan resipi sup yang boleh makan dengan kueh tiaw mahupun pasta.

Jika kat dapur rumah anda takde pasta rigati, pakai aje pasta lain yang ada. Janji boleh direbus dan dimakan. Guna aje apa ada di dapur :)

Kuey Teow & Pasta Rigati Sup
Bahan-bahan:
250gm pasta rigati yang direbus. Rebus dalam 8-10 minit aje (kalau terlebih masa, pasta jadi overcooked)
1 pek kuey teow yang yang dicelur sebentar.
ayam bahagian dada, bersihkan. Potong kecil.
1 biji kentang dipotong dadu (jangan kecil sangat tau. Sedang-sedang gitu)
1 pokok kecil sawi di kerat-kerat (versi anak sedara yang sengsara nak makan sayur)
3 biji bawang merah kecil, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
6-8 keping cendawan tiram
1 pokok kecil daun bawang, kerat kasar
1 batang lobak merah dipotong bulat
1 batang tangkai saderi
4-5 ketul bebola ikan/ayam/daging/sotong (apa aje yang ada dalam fridge tu). Potong 2.
400 ml stok rebusan ayam (guna 1 kiub ayam dan cairkannya dengan air panas)
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan 1 camca besar minyak masak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. 
3. Masukkan stok ayam. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan lobak merah dan 3 minit kemudian kentang.
4. Masukkan ayam dan bebola ikan. 
5. Bila ayam dan lobak sudah sedikit empuk, masukkan cendawan dan batang saderi. 
6. Letakkan garam secukup rasa. Tambah sedikit lada sulah. 
7. Letakkan pula sawi dan minyak bijan. Masak sekejap, rasa dan siap.

Cili Kicap:
Bahan-bahan: 
13 - 15 batang cili padi
2 batang cili merah
2 ulas bawang putih
Kicap manis
Gula
Garam

Penyediaan:
Kalau anda rajin, boleh je tumbuk cili, bawang & gula tu. Tapi kalau rasa macam tak berapa nak rajin, kisar aje semua bahan tu serentak :)

Happy cooking & Selamat Hari Raya

Orang baik itu ada tapi...

Assalammualaikum dan sejahtera semua.

Alhamdulillah, hari ni dah 16 Ramadhan. Kita sudah semakin menghampiri bulan Syawal.
Namun, isu-isu sekeliling dan keadaan semasa adakala membuatkan kita fikir, meriahkan raya tahun ini? Seronokkah keluarga di kampung yang kurang kemampuan? Bagaimana orang miskin, orang yang dibuang kerja, orang yang kilangnya ditutup menyambut hari raya? Mampukah ziarah sanak-saudara dengan kenaikan minyak, tol dan barangan sekarang ini? Subhanallah, Allahu Akbar... tak mampu untuk saya jawap semua ini dan sudah semestinya saya berharap Allah mempermudahkan urusan hamba-hambaNya yang teraniaya dan tertindas.

Namun, bilamana kita berdepan dengan situasi berjumpa dengan orang baik, yang ditakdirkan oleh Allah untuk kita ketemunya, hati rasa senang dengan luaran dan sikapnya. Segala urusan menjadi mudah dan cepat, mulut juga mahu ucapkan perkara-perkara yang baik dengan mereka ini.


Ada beberapa situasi kebelakangan ini saya terjumpa dan terdengar kisah orang baik yang ada tapi jumlahnya kurang ini. Situasi pertama berlaku bilamana bumbung saya bocor. Air meleleh dari sudut dinding dan berhampiran dengan plug. Setelah dihubungi suami dan kakak ipar akan kontraktor lama yang membuat plaster siling kami, dia datang dengan seorang pekerjanya. Dan apabila saya balik dari ambil stok, kelihatannya mereka sedang sibuk di atas bumbung membuat kerja. Dan ketika dia & pekerja hendak balik, saya intai dari dalam bilik (cermin bilik saya tinted), dan dapat lihat keceriaan dan keramahannya berbual dengan ayah mertua saya. Dan bila ditanya berapa bayaran yang perlu dibuat, katanya, "takpe pakcik. Kita tengok dulu macam mana. Kalau bocor lagi, kita kira kemudian. Apa-apa hal nanti, pakcik bagitau saya." Subhanallah, satu sen pun dia tidak mahu ambil dari kami padahal dia telah mendahulukan duit membeli zink dan menggunakan peralatannya serta kepakarannya.

Situasi kedua, bila mana saya pulang ke kampung sebelum raya. Menemankan mama yang menghantar barangan keperluan buat keluarga adiknya yang OKK dan kurang kemampuan. Terdengar perbualan mereka berdua di dalam kereta. Dan tiba-tiba pakcik saya yang OKK itu bercerita,
Pakcik: "kawan dapat bonus tahun ni skit teh."
Mama: "Aik? kau yang kerja kontrak pun dapat bonus gak? Ingatkan masa kau kerja tetap aje dapat bonus."
Pakcik: "Entahlah. Syarikat nak bagi."
Mama: "Bagusnya syarikat kau. Kerja kontrak yang gaji sikit pun dapat bonus. Baguslah kau rajin kerja..."
Suami: "Baguslah kilang pak itam. Dapat gak merasa bonus. Sekarang ni, mana syarikat besar nak bagi bonus pada pekerja sangat. Siap kena buang lagi adalah."

Situasi ketiga yang adakala memang saya sakit hati bila melihat harga buah-buahan atau barang keperluan asas yang mahal harganya. Tolonglah... katanya pisang dan durian tu, kita yang tanam, tapi kenapa harganya Allahu Akbar, mahal melampau. Siap durian ditimbang lagi dengan kulitnya. Saya terfikir, adakah mereka ini hatinya senang bila melihat keuntungan yang sedikit dari kesusahan orang lain. Saya ada sahabat yang jenis suka mengembara dan melihat culture hidup orang. Dan dia sendiri menyatakan, 'mampukah kedai di Malaysia menawarkan satu plastik buah-buahan yang pelbagai dengan harga hanya RM5?'

Di bawah ni saya tunjukkan antara negara bukan Islam yang mampu menawarkan harga yang berpatutan dengan penduduk dan orang luar yang ke sana. Saya sedih kerana negara kita yang dikatakan ISLAM, tidak mampu membuat sebaik mereka hatta tidak mampu bersikap amanah seperti mereka.

Bolehkah jualan mi segera di negara kita dijual dengan harga semurah ini? Tolong jangan convert. Untuk anda tahu harga itu murah atau mahal, anggap diri anda bekerja di sana dengan pendapat yang sama cuma nama matawang sahaja yang membezakan. Puchasing power yang sangat murah.

Mampukah peniaga buah di negara kita menawarkan harga buah-buahan TEMPATAN dengan harga serendah ini? Apapun alasan anda, fikirkan balik nikmat Allah jadikan pokok buah-buahan anda itu sihat dan tumbuh berbuah dengan cantik dan sihatnya. Saya memang sakit hati bila harga sesikat pisang yang tak berapa besar sangat, harganya RM8 di Nilai tetapi hanya RM6.50 di Bangi. Just so sick with all this...

Orang kata, bersyukurlah dengan apa yang ada. Dan ada orang kata, 'keluarlah duduk di luar kalau tak nak duduk dalam negara ni'. Saya tanya balik, 'anda bersyukur sangatkah sehinggakan tak nampak kesusahan orang miskin, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, OKU & OKK serta keluarga yang anak ramai?' Dan saya tanya balik, 'jika Allah tidak suruh saya keluar, kenapa awak mahu saya keluar dari sini? Dia lahirkan saya di sini dan ini negara saya juga. Cubalah belajar prihatin dan bertimbangrasa.'

Moga Allah dapat pandu saya dan anda semua ke jalan yang diredhainya. Dan moga Allah berikan kita kekuatan untuk menghadapi ujian akhir zaman ini sehingga malaikat maut mengambil nyawa. Innalilillah hiwainna ilaihi roji'un...

Chocolate Ganache / Sos Coklat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Semalam saya buat kek coklat. Saje je buat. Teringin nak makan. Adunan untuk kek tu, saya beli yang instant aje di kedai bakeri. RM10 untuk 1 pek 1 kg.

Dan kali ni, saya nak kongsikan cara-cara membuat chocolate ganache atau sos coklat yang kita buat untuk topping atas kek tu. InsyaAllah, sos coklat ini bukan sahaja boleh letak atas kek coklat tapi boleh drizzle atas donat atau kek cawan, buat air coklat ais atau panas dan lain-lain yang anda rasa nak letakkannya.

Bahan-bahan:

1. 180gm cokelat bar atau chocolate chip (mana-mana yang ada dalam stok anda)
2. 150gm Whipping krim atau heavy cream atau buttermilk (mana-mana yang ada jual kat kedai/pasaraya berhampiran anda).

Penyediaan.
1. Sediakan 1 periuk yang berisi 1/2 isi air kosong dalam periuk tersebut dan sediakan 1 periuk kecil atau bekas kecil yang boleh letak di atas periuk tersebut. Contohnya macam dalam di bawah. Ini dinamakan kaedah double boiling. Kaedah double boiling ini digunakan untuk memastikan coklat yang dicairkan masak dengan senang, tidak hangit dan tekstur coklat tak rosak.


2. Jika anda guna coklat bar, pecahkan/potong kecil-kecil. Ia bagi mempercepatkan coklat cair. Bila air sudah mendidih, letakkan coklat yang dipotong tadi atau coklat chip ke atas bekas di bahagian atas periuk. Kacau sehingga coklat cair.
3. Kemudian masukkan whipping krim/heavy krim/buttermilk ke dalam coklat tadi. Kacau sehingga sekata. Jika anda rasa coklat cair itu kurang sosnya, boleh tambah whipping krim itu lagi (kot lah kek anda besar & tinggi).
4. Tutup api dapur dan biarkan dalam seminit untuk sos coklat sejuk dan kemudian tuang sedikit demi sedikit dan ratakan ke atas kek. Untuk topping extra yang menarik, boleh taruk cip coklat, chocolate rice, buah-buahan atau kekacang.

Happy cooking

Padah berkata tanpa menilai perasaan orang

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Adakala. Bukan adakala tetapi selalu kita dengar orang berkata-kata sewenang-wenangnya tanpa terfikir atau terlintas di hati mereka yang kata-kata itu boleh membuatkan orang sakit hati atau kecil hati. Dahulu, saya ada perangai ini tetapi bukan melalui percakapan tetapi lebih kepada kata-kata di dalam hati. I under estimate certain people. Saya selalu buat andaian bila terpandang rakan ini keadaanya begini, mesti dia biasa-biasa aje. Bila orang ini pula saya assume yang dia macam ni pula perangainya atau keadaanya pada masa akan datang.

Dan... apa yang saya assume itu, akhirnya Allah tunjukkan buktinya satu persatu. Saya bukam. Saya diam. Saya mula belajar menilai kembali akan apa yang saya fikirkan dan andaikan dahulu. Ya, kita tidak tahu keadaan future kita bagaimana dan keadaan. Allah itu Maha Besar dan Maha Penyanyang. Dia ajar saya dengan caraNya yang tersendiri. Dan saya belajar untuk menilai kembali  banyak perkara yang berlaku di sekeliling saya.

Saya pernah berkecil hati dengan seorang hamba Allah ini. Dia menyatakan depan saya & ibu mertua saya yang wanita bila berusia 35 tahun sudah tidak boleh beranak lagi. Ya Allah, hanya Dia yang tahu rasa hati saya saat itu sehingga kini. Setiap kali saya teringatkan kata-katanya yang sesedap rasa menuturkan kata itu, hati saya pedih & sedih. Dan, sekali lagi Allah menunjukkan pada saya agar berhati-hati dengan kata-kata yang dituturkan. Allah perlihatkan kepada saya yang hamba Allah itu mengandung pada usia melebihi 39 tahun. Bila terjadi depan mata saya keadaan ini, saya terfikir kembali, buktikah yang Allah mahu tunjukkan pada saya ini? Dia mahu saya tahukah yang Dia berkuasa memberikan zuriat pada bila-bila masa atau pada siapa sahaja? Dan satu lagi bukti Allah tunjukkan pada saya, seorang jiran saya yang tidak memperolehi zuriat selepas 13 tahun berkahwin akhirnya melahirkan zuriat pertamanya semalam. Subhanallah, Allahu Akbar. Moga Allah memberi kesihatan yang baik kepada mereka berdua.

Satu lagi perkara yang buatkan saya terdiam bila mendengar bicara hamba Allah ini ketika memandang rendah akan orang lain. Dia kata budak ini tak pandai. Takkan pandai. Saya menyanggah kata-katanya itu dengan memaklumkan beberapa rakan-rakan saya yang kurang berjaya sebelum ini telah berjaya dalam hidupnya dan ada juga yang pada awalnya nampak bijak dan cerdik tetapi akhirnya membuat tindakan yang tidak terfikir di fikiran kita.

Allah akhirnya menunjukkan saya sekali lagi kesan pada kata-kata ini. Alhamdulillah, kanak-kanak yang dipandang rendah dahulu & diperlekehkan akan kekurangan kebijaksanaannya akhirnya berjaya sedikit demi sedikit. Hanya Allah yang tahu betapa saya gembira. Saya gembira dia berjaya dalam pelajarannya yang tersendiri dan saya gembira kerana hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan di hadapan mata saya.


Bagi saya, pada zaman yang mencabar dan akhir zaman ini, apa yang penting bagi manusia adalah berusaha untuk mendapatkan redha Allah dan mencari rezeki yang halal & diberkati. Banyak orang berjaya tetapi lihatlah apa yang terjadi padanya dan keluarga. Perjalanan di dunia ini tidaklah panjang mana, so, cubalah kita berusaha untuk berbuat kebaikan dan pahala untuk saham akhirat kita.

Ada satu kata-kata dari ulama terdahulu yang saya baca dalam buku Dalam Hati Ada Syurga, "Jika aku lihat isteri dan anak-anakku berkelakuan tidak baik pada hari itu, akan akan mula berfikir apakah kesalahan atau dosa yang aku telah lakukan sehingga mereka bertindak begitu." Wahai ibu dan ayah mahupun ketua keluarga di luar sana, berusahalah mendapatkan rezeki yang baik buat keluarga dan berhati-hatilah dalam perbuatan dan tindakan kita. Takut nanti ia memakan diri kita satu hari nanti...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...