Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Orang baik itu ada tapi...

Assalammualaikum dan sejahtera semua.

Alhamdulillah, hari ni dah 16 Ramadhan. Kita sudah semakin menghampiri bulan Syawal.
Namun, isu-isu sekeliling dan keadaan semasa adakala membuatkan kita fikir, meriahkan raya tahun ini? Seronokkah keluarga di kampung yang kurang kemampuan? Bagaimana orang miskin, orang yang dibuang kerja, orang yang kilangnya ditutup menyambut hari raya? Mampukah ziarah sanak-saudara dengan kenaikan minyak, tol dan barangan sekarang ini? Subhanallah, Allahu Akbar... tak mampu untuk saya jawap semua ini dan sudah semestinya saya berharap Allah mempermudahkan urusan hamba-hambaNya yang teraniaya dan tertindas.

Namun, bilamana kita berdepan dengan situasi berjumpa dengan orang baik, yang ditakdirkan oleh Allah untuk kita ketemunya, hati rasa senang dengan luaran dan sikapnya. Segala urusan menjadi mudah dan cepat, mulut juga mahu ucapkan perkara-perkara yang baik dengan mereka ini.


Ada beberapa situasi kebelakangan ini saya terjumpa dan terdengar kisah orang baik yang ada tapi jumlahnya kurang ini. Situasi pertama berlaku bilamana bumbung saya bocor. Air meleleh dari sudut dinding dan berhampiran dengan plug. Setelah dihubungi suami dan kakak ipar akan kontraktor lama yang membuat plaster siling kami, dia datang dengan seorang pekerjanya. Dan apabila saya balik dari ambil stok, kelihatannya mereka sedang sibuk di atas bumbung membuat kerja. Dan ketika dia & pekerja hendak balik, saya intai dari dalam bilik (cermin bilik saya tinted), dan dapat lihat keceriaan dan keramahannya berbual dengan ayah mertua saya. Dan bila ditanya berapa bayaran yang perlu dibuat, katanya, "takpe pakcik. Kita tengok dulu macam mana. Kalau bocor lagi, kita kira kemudian. Apa-apa hal nanti, pakcik bagitau saya." Subhanallah, satu sen pun dia tidak mahu ambil dari kami padahal dia telah mendahulukan duit membeli zink dan menggunakan peralatannya serta kepakarannya.

Situasi kedua, bila mana saya pulang ke kampung sebelum raya. Menemankan mama yang menghantar barangan keperluan buat keluarga adiknya yang OKK dan kurang kemampuan. Terdengar perbualan mereka berdua di dalam kereta. Dan tiba-tiba pakcik saya yang OKK itu bercerita,
Pakcik: "kawan dapat bonus tahun ni skit teh."
Mama: "Aik? kau yang kerja kontrak pun dapat bonus gak? Ingatkan masa kau kerja tetap aje dapat bonus."
Pakcik: "Entahlah. Syarikat nak bagi."
Mama: "Bagusnya syarikat kau. Kerja kontrak yang gaji sikit pun dapat bonus. Baguslah kau rajin kerja..."
Suami: "Baguslah kilang pak itam. Dapat gak merasa bonus. Sekarang ni, mana syarikat besar nak bagi bonus pada pekerja sangat. Siap kena buang lagi adalah."

Situasi ketiga yang adakala memang saya sakit hati bila melihat harga buah-buahan atau barang keperluan asas yang mahal harganya. Tolonglah... katanya pisang dan durian tu, kita yang tanam, tapi kenapa harganya Allahu Akbar, mahal melampau. Siap durian ditimbang lagi dengan kulitnya. Saya terfikir, adakah mereka ini hatinya senang bila melihat keuntungan yang sedikit dari kesusahan orang lain. Saya ada sahabat yang jenis suka mengembara dan melihat culture hidup orang. Dan dia sendiri menyatakan, 'mampukah kedai di Malaysia menawarkan satu plastik buah-buahan yang pelbagai dengan harga hanya RM5?'

Di bawah ni saya tunjukkan antara negara bukan Islam yang mampu menawarkan harga yang berpatutan dengan penduduk dan orang luar yang ke sana. Saya sedih kerana negara kita yang dikatakan ISLAM, tidak mampu membuat sebaik mereka hatta tidak mampu bersikap amanah seperti mereka.

Bolehkah jualan mi segera di negara kita dijual dengan harga semurah ini? Tolong jangan convert. Untuk anda tahu harga itu murah atau mahal, anggap diri anda bekerja di sana dengan pendapat yang sama cuma nama matawang sahaja yang membezakan. Puchasing power yang sangat murah.

Mampukah peniaga buah di negara kita menawarkan harga buah-buahan TEMPATAN dengan harga serendah ini? Apapun alasan anda, fikirkan balik nikmat Allah jadikan pokok buah-buahan anda itu sihat dan tumbuh berbuah dengan cantik dan sihatnya. Saya memang sakit hati bila harga sesikat pisang yang tak berapa besar sangat, harganya RM8 di Nilai tetapi hanya RM6.50 di Bangi. Just so sick with all this...

Orang kata, bersyukurlah dengan apa yang ada. Dan ada orang kata, 'keluarlah duduk di luar kalau tak nak duduk dalam negara ni'. Saya tanya balik, 'anda bersyukur sangatkah sehinggakan tak nampak kesusahan orang miskin, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, OKU & OKK serta keluarga yang anak ramai?' Dan saya tanya balik, 'jika Allah tidak suruh saya keluar, kenapa awak mahu saya keluar dari sini? Dia lahirkan saya di sini dan ini negara saya juga. Cubalah belajar prihatin dan bertimbangrasa.'

Moga Allah dapat pandu saya dan anda semua ke jalan yang diredhainya. Dan moga Allah berikan kita kekuatan untuk menghadapi ujian akhir zaman ini sehingga malaikat maut mengambil nyawa. Innalilillah hiwainna ilaihi roji'un...

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...