Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 1 September 2015

Pasta spaghetti dan sos carbonara

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Anda lapar tapi takde selera nak makan nasi? Teringin nak makan western? Tetiba teringat kuah carbonara yang lemak berkrim tu?

Dek kerana saya dah terlebih makan nasi dua hari ni, so, tekak rasa nak makan benda simple dan western aje. Cepat skit hadam berbanding nasi dan lauk pauk yang sedap-sedap tu.
Korek dan recall balik apa yang ada dalam isi dapur dan resipi fettucini sebelum ni, so, inilah yang terhidang untuk saya dan hubby makan. Jom cuba. InsyaAllah, tak sampai setengah jam dah siap dan boleh dimakan panas-panas.

Bahan-bahan:
1. Spaghetti (tang ni saya ambil dalam kuantiti 3 orang makan).
2. 600 ml air
3. 200 ml susu segar atau sejat (saya guna susu jenama anchor tu)
4. 1 kiub ayam "Maggi"
5. 1 biji bawang besar, didadu kasar
6. 1 ulas bawang putih, cincang halus
7. 2 1/2 camca besar mentega
8. 1 1/2 camca besar tepung gandum
9. 1/2 camca teh serbuk lada hitam
10. 4 batang sosej, hiris
11. 3 batang isi ketam dipotong tidak terlalu nipis (lebih kurang saiz 2 jari)
12. Cendawan Inoki (sebab ini aje yang ada dalam fridge saya)
12. Hirisan daun parsley sedikit (jangan banyak sebab takut warna hijau pulak kuah carbonara yang putih tu)
13. 1 batang saderi dipotong bulat-bulat
14. Serbuk lada hitam
15. Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Rebus pasta dalam 8-10 minit. Al dante. (Ikut aje apa yang tulis di paket berapa minit pasta tu dimasak).

2. Dalam kuali lain, panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Perlahan-lahan. Gunakan api kecil kerana kalau api besar takut tepung itu hangus dan nanti berketul-ketul bila dicampur dengan susu. 

3. Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kacau perlahan-lahan agar kuah tidak berketul-ketul jadinya.

4. Selepas dalam 3-4 minit, buka kembali api dapur dengan gunakan api yang kecil. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan batang saderi dan gaulnya dalam 2-3 minit agar batang tersebut sedikit lembut. 

5. Kemudian letakkan sosej, isi ketam dan cendawan  tambah serbuk lada hitam, hirisan daun parsley dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Siap.

Happy Cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...