Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Baik Sangka (Husnu Zan)

Hari ni saya nak kongsi sedikit ilmu dari majalah Solusi Isu 17 berkenaan dengan baik sangka sama ada kepada Allah, Rasulullah dan sesama manusia.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah s.w.t. berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku." (Riwayat Al-Bukhari).

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksud hadis riwayat Muslim: "Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."

Apa maksud bersangka baik dengan Allah? Besangka baik di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Dengan siapa perlu kita bersangka baik? Dengan Allah lebih utama dan kemudiannya sesama manusia, lebih-lebih lagi sesama muslimin.

Seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah:
1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.
2. Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.
3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesama manusia lain.
1. Memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negatif.
2. Tidak menyebarkan keburukan saudara seIslam yang lain.
3. Nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut.
4. Saling mendoakan kesejahteraan.
5. Mudah memaafkan.


Semoga hati kita dilimpahi baik sangka dengan segala-galanya, baik sangka kepada Allah, sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yang menimpa kita.

Movie When in Rome yang mampu pecahkan tawa

Semalam, saya dan hubby jalan2 di Alamanda. Pada awalnya kami cadang nak nonton When in Rome pukul 12.30 t/hari. Tapi oleh kerana ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, kami nonton jam 4.30 petang (janji dapat nengok gak kan).

Mula-mula masa beli tiket, tengok kedudukan seat macam tak ramai orang nak nonton pukul 4.30 tapi bila masuk panggung aje, mak ai, dah sampai ke depan rupanya.. (tinggal 3 row aje nak betul2 depan sekali). Masa ajak hubby pi nonton, member di FB yang dah nengok cerita ni kata cerita ni memang lawak + romantic comedy. Apa lagi, tu lah persepsi saya masa nampak ramai budak-budak muda n couple ramai-ramai masuk panggung.
Dan, akhirnya bila tayangan bermula, beberapa minit aje kami dah start ketawa. And the laughing go on and on every five minutes. Remaja-remaja lelaki yang datang berkumpulan and duduk depan seat saya pun pecah perut gelak dalam panggung tu. Siapa sangka, cerita dia memang lawak. Dan siapa juga sangka lelaki cerita Transformers, Josh Duhamel (alah, yang jadi askar dalam transformer 1 tu) mmg ok giler bila jadi hero filem.
Kalau ikutkan memang banyak slot kelakar dalam cerita ni, tapi antara banyak-banyak tu, dua yang paling saya ingat. First, masa Josh Duhamel n Kristen Bell makan dalam gelap kat satu restoran (restoran ni ada dlm cerita CSI) and second masa Kristen Bell and all the four guys yang kena magical spell masuk dalam kereta kecik. Memang horible giler satu panggung ketawa.
Anyway, i give 5 stars untuk cerita ni. Harap-harap dapat nonton lagi kat astro...

Kenapa HATI susah menerima ILMU

Kali ini saya ingin kongsikan sebab-sebab kenapa ilmu susah melekat di dalam hati & cara-cara membuka hati yang tertutup. Selalu saya akui perkara ini terjadi bilamana saya cuba mengingati sesuatu tapi hanya sebahagian kecil sahaja yang melekat di minda...

ILMU merupakan hakikat kebenaran yang mutlak. Tempatnya di dalam HATI. Jadi, HATI perlu bersih dan suci supaya ILMU dapat bertapak di dalamnya.


Sebab-sebab ILMU susah bertapak di dalam HATI.

* Kekeruhan dosa dan kotoran yang berkumpul di dalam hati

* Makanan yang syubhah dan haram

* Tidak memohon keredhaan ibu dan bapa

* Hati sering terdorong ke arah lain. Tidak diarahkan merenung keagungan Allah

* Hati tertutup kerana pegangan dalam perkara-perkara kehidupan seharian terhadap tradisi yang diwarisi sejak kanak-kanak tanpa dinilai berdasarkan penilaian syariat

* Taasub kepada sesuatu aliran fahaman dan merendahkan aliran fahaman golongan lain tanpa pendekatan tasamuh (keterbukaan)

* Belum mempunyai ILMU yang berkaitan sebagai asas

Membuka HATI yang tertutup

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ma'arij al-Quddus Fi Madarij Ma'rifatin Nafs, HATI seseorang itu akan tertutup daripada memperolehi ILMU yang benar sehinggalah dia menjalankan usaha yang serius untuk membukanya.


Kaedah membuka HATI

1. Mengutamakan mujahad iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah. Allah swt berfirman: Dan orang yang berjuang untuk (menari keredhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. (Surah al-Ankabut: 69)

2. Menghapuskan sifat mazmumah iaitu sifat peribadi yang tercela

3. Menjauhi maksiat

4. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah

5. Banyak bertawakal kepada Allah

6. Zuhud atau meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau perkara yang melalaikan

7. Berusaha menjauhi tuntutan syaitan

8. Ikhlas kepada Allah. Dengan keikhlasan itu HATI akan suci dan bersih lalu dipenuhi nur. Dengan nur, segala ILMU pengetahuan mudah difahami dan diserap

9. Membaca al-Quran. Sering membaca al-Quran kerana dengannya akan terbuka sinar HATI dan akan mudah menerima ILMU. Al-Quran adalah tangga untuk mencapai ILMU di lohmahfuz di mana kandungan al-Quran itu sendiri berasal daripada catatan di lohmahfuz

10. Merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana kedua-duanya merupakan sumber ILMU sejati dan penyempurnaan kepada akal manusia. ILMU pengetahuan yang benar akan memperolehi sinar apabila dihubungkan dengan kedua-dua sumber asli

11. Mengamalkan ILMU yang dipelajari. Seorang muhaddis terkemuka, Ibn al-Salah menyebutkan bahawa Syeikh Waqi pernah berkata: "Apabila anda ingin menghafal hadis, hendaklah anda mengamalkan ajarannya."

Sumber rujukan: Siti Nor Bahyah Mahamood dan Muhammad Zakaria, 2009. Rahsia Minda Hebat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.
Gambar: Dari google search

Misteri Bunyi di Gunung Nuang akhirnya tiba

Balik dari Ampang mlm semalam selepas menempuh pelbagai dugaan (hubby salah masuk lorong utk balik ke Nilai so, terpaksa berderet2 mengikut bontot kereta peminat-peminat bola Negeri Sembilan & mcm2 lagi), ada satu berita gembira menanti saya.

Bukak aje pintu bilik, ternampak satu bungkusan coklat di atas katil. Sebaik aje lampu bilik menyala, saya senyum lebar. Buku-buku dari JS akhirnya selamat tiba di rumah. Pantas saya bawa bungkusan tersebut ke ruang tamu untuk ditunjukkan pada hubby, kakak ipar n mak mertua.
Tengah saya terhegeh-hegeh nak buka balutan, hubby saya terus angkat bungkusan tersebut & tolong koyakkan. Katanya, "payah benar nak bukak. Bak sini." So, saya biarkan dia bukak.
Dan Alhamdulillah, 10 copy untuk penulis saya terima tanpa sebarang kecederaan sirius. Dan paling saya terkijut, saya dapat 2 copy percuma buku adiwarna untuk tahun ni. Iaitu Geng Odah dan Misteri Rimba Menanti. Mekacih banyak2 JS...

Amalan pemakanan Rasulullah S.A.W.

  1. Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa mereka yang menjaga kesihatan badan akan beroleh umur panjang.
  2. Perut ialah rumah segala penyakit & berpuasa ialah kepala segala ubat. Oleh itu biasakanlah berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari sebulan. Sebaik-baiknya berpuasa sunatlah dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.
  3. Makanlah secara berjemaah untuk mendatangkan berkat. Sabda Rasulullah S.A.W. : Berjemaah itu rahmat. (Riwayat al-Baihaqi no.9119)
  4. Makan di pasar yang sibuk bukanlah amalan Rasulullah S.A.W.
  5. Rahmat Allah berada di tengah-tengah hidangan. Oleh itu mulalah makan makanan yang berada di tepi pinggan atau hidangan dahulu dan berakhir di bahagian tengah, bukan dimulai dari tengah.
  6. Rasulullah S.A.W. makan hidangan hingga habis ke butir yang terakhir.
  7. Apabila berpuasa, bangunlah bersahur sebelum terbit fajar kerana banyak rahmat Allah pada waktu tersebut.

Sumber: Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Haji Muhammad Zakaria, April 2009, Rahsia Minda Hebat, Selangor, Telaga Biru Sdn Bhd.

Umrah mama & abah + pesta buku sikit

Aktiviti saya sejak jumaat lepas sehinggalah semalam (Isnin, 29 Mac) memang busy sentiasa.

Hari Jumaat tu, turun KL coz jumpa member dan membeli-belah di pesta buku lagi. Demi novel 'Cinta Sufi' yang baru keluar dari oven, saya gagahi. Hehehe... Lagipun hubby memang paling tak sabar nak baca buku tu (saya plak khatamkan buku Norhayati Berahim).

Buku2 Ramlee Awang Murshid yg memang digilai oleh peminat-peminatnya sendiri. Nasib banyak lagi stok. Errr... Oleh kerana ni gambar kandid, jadi termasuklah wajah adik yang sedang berjalan tu... Kihkihkih...

Ni pulak pic dengan Hairol @ Rehal Nuharis. Sentiasa ceria walaupun ponek bekerja.
Lepas memborong dan membeli buku yang dipesan, petang tu saya tunggu hubby balik kerja di KL Sentral. Makan n dating-dating di Burger King. Lepas maghrib baru naik ERL untuk balik ke Nilai.

Esoknya pula, kami berdua balik ke Ampang coz mama dan abah saya akan mengerjakan umrah jadi ada kenduri kecil pada hari Ahad. Maka bermulalah aktiviti memasak, mengemas, bercerita, bergosip dan bergelak ketawa di dapur oleh anak-anak, menantu dan sepupu sepapat saya. Hahaha...
Dan Alhamdulillah, kenduri doa selamat berjalan dengan lancar hari Ahad tu. Anyway, thanks Una dan Linda for the superb kuih tako @ kuih pelita. Si Aiman sampai kata macam aiskrim aje bila makan sejuk2.

Aktiviti bergambar semestinya dilakukan di kala sebelum mama dan abah menaiki kapal terbang... Senyum semua...



Suasana sesak di KLIA. Memang menguji kesabaran betul hari tu. Sistem check-in di KLIA bermasalah. Ramailah orang yang terpaksa menunggu untuk check-in. Sepatutnya jam 1 tengahari dah boleh masuk tapi sampai jam 1.30 masih juga menunggu. Kesian kanak-kanak dan warga emas terpaksa berdiri lama. Siap ada yang duduk bersila lagi. Entah mana kerusi yang banyak di KLIA dicampak saya pun tak tahu. Mereka sepatutnya ada backup system untuk tangani masalah seperti ini.

Apa-apa pun saya berdoa moga sepanjang mereka mengerjakan umrah dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Amin...

Pesta Buku A/bangsa KL yang meriah. Mak Ai!

Terasa lagi kaki ni lenguh-lenguh & tangan ni sakit-sakit menjinjit beg-beg plastik berisi buku. Nasib baik pergi dengan hubby, kalau pegi sorang alamatnya, saya bawak beg galas le.

Sampai di pesta buku dalam jam 10.30 pagi. Itupun nasib baik parking dekat area Pusrawi so senang sikit nak berjalan ke ruang seberang sungai PWTC. Masuk-masuk Dewan Tun Razak dua tu aje dah nampak booth PTS, berhadapan pula dengan booth Karnadya. Ramainya orang membeli belah dah time ni...


Terus ke booth KD dan cari Nadiah. Settlekan diri dulu di KD n borak-borak dengan Kak Aina, Kak Mimie dan sempat juga berkenalan dan beramah mesra dengan Busu Najib, Hasif Hamsyari dan juga Laura Caldwell dr US. Beberapa buku dia ada diterjemahkan ke dalam bahasa melayu under KD seperti Malam yang indah, Bukan cinta glamor & Cuti-cuti cinta. She's really friendly dan hubby saya suka aje borak dengan dia.


Aina Emir (my mum favourite writer) n Hasif Hamsyari (youngest writer in KD)


Laura Caldwell dan Mimie Afinie

Lebih kurang setengah jam di KD, saya dan hubby memulakan operasi meronda dan membeli-belah (exactly hubby dah borong 2 buku dulu).


Gambar atas: Saya dan Anita Aruszi (just happy to read her novel. A good writer). Gambar tengah & bawah: Norhayati Berahim dengan buah hati pengarang jantungnya, Teta (selalu baca blog Kak Yati pasal Teta dan hari tu, live in person saya dan hubby jumpa dia yang comel). Dan yang kelakarnya, hubby boleh kata, "muka budak dalam buku Teta balik Turki ni macam muka anak Norhayati Berahim lah. Saya sengihlah dan bagi tau yang tu memang pun gambar Teta. hehehe...)

Setelah penat membuat senaman kaki, tangan dan mulut di pesta buku, akhirnya kami berdua makan-makan pula di McDonald kat Ampang (coz lepas pesta buku nak ke rumah mama & abah kejap)

Koleksi-koleksi buku-buku dan cenderahati dari pesta buku Kuala Lumpur. Itupun nasib baik dah bagi 4 buah buku yang diorder oleh adik kalau tak mesti masuk gambar ni juga. Hahaha...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...