But anyway, resipi ayam goreng korea kali ni saya amik dari Chef Baek Jong-Won yang femes tu dalam rancangan The Backpacker Chef. Resipi ni lagi mudah dan serius simple. Semua bahan ada kat dapur kita kecuali Gochujang. Hat tu korang kena beli kat supermarket. Janji cari yang ada cop Halal ya (sebab ada yang sejenis lagi dia tulis containing alcohol).
Bahan:
1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar minyak masak
1/3 cawan sos cili
3 sudu besar gochujang
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar gula
2 sudu kecil cuka
1 cawan air
Sedikit daun bawang dan bijan yang disangai
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, masukkan ayam untuk digoreng. Untuk resipi Chef Baek ni, ayam tu TAK PERLU sadur garam or kunyit. Goreng gitu aje. Memang nampak pucat tapi kalau anda tengok rancangan The Backpacker Chef, gitulah caranya mereka goreng.
2. Setelah selesai ayam digoreng, kurangkan baki minyak dalam kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar. Masukkan bawang putih dan goreng sebentar.
3. Masukkan pula gochujang, serbuk cili, sos cili dan gula. Kacau sebentar dan masukkan pula air. Kacau lagi dan biar ia masak sebentar. Bila nampak mendidih, masukkan pula cuka dan ayam goreng tadi. Kacau dan biarkan ia masak lebih kurang 3-4 minit. Kita nak ayam tu mesra dengan sos.
5. Setelah kita nampak sos memekat dan ayam disadur elok merahnya, kacau sebentar dan tutup api. Angkat ayam dan letakkan dalam mangkuk yang sesuai. Taburkan dengan hirisan daun bawang dan juga bijan. Siap ayam goreng Korea kita untuk dinikmati begitu sahaja atau dimakan dengan nasi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan