Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Global Sumud Flotilla terus belayar menuju Gaza

 


Alhamdulillah, kapal-kapal di bawah projek Global Sumud Flotilla semakin maju menuju ke Gaza. Mereka yang bergerak dari Barcelona, Tunis, Genoa & Sicily sekarang semakin ramai mula berkumpul di laut antarabangsa menuju ke tempat yang dituju. Mereka yang berada dalam kapal ini sudah semestinya jelak dan benci dengan apa yang berlaku hampir 2 tahun ini ke atas penduduk Gaza. Mana mungkin mereka dan kita duduk berdiam diri melihat kekejaman yang berlaku terhadap orang awam dan bumi anbiya' itu. 

Para aktivitis yang mempunyai latar belakang yang pelbagai ini bergabung tenaga, masa, wang ringgit dan kepakaran demi merealisasikan penyampaian bantuan kemanusiaan seperti ubat, makanan dan keperluan asas lain kepada rakyat Gaza yang terkepung. Namun, urusan mereka ini tidak mudah. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan keadaan cuaca dan laut tidak menentu tetapi juga serangan tidak terduga oleh mereka yang tidak mahu melihat projek ini berjaya. Setibanya kapal yang belayar dari Barcelona tiba di Tunisia, dua insiden merbahaya telah berlaku. Dua kapal telah diserang oleh dron di pelabuhan ketika waktu malam iaitu kapal Familia Madeira dan Alma. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan namun ia menunjukkan bahawa pihak jahat sudah mula melancarkan operasi mereka untuk menyekat kemasukan kapal-kapal ke laut Gaza. 

Menurut berita luar, ada beberapa kapal kecil dan agak lama ditarik penyertaannya kerana dibimbangi tidak dapat meneruskan perjalanan akibat cuaca yang tidak menentu dan berisiko ke atas nyawa pelayar-pelayar di atasnya. Bukan itu sahaja, dikatakan beberapa perubahan pada haluan telah dibuat bagi mengatasi ancaman logistik dari pihak-pihak yang bersekongkol. Dan melihat pada berita di media sosial, semakin banyak kapal-kapal telah berkumpul di perairan antarabangsa untuk sama-sama menuju ke Gaza. Para pelayar yang tiba awal dan sedang menunggu kapal-kapal lain, mereka melakukan beberapa aktiviti tertentu dalam mengisi masa yang ada. Beberapa latihan turut dilakukan di atas kapal dalam menyiapkan diri berhadapan dengan tentera zionis yang pastinya tidak begitu baik melayan para aktivis yang datang.



Hari ini, bila lihat kepada tracker yang ada di laman web Global Sumud Flotilla, sudah ada 50 kapal belayar menuju ke Gaza. Ada yang masih belayar dan ada yang sedang menanti. Diberitakan juga oleh Berita Alhijrah tadi, kapal yang dinaiki oleh saudara Nadir al-Nuri dan wartawan Berita Alhijrah, baru sahaja belayar. Moga pelayaran mereka semua dapat bergabung dengan kapal-kapal lain di laut Maditeranean. Moga usaha mereka semua dalam lindungan Allah dan Allah membantu mereka di saat-saat sukar sama ada di laut mahupun ketika sudah tiba di Gaza.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...