Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kapal-kapal Global Sumud Flotilla telah memasuki separuh zon kuning


 Assalammualaikum & salam sejahtera. Malam tadi, bila tengok medsos Global Sumud Flotilla dan saluran berita nasional, katanya kapal akan mula belayar masuk zon kuning dalam jam 9.15 malam (waktu Malaysia). Risau juga rasa hati masa tu. Suami yang baru balik kerja dan keluar bilik air lepas berwuduk, saya maklumkan. Dia pandang jam dan diam. Kami solat isyak berjemaah dan bila rakaat akhir, rupanya suami baca doa qunut nazillah. Rupanya dia risau juga tapi pada Allah kami minta semua pelayar tidak menghadapi ancaman yang merbahaya. 

Dan pagi tadi, bila dah buka phone, saya lihat di IG, Nadir Al-Nuri maklumkan mereka dah nak sampai ke konvoi kapal-kapal lain. Dari kepekatan malam, nampak sinaran cahaya seperti kelip-kelip di kejauhan. Itulah kapal-kapal GSF. Dan tadi, bila masak, dengar Youtube. Kapal dinaiki ZRA ada masalah enjin yang teruk. Tidak boleh belayar. Jadinya terpaksa ditarik oleh kapal lain yang berhampiran. 

Dan sekarang, jam 6.30 petang waktu Malaysia, kapal-kapal GSF sudah belayar separuh dari zon kuning yang ditanda. Khabar dari berita MAPIM tadi, mungkin, jika tiada aral, kapal-kapal GSF akan masuk ke zon merah dalam 23 jam dari sekarang. 

Zon merah ini mereka bahagikan kepada 3 bahagian juga. Bahagian pertama, area kawasan kapal Madleen, Handala dan Mavi Marmara pernah ditahan. Bahagian kedua pula, di penghujungnya, kapal Rachel Corrie pernah ditahan. Bahagian ketiga pula, bahagian yang semakin hampir dengan Gaza, iaitu mengikut perkiraan Sumud tracker, mengambil masa 1 hari 9 jam untuk sampai ke persisiran pantai Gaza. 

Dalam seminggu ini, pastinya semua mata penduduk dunia yang mengikuti perkembangan di Palestin, Gaza dan Global Sumud Flotilla akan melihat apakah para belayar dapat belayar dengan selamat atau sebaliknya. Namun, setiap orang pastinya mendoakan para pelayar selamat dan lebih-lebih lagi bantuan dapat disampaikan pada penduduk Gaza yang memerlukan. Ya Allah, lindungi mereka semua, kasihanilah mereka semua. 

Gulai lemak cili padi cendawan kukur, lauk kampung yang terangkat rasanya


 Assalammualaikuk dan salam sejahtera. Akhirnya, gulai lemak cili padi cendawan kukur kembali di dapur Nilai. Alhamdulillah, rezeki masa pergi ke Temerloh 2 minggu lepas, di pasar sehari Temerloh, ramai peniaga jual cendawan kukur. Subhanallah, rasa seronok sangat. Sebab dah lama tak makan gulai ni. Kat Nilai, susah nak dapat cendawan ni. Kalau cendawan tiram or cendawan enoki, banyaklah. Ngeee...

Apa lagi, belilah satu plastik kecil yang harga satu cup dalam RM5. Takdelah nak beli banyak bila dah tinggal berdua aje ni. Godek balik resipi lama dan resipi orang lain di Youtube, nampak lebih kurang sama, so, kita masaklah. Ini resipi penyediaan gulai lemak cili padi cendawan kukurnya. 

Bahan:
200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
1 genggam ikan bilis direndam seketika & toskan
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
500ml santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1/2 cawan cili padi
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Penyediaan:
1. Toskan cendawan kukur, kemudian cuci sekali lagi sambil ramas-ramas cendawannya. Nak bagi cendawan tu lembut. Kemudian basuh bersih, bilas dan tapis.
2. Masukkan cendawan, serai dan bahan kisar halus ke dalam kuali. Gaul rata. Tuang santan sedikit dan masak hingga mendidih. Kacau sekali sekala. Tambahkan ikan bilis dan asam keping. Masak hingga cendawan lembut.
3. Kemudian, tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan masak. Lebih kurang dalam 4-5 minit. Tutup api dan siap untuk dihidang gulai lemak cili padi cendawan kukur kita. Enak dimakan dengan nasi putih, ayam goreng kunyit atau ikan goreng kunyit. 



Global Sumud Flotilla diserang dron dan kapal tentera dari Itali dan Sepanyol datang membantu


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari ini dunia digemparkan dengan demostrasi besar di seluruh Itali. Tidak lama kemudian, 24 September tarikh di Malaysia, lebih dari 10 dron telah mengganggu para peserta / aktivis Global Sumud Flotilla berhampiran perairan Greece. Beberapa kapal mengalami sedikit kerosakan, beberapa objek tidak dikenali dijatuhkan oleh dron dan komunikasi terganggu buat beberapa ketika di antara kapal-kapal. Ini membuatkan bukan sahaja Malaysia tetapi seluruh masyarakat antarabangsa berasa tidak puas hati dan risau akan keselamatan para aktivis. Namun begitu, para aktivis menyatakan bahawa semua itu telah dijangka akan berlaku sebaik sahaja mereka semakin hampir dengan zon kuning menuju Gaza. Pelbagai serangan bakal dihadapi sebaik menghampiri perairan. Cuma mereka merasakan, kali ini, si zalim bertindak lebih jauh di mana para aktivis / pelayar Sumud masih jauh dari zon kuning. Mereka bertindak di perairan antarabangsa yang sepatutnya tidak ada gangguan.

Memetik laporan Al-Jazeera, aktivis / pelayar dari Brazil, Tiago Avila, memaklumkan di Instagram  tengah malam Rabu bahawa sepuluh serangan mensasarkan beberapa buah kapal dengan bom bunyi dan suar letupan, malah disembur bahan kimia yang disyaki serbuk pemedih mata. Aktivis dari Amerika Syarikat, Greg Stoker berkata, kapalnya di perairan Crete turut menjadi sasaran. “Kapal kami diserang oleh dron yang menjatuhkan bebola kecil di dek. Beberapa kapal lain turut mengalami hal yang sama. Radio VHF kami diganggu dan mereka mula memutarkan lagu Abba,” katanya di Instagram.

Melihat kepada apa yang berlaku pada para aktivis dan rakyat Itali yang berada di atas kapal bagi melakukan misi kemanusiaan ini, kerajaan Itali tidak sampai 24 jam telah menyatakan kesediaan untuk melindungi para peserta di sepanjang pelayaran di kawasan laut terbuka di Lautan Mediterranean. Mereka bukanlah sepanjang perjalanan menemankan cuba sehingga ke sempadan yang mereka rasa perlu bagi memastikan tiada lagi dron-dron pengacau mengganggu orang awam yang hanya menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan serta susu bayi. 




Si zalim ni ada bagi idea agar barang bantuan diserahkan di pelabuhan Askelan dan nanti mereka distributekan ke orang Gaza. Kau ingat kita orang nak percaya sangat ke. Selama ni barang bantuan korang sekat kat pintu masuk Rafah, lori yang bawa bekalan korang bom, kanak-kanak, wanita, orang dewasa yang bawa tepung ditembak, segala bentuk makanan hatta susu bayi korang sekat itu belum lagi

10 sebab adakala orang dewasa sukar untuk bersyukur

Rasa syukur adalah salah satu nilai murni dalam agama dan budaya kita. Ia menjadi kunci ketenangan hati dan kesejahteraan hidup. Namun, dilihat ramai orang dewasa sukar untuk benar-benar menghayati rasa syukur dalam kehidupan seharian. Ini dapat dilihat melalui beberapa faktor penyumbang yang membuatkan mereka kurang bersyukur atau sukar bersyukur. Hasil penemuan yang ingin dikongsikan ini ditemui berdasarkan daripada kajian yang dijalankan oleh beberapa buah universiti dan badan berautoriti seperti University of California, University of Pennsylvania, Harvard Health Publishing dan Universitas Yudharta Pasuruan. Hasil kajian mereka menunjukkan ‘ada sebab’ mengapa orang dewasa yang dikira matang sukar untuk bersyukur dalam satu-satu situasi.



Di sini, saya senarai 10 sebab mengapa orang dewasa sukar atau kurang untuk bersyukur. Dan jika dalam senarai ini ada pada diri kita sendiri, akui dan berusahalah untuk perbaiki.

  1. Terlalu fokus kepada apa yang belum dimiliki: Ramai orang dewasa cenderung memikirkan apa yang mereka belum capai — pekerjaan yang lebih baik, rumah lebih besar, kewangan lebih kukuh, pasangan yang sempurna. Fokus yang berlebihan pada kekurangan ini membuat mereka lupa untuk menghargai nikmat yang sudah sedia dimiliki. Kita berasa cemburu akibat frasa ini, ‘Aku juga dah bekerja keras tapi kenapa tak dapat seperti dia?’
  2. Tekanan hidup yang berterusan: Tanggungjawab membesarkan anak, membayar hutang, menjaga ibu bapa, serta beban kerja menyebabkan ramai berada dalam keadaan tertekan. Tekanan yang berterusan tanpa rehat yang diperlukan membuatkan mereka sukar berhenti sejenak untuk merenung dan bersyukur. Kita sendiri ada waktu mengalami situasi ‘burn-out’. Apa yang penting, ita perlu belajar untuk berehat seketika dan minta bantuan Allah.
  3. Kecenderungan membandingkan diri dengan orang lain: Dengan adanya media sosial, perbandingan menjadi lebih mudah dan lebih kerap. Melihat pencapaian, gaya hidup, atau kebahagiaan orang lain boleh menimbulkan rasa iri hati yang menenggelamkan rasa syukur terhadap nikmat sendiri yang dimiliki. Sebenarnya kita ada apa yang mereka tidak ada cuma kita sendiri yang membiarkan diri hanyut dengan cemburu tanpa sempadan.
  4. Tidak ada masa untuk merenung dan refleksi diri: Jadual yang sibuk, kerja yang seperti tidak ada hentinya, membuatkan orang dewasa kurang ruang untuk berfikir mendalam dan tenang. Tanpa masa untuk merenung dan menghargai, kita jarang menyedari nikmat harian yang sering dianggap biasa. Sebagainya contoh, kita lupa untuk hargai sepasang mata yang membuatkan kita mudah untuk melihat, membaca dan memudahkan pergerakan (lihat mereka yang buta, pasti mereka bergerak dengan hati-hati).
  5. Pengalaman silam yang menyakitkan: Trauma, kekecewaan, atau pengkhianatan boleh meninggalkan kesan mendalam pada hati. Orang dewasa yang pernah terluka, tersakiti, teraniaya mungkin sukar mempercayai bahawa hidup masih penuh dengan nikmat yang patut disyukuri. Ingatkan diri, Allah ambil sesuatu adalah untuk menggantikan sesuatu yang lebih baik. Kuncinya? Sangka baik pada Allah.
  6. Sikap merasa layak (entitlement): Ada yang beranggapan mereka “patut” memiliki lebih baik dalam hidup. Sikap ini membuatkan kita akan sering marah-marah dan rasa tidak cukup. Bukan itu sahaja, sikap ini menjadikan apa yang sudah ada kelihatan tidak mencukupi dan ini

Kudapan korea wanja-jeon (bergedil daging dan tauhu) buat peminat daging suka menu ini


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba masak kudapan korea wanja-jeon atau dalam Bahasa Melayu kita panggil bergedil daging dan tauhu. Kenapa saya panggil bergedil? Sebab cara penyediaannya lebih kurang sama cuma bergedil kita guna kentang, daging sikit dan hirisan daun bawang kemudian dicelup dalam telur manakala wanja-jeon guna daging kisar, tauhu putih lembik tu dalam 1/3, ada bawang dan disalut dengan tepung dahulu baru disalut telur. Kalau ikutkan lebih kurang macam meatball juga.


Menu ni saya kenal masa ternampak kat dalam Youtube Maangchi. Layanlah Youtube dia sambil makan nasi tengahari. Bila tengok bahan dia macam mudah aje, tu yang cuba. Sedap jugalah. Nak kudap gitu boleh, nak cicah sos gitu pun, nak makan dengan nasi atau bihun sup pun boleh. 

Ini resipi kudapan Korea wanja-jeon tu. Yang penting dalam ni mestilah daging dan tauhu.

Bahan:
300gm daging cincang
120gm tauhu lembik / 1/3 tauhu diperah airnya (guna tisu tebal atau kain untuk perah tauhu) 
1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai daun bawang dicincang 
2 sudu besar lobak merah didadu halus
1/2 sudu kecil kicap masin
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
2 sudu kecil bijan yang disangai
3 biji telur (1 letak dalam daging & 2 lagi untuk salutan)
3 sudu besar tepung gandum
Sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan membuat wanja-jeon


Penyediaan:
1. Sediakan satu mangkuk besar. Masukkan daging cincang, tauhu tanpa air, 1 biji telur, bawang besar,

Orang yang sentiasa bersyukur memiliki 14 kekuatan ini dalam diri


Meletakkan diri dalam situasi sentiasa bersyukur tak mudah. Tapi orang yang sentiasa bersyukur memiliki 14 kekuatan diri yang tiada pada orang yang sentiasa berfikiran negatif, menyalahkan takdir, dengki mahupun cemburu. 14 kekuatan ini dicungkil berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh universiti, mereka yang telah lama menulis jurnal kesyukuran dan mereka yang berusaha untuk sentiasa bersyukur kerana mengikut perintah Allah (ada beberapa ayat dalam al-Quran menyatakannya).

Jika anda pernah mengalami kemurungan, rasa dengki atau cemburu dalam diam pada orang lain, tak gembira dengan hidup, rasa diri tidak sebagus orang lain atau apa sahaja yang berkaitan emosi negatif ini, lekas-lekas anda cari solusinya. Ini kerana kelompok rasa emosi negatif ini perlahan-lahan akan memakan kebabahagiaan, ketenangan dan kegembiraan anda. Bukan itu sahaja, ia akan turut menjangkiti orang yang berada di sekeliling anda juga secara tidak langsung.

14 kekuatan dimiliki oleh orang yang sentiasa bersyukur
  1. Perasaan bersyukur membantu mengalihkan tumpuan rasa cemburu, dengki, sakit hati kepada rasa berterima kasih, sangka baik pada Allah dan sabar.
  2. Orang yang sentiasa bersyukur akan mendapati diri mereka ada banyak perkara yang menggembirakan boleh dihargai dan dimiliki. Mereka akan dengan pantas mengingatkan diri bahawa mereka memiliki kelebihan yang tidak ada pada orang lain yang mahukannya (bukan riak tapi mengingatkan diri).
  3. Ucapan terima kasih daripada kita kepada orang lain memberi kesan positif pada kimia otak kita dan orang sekeliling yang menerimanya.

Global Sumud Flotilla terus belayar menuju Gaza

 


Alhamdulillah, kapal-kapal di bawah projek Global Sumud Flotilla semakin maju menuju ke Gaza. Mereka yang bergerak dari Barcelona, Tunis, Genoa & Sicily sekarang semakin ramai mula berkumpul di laut antarabangsa menuju ke tempat yang dituju. Mereka yang berada dalam kapal ini sudah semestinya jelak dan benci dengan apa yang berlaku hampir 2 tahun ini ke atas penduduk Gaza. Mana mungkin mereka dan kita duduk berdiam diri melihat kekejaman yang berlaku terhadap orang awam dan bumi anbiya' itu. 

Para aktivitis yang mempunyai latar belakang yang pelbagai ini bergabung tenaga, masa, wang ringgit dan kepakaran demi merealisasikan penyampaian bantuan kemanusiaan seperti ubat, makanan dan keperluan asas lain kepada rakyat Gaza yang terkepung. Namun, urusan mereka ini tidak mudah. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan keadaan cuaca dan laut tidak menentu tetapi juga serangan tidak terduga oleh mereka yang tidak mahu melihat projek ini berjaya. Setibanya kapal yang belayar dari Barcelona tiba di Tunisia, dua insiden merbahaya telah berlaku. Dua kapal telah diserang oleh dron di pelabuhan ketika waktu malam iaitu kapal Familia Madeira dan Alma. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan namun ia menunjukkan bahawa pihak jahat sudah mula melancarkan operasi mereka untuk menyekat kemasukan kapal-kapal ke laut Gaza. 

Menurut berita luar, ada beberapa kapal kecil dan agak lama ditarik penyertaannya kerana dibimbangi tidak dapat meneruskan perjalanan akibat cuaca yang tidak menentu dan berisiko ke atas nyawa pelayar-pelayar di atasnya. Bukan itu sahaja, dikatakan beberapa perubahan pada haluan telah dibuat bagi mengatasi ancaman logistik dari pihak-pihak yang bersekongkol. Dan melihat pada berita di media sosial, semakin banyak kapal-kapal telah berkumpul di perairan antarabangsa untuk sama-sama menuju ke Gaza. Para pelayar yang tiba awal dan sedang menunggu kapal-kapal lain, mereka melakukan beberapa aktiviti tertentu dalam mengisi masa yang ada. Beberapa latihan turut dilakukan di atas kapal dalam menyiapkan diri berhadapan dengan tentera zionis yang pastinya tidak begitu baik melayan para aktivis yang datang.



Hari ini, bila lihat kepada tracker yang ada di laman web Global Sumud Flotilla, sudah ada 50 kapal belayar menuju ke Gaza. Ada yang masih belayar dan ada yang sedang menanti. Diberitakan juga oleh Berita Alhijrah tadi, kapal yang dinaiki oleh saudara Nadir al-Nuri dan wartawan Berita Alhijrah, baru sahaja belayar. Moga pelayaran mereka semua dapat bergabung dengan kapal-kapal lain di laut Maditeranean. Moga usaha mereka semua dalam lindungan Allah dan Allah membantu mereka di saat-saat sukar sama ada di laut mahupun ketika sudah tiba di Gaza.

 

Ayam goreng Korea rangup di luar lembut di dalam

Ayam goreng Korea yang rangup

 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba masak ayam goreng korea atau dikenali sebagai Yangnyeom-tondak, yang dikatakan originalnya mestilah rangup di luar dan lembut di dalam. Saya terjumpa resipi ni masa tengah skodeng Youtube masak 2 bulan lepas. Masa ni, abah dah sakit dan baru selesai pembedahan pertama. Jadinya, hati rasa lega sikit. 

Dan bila pembedahan kedua juga berjaya, Alhamdulillah, saya carilah resipi ayam goreng korea ni. Bukan apa, suami jenis yang makan ayam jadi, as his wife, kenalah cari menu yang dia suka makan. Dan hari abah meninggal (sehari sebelum tu dia ok aje), paginya, saya singgal AEON untuk beli skit barang dapur dan juga gochujang. Saya dah bercadang nak buat menu ayam ni beberapa hari lagi. Tapi, takdir Allah tiada siapa tahu. Udahnya, selepas sebulan seminggu, barulah saya dapat guna pes gochujang ni. Itupun, masa masak, teringat-teringat kat dia. Selalu abah akan ke dapur dan tanya, "Masak apa tu?" atau sebelum ke bilik air, dia akan jengah menantu dia ni masak apa hari tu bila lama sangat kat dapur. Takpelah, itu semua kenangan baik yang ada. Ingatlah sampai bila-bila.

Ok, resipi ni saya dapat dari Youtuber Korea nama Maangchi. Saya pernah guna resipi dia juga untuk buat pajeon ayam dan makanan laut. Kali ni, saya guna resipi dia juga untuk ayam goreng korea rangup ni. Rupanya, untuk dapatkan ayam yang rangup versi korea, kenalah guna cara menggoreng dua kali dan juga telur untuk sadur keseluruhan ayam dan tepung. Elakkan guna air ya. 

Ini saya kongsikan resipi maangchi. Oh ya, bab saiz ayam tu, ikut suka andalah nak besar ke, kecik ke, sedang ke. Janjinya, bahan semua ada.

Bahan-bahan untuk ayam goreng korea

Bahan untuk ayam goreng:
10 ketul ayam siap dipotong
1/2 cawan tepung ubi kentang
1/4 cawan tapung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1/2 sudu kecil baking soda
2 biji telur ayam
1 sudu besar bijan yang disangai



Bahan untuk sos saduran ayam:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar minyak masak
1/3 cawan sos cili
1/4 cawan gochujang
2 sudu besar gula
2 sudu kecil cuka

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung ubi kentang, tepung gandum, garam, lada hitam, baking

Air limau asam boi, air yang bukan setakat sedap tapi menggamit memori


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Air limau asam boi ni memang femes kalau kita makan kat kedai tomyam atau restoran Melayu. Air masam-masam manis ni memang menyegarkan bila dah sedut atau hirup sejuk-sejuk. 

Dan, air ni pun ada nostalgianya dengan arwah ayah mertua. Pernah saya buat air ni tahun lepas dalam satu jug kecil. Siap aje, terus saya cakap ke abah, "Abah, fisyah ada buat air limau satu jug. Ada dalam fridge tu. Nanti amik ajelah." Dan udahnya, seharian dia dok ulang alik bukak tutup peti air. Dan esoknya, bila saya buka fridge, tengok-tengok dah kosong jug tu. Laa... suka rupanya air ni.

Ini saya kongsikan resipi air limau asam boi satu jug kecil. Anda bolehlah cuba buat untuk keluarga tersayang. 

Bahan:
4 biji asam boi
6 biji limau kasturi
5 sudu besar gula putih
1 cawan air panas
2 liter air sejuk / air biasa
1 mangkuk kecil kiub ais

Penyediaan:

1. Rendam asam boi dalam air panas dalam 3 minit. Kemudian, masukkan dalam air dan asam boi ke dalam jug. Masukkan pula gula. Kacau sehingga gula larut.

2. Masukkan pula perahan limau kasturi dan beberapa kulit limau yang diperah ke dalam jug. Masukkan pula air sejuk. Kacau hingga mesra dan masukkan pula air kiub. Kacau sekejap dan sedia untuk dinikmati air limau asam boi kita. 

Mi segera goreng mudah masak, tetamu datang mesti laku keras bila hidang


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bila masak mi goreng segera ni (dulu kita panggil maggi goreng mamak tapi sejak boikot pada isi G & P, kita guna aje apa sahaja brand yang sesuai) mesti teringat kali pertama saya cuba masak dan hidangan ni laku keras bila buka puasa sampaikan arwah FIL tak sempat merasa. Esok paginya, dia request soh masak lagi mi segera goreng ni untuk buka puasa tapi kena lebih sikit sebab dia tak dapat makan semalam. Sanggup tu dia & MIL keluar duit beli barang masak asalkan dapat makan mi segera ni dan famili lain pun dapat makan juga. First time lah masa tu, masa 6-7 paket mi segera. Rasa macam Hulk Hogan kejap bila kena gaul sekuali penuh mi & isinya. 

Kali ni, saya kongsikan sekali lagi resipi mi segera goreng plus ada penambahan bahan & tip skit. 

Bahan-bahan untuk 4 orang makan:
4 paket mi segera (boleh aje guna apa sahaja brand yang kita tak boikot)
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar cili giling (Jika nak pedas, bolehlah tambah)
2/3 cawan air
1 biji tomato potong kasar
2 keping isi ayam dipotong kasar 
1 keping fish cake / 6 biji fish ball dipotong kasar
1 biji kentang dipotong dadu & siap digoreng
4 perencang mi segera
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 biji telur
1 biji tauhu basah
6 tangkai bak  choy dikerat kasar
1 sudu besar kicap pekat
Minyak untuk menumis
*Guna kuali besi tebal yang besar & warna hitam tu. Hasil akan lebih seperti kat kedai mamak*

Penyediaan:
1. Rebus mi segera dahulu dan toskan. Ketepikan dan kemudian, panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali. Setelah panas, goreng kentang yang didadu tadi sehingga nampak separuh garing. Angkat dan ketepikan. 
2. Dalam kuali sama, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan sedikit garing. Kemudian masukkan cili giling. Kacau sebentar dan masukkan air dan tomato. Kacau lagi dan biarkan cili masak sebentar. Setelah mendidih agak lama dan kelihatan sedikit garing masukkan perencah mi segera.  Tambah sedikit air jika kering. Masukkan ayam yang dipotong  kasar itu, kacau sebentar dan biarkan ia masak seketika. 
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau hingga mesra. Bila mendidih, masukkan pula fish cake / fish balls. Tambah sedikit air dan kacau. Biarkan masak sebentar. 
4. Ketepikan bahan tadi dalam kuali dan masukkan pula 2 biji telur. Masak sebentar dan pecah-pecahkan ia macam buat scramble eggs tu. 
5. Bila telur dah 3/4 masak, masukkan mi segera yang telah ditoskan tadi berserta dengan sayur bak choy. Kacau sekejap dan kemudian, ramas sebiji tauhu tadi atas mi segera dalam kuali. Masukkan juga kicap pekat atas mi. Kacau semua bahan agar sekata dan sedikit garing. Masukkan pula kentang goreng didadu tadi dan kacau sehingga mesra. Bila anda dah puas hati dengan warna dan kegaringan yang diinginkan, bolehlah angkat mi segera goreng kita dan letakkan dalam pinggan atau mangkuk besar. Taburkan dengan sedikit daun bawang atau hirisan cili merah.Siap mi segera goreng kita yang ala mamak untuk dinikmati.

Pulangnya ke rahmatullah ayah mertua yang baik (Part 4: Kondisi abah memburuk dan perlu pembedahan ke-2)


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hampir sebulan ayah mertua baik saya dijemput Allah. Kali ni, saya sambung semula kisahnya bermula dari dia ke hospital hanya untuk cabut benang jahitan di kepala hingga dia terpaksa buat pembedahan kali ke-2.

23 Julai 2025, Hari ni abah ada appointment doktor. Untuk cabut benang di kepala pada jahitan pertama. Masa ni abah ok lagi. Boleh naik kereta seperti biasa, boleh menyandar dan berbual dengan orang keliling meskipun tak seramah masa sihat. Bila kena menunggu untuk jumpa doktor, ok aje abah waktu ni duduk kat kerusi roda. Masa doktor cabut jahitan tu, dia ada reaksi sakit tapi boleh tahan lagi. Masa ni kami rasa lega. 

Abah masa ni kalau orang lihat, dia ada potensi untuk sembuh

24 Julai 2025, Hari ni abah demam. Biras saya inform famili. Jadinya suami, biras n anak dia bawa abah pi klinik hospital Aurelius semula. Nak dapatkan rawatan biasa sahaja awalnya. Jam 10.43 suami inform, BP abah naik 187/85 utk 1st dan 163/87 untuk kali kedua. Abah kena tahan kejap kat hospital untuk drip air dan check darah. Tak lama kemudian, jam 1.14 abah kena buat x-ray. Doktor kemudiannya inform abah ada jangkitan kuman di paru-paru dan paru-paru berair sedikit. Abah kena warded semula. Allahu Akbar. Masa ni kami berharap abah dapat lawan kuman yang 'kacau' dia dan luka di kepala abah dapat sembuh elok. Tapi masa ni kelihatan abah makin melemah. Nak bernafas pun kena guna nebulizer. Bila nak makan benda pejal skit macam roti, dia tersedak. 


Dalam jam 4.25, abah dipindahkan ke wad sharing dengan sorang lagi pesakit lain. Masa ni abah dah tak banyak cakap. Anak sedara yang pergi ziarah pun inform yang atuk nampak banyak menung. Dan waktu ini juga, ada ketika, abah silap sebut nama. Dia jumble up dengan entah nama siapa-siapa. 

25 Julai 2025, Awal pagi tadi, rezeki abah, dia dapat pindah ke bilik seorang. Ada kekosongan. Tak lama kemudian, doktor yang buat pembedahan pertama abah check semula kondisi abah. Dia pelik lihat tahap kesihatan yang tak seperti dijangkakan. Dia sarankan untuk buat MRI terus untuk pastikan tiada darah beku lain atau saluran darah di otak tiada masalah. 

Saya datang jenguk abah dekat jam 11 pagi. Masa ni abah tidur aje. Dia letih, demam, sakit, takde selera makan, semuanya ada. Kesian tengok kondisi dia. Saya nak berbual pun tak sampai hati. Biarkan aje anak sedara dan suami layan atuk dia. But still, tangan abah tak boleh dok diam menggaru. Mungkin kulit dia gatal bila terlalu lama dalam aircond dan jadi kering. Mereka yang dok dekat kat katil abah, tahan tangan dia dan tanya kat mana gatal. Mereka tolong garukan. 

Lebih kurang lepas asar, suami inform, abah kena jalani pembedahan kali ke-2. Tapi kali ni pembedahannya lebih besar lagi. Ada saluran bocor dalam bahagian otak abah (itu yang ditunjukkan pada result MRI terkini). Pembedahan dijangka buat lewat malam. Dalam jam 11.30 macam tu. Dan sekali lagi malam ni, suami temankan abah di luar dewan bedah. Kami di rumah berdoa dan bertawakal agar urusan pembedahan abah berjaya. 

26 Julai 2025, Jam 1.20 pagi nampak suami inform yang pembedahan macam dah selesai sebab dia nampak nurse tarik keluar katil dari ICU nak ambil abah yang ada di bilik bedah. Jam 1.50, doktor keluar dari bilik bedah dan jumpa suami. Dia maklumkan yang dia terkejut sebab ingatkan pendarahan di otak tu melibatkan dua lapis otak tapi sebenarnya banyak lapis. Doktor maklumkan juga yang

Detik Menunggu Ajal,tabahnya seorang MKI menanti 'tarikh tamatnya' di dunia


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Buku Detik Menunggu Ajal ini saya mula baca sewaktu arwah FIL di hospital. Saya baca sikit-sikit aje masa tu sebab tuntutan waktu menjenguk abah, beri makan kucing-kucing abah, kerja hakiki yang lain dan waktu rehat, semuanya jumble up kejap. Jadi, waktu membaca tu memang dapat spend 3-5 mukasurat aje. 

Lepas 2 minggu abah kembali pada Allah, baru saya baca balik buku ni. Bila baca catatan Puan Roza tentang perjalanan Prof Kamil dari awal dia dimasukkan ke hospital hingga kembali ke rumah dan masuk semula ke hospital, ia perjalanan yang memenatkan waktu itu tapi selepas orang yang kita sayang tiada, ia jadi satu kenangan yang manis tak dapat dilupakan. Ya, sama seperti apa yang saya alami bila abah ada di rumah dulu. Bila dia dah takde, ia jadi satu kenangan yang saya syukuri kerana dapat mengalaminya. 

Bila saya baca terma-terma perubatan yang diceritakan Puan Roza dalam buku ini, baru saya dapat relatekan apa yang abah lalui dulu. Saya terbayang salur pernafasan yang abah pakai, klip jantung letak di jari, mesin monitor di hospital dan segala macam prosedur yang abah lalui saya lebih faham bila membaca buku ni. Bila terbaca tentang penjagaan paliatif yang Puan Roza senaraikan, baru saya tahu, itu yang suami dan abangnya perlu pilih bila kondisi abah semakin memberat. Beberapa hari sebelum abah dijemput, mereka berdua setuju untuk tidak membenarkan DNR (Do Not Resuscitate) dibuat pada abah. 


Buku ini membuatkan kadang-kadang air mata terbit tanpa dipaksa. Memahami apa yang dilalui Puan Roza dan rasai sendiri bila berhadapan dengan orang yang kita sayang sakit dan pergi, ia bukan sesuatu yang mudah. Memang hanya pada Allah kita berharap agar dipermudahkan kesembuhan atau paling

Chicken pajeon atau lempeng daun bawang dengan ayam, khas untuk yang makan daging


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Oleh keran suami saya tak makan udang dan tak berapa gemar sangat sotong, saya masakkan dia pajeon isi ayam. Jika anda tak suka ayam, boleh aje ganti dengan daging. Ikut suka. Cara memasak chicken pajeon ni sama aje stepnya dengan buat seafood pajeon. Takpe, saya share juga caranya dalam entri kali ni. Moga anda happy untuk mencuba dan masak untuk famili.

Bahan chicken pajeon:
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kentang
1/2 sudu kecil garam
1/4 lada hitam ditumbuk/kisar
3/4 cawan stok air ikan bilis (guna stengah kiub aje & cairkan dengan air)
12 urat daun bawang
3 ketul isi ayam dipotong kasar
1 biji telur saiz A
1 tangkai cili merah dihiris
Sedikit minyak untuk menggoreng

sama aje dengan haemul-pajeon cuma tukar ayam sebagai isi

Penyediaan.

1. Dalam satu mangkuk, masukkan udang, sotong, secubit garam dan lada hitam. Kacau dan ketepikan. Potong daun bawang ikut saiz kuali leper yang ingin digunakan. Saya haritu kerat 3.

2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi kentang, secubit garam dan air stok ikan bilis (nak guna air biasa pun boleh). Kacau adunan hingga mesra.
 

3. Panaskan kuali leper kita. Masukkan anggaran dalam 2 sudu besar minyak dahulu. Guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan daun bawang yang dikerat tadi ke dalam mangkuk adunan tepung. Gaul mesra sebentar dan letakkan daun bawang bersalut ke dalam kuali. Susun elok-elok dansedikit rapat. Jika kuali anda besar, habiskan terus semua daun bawang tu.

4. Masukkan pula ayam ke dalam adunan baki tepung. Gaul sebentar dan letakkan atas daun bawang

Resipi Haemul-pajeon atau seafood green onion pancake, kudapan rakyat Korea Selatan


Assalammualaikum & salam sejahtera. Haemul-pajeon atau dalam Bahasa Melayu kita dipanggil lempeng makanan laut dengan daun bawang. Lempeng orang Korea Selatan ni exactly terbuat masa arwah FIL kat Hospital Putrajaya. Masa cuba resipi baru ni, keadaan FIL kelihatan semakin baik berbanding beberapa hari sebelumnya. Jadinya, mood memasak waktu rasa ok skit. Tapi, takdir Allah tulis lain kan... Sabar ajelah... Mari saya kongsikan resipi kudapan ni yang turut ada dijual di beberapa restoran Korea di Malaysia.

Pajeon atau bila diterjemahkan lebih kurang maksudnya lempeng berasaskan daun bawang. Lempeng daun bawang ini kemudiannya diberikan inti, maka terhasillah nama lain sebelum perkataan pajeon atau jeon tu. Antara pajeon yang sering dimasak oleh orang Korea Selatan adalah Haemul-Pajeon (seafood pajeon), Buchu-Jeon (chive pancake), Gamja-Jeon (potato pancake), Kimchi-Jeon (Kimchi pancake), Hobak-Jeon (vegetarian pancake) dan lain-lain inti yang ada.

Bila saya tertonton Youtube Maangchi dari Korea Selatan yang tinggal di New York, saya tertarik nak cuba. Bahan tak susah mana. Mudah dapat. Cuma ilmu baru yang saya belajar, orang Korea suka guna tepung ubi kentang. Mostly makanan mereka guna tepung ni. Bila cari kat supermarket, insyaAllah boleh jumpa. Harga pun bawah RM5 (tengok saiz paket anda beli). Saya pun baru tahu kewujudan tepung ni bila sesaje survey dulu. Ini resipinya. Kot kat tempat anda susah nak dapat restoran Korea yang halala atau harganya mahal, anda bolehlah cuba.

Bahan untuk haemul-pajeon:
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kentang
1/2 sudu kecil garam
1/4 lada hitam ditumbuk/kisar
3/4 cawan stok air ikan bilis (guna stengah kiub aje & cairkan dengan air)
12 urat daun bawang 
5 ekor udang saiz sederhana dibuang kulit & dipotong kasar
3 ekor sotong saiz sederhana dibuat kulit hitamnya & dipotong kasar
1 biji telur saiz A
1 tangkai cili merah dihiris
Sedikit minyak untuk menggoreng

Inti haemul pajeon. Bahannya mudah dapat.

Penyediaan:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan udang, sotong, secubit garam dan lada hitam. Kacau dan ketepikan. Potong daun bawang ikut saiz kuali leper yang ingin digunakan. Saya haritu kerat 3.

2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi kentang, secubit garam dan air stok ikan bilis (nak guna air biasa pun boleh). Kacau adunan hingga mesra. 

Adunan tepung pajeon ni takdelah pekat sangat dan tidak terlalu cair.

3. Panaskan kuali leper kita. Masukkan anggaran dalam 2 sudu besar minyak dahulu. Guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan daun bawang yang dikerat tadi ke dalam mangkuk adunan tepung. Gaul mesra sebentar dan letakkan daun bawang bersalut ke dalam kuali. Susun elok-elok dan

Sumud Nusantara & Global Sumud Flotilla belayar meredah lautan demi kemanusiaan

Sumud Nusantara, saya ada terbaca tentangnya dalam bulan Jun lalu. Masa ni saya sibuk sikit dengan hal order buku lepas pesta buku dan ayah mertua yang jatuh dan tak sihat. Perkembangannya saya ikuti gitu-gitu aje. Bila masuk bulan Julai, lagilah saya just baca ala kadar. Masa ni abah dah start masuk hospital, pembedahan dan pertukaran hospital. Keadaan dalam famili sedikit sibuk. 

Masa ni, saya cuma tahu geng-geng yang sayangkan Gaza, kemanusiaan, bencikan peperangan dan Palestin berusia untuk 'break the siege' yang dilakukan oleh zionis dan sekutunya. Mereka ingin belayar bagi membantu rakyat dan manusia yang teruk dibantai, dibiarkan kebuluran dan di bom tak tentu masa oleh zionis. Masa tu, saya tak dapat berapa nak dig into info sangat. Saya ingatkan Sumud Nusantara tu beberapa puluh kapal akan belayar dari area Asia Tenggara menuju ke Gaza. Dan sejak seminggu lepas, barulah saya pelan-pelan cari balik info yang tertinggal lepas emosi dah stabil lepas pemergian abah. 


Rupanya Sumud Nusantara tidak bergerak sendirian. Mereka bekerjasama dengan Maghreb Sumud Flotilla, The Freedom Flotilla Coalition dan Global Movement to Gaza. Dan dalam Sumud Nusantara sendiri terdapat sembilan buah negara bergabung demi mereka di Gaza dan ianya adalah negara Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Bangladesh, Brunei, Maldives Pakistan dan Sri Lanka. Peserta dari lapan negara ini akan berkumpul dengan perserta negara lain di Sepanyol dan Tunisia. Mereka akan mula bergerak pada 31 Ogos baru ini dari Sepanyol dan dari Tunisia pula pada 4 September. Jika tidak silap saya, satu kapal dinaiki sekumpulan rakyat Malaysia di Sepanyol dan satu kapal lagi rakyat kita akan belayar dari Tunisia. Kiranya ada 2 kumpulan dibahagikan. 


Saya kongsikan info yang dikongsikan di telegram tentang projek Global Sumud Flotilla ini. 

Pada 4 Ogos 2025, satu sidang media penting telah berlangsung di Tunis, Tunisia oleh gabungan Global Sumud Flotilla (GSF) telah mengumumkan pelayaran flotilla awam terbesar dalam sejarah  moden bakal dilakukan untuk menamatkan pengepungan di Gaza.

  • Lebih 44 negara menyertai pelayaran ini termasuklah 8 negara dalam Sumud Nusantara, Amerika Syarikat, Maghribi, Brazil, Tunisia, Norway, Itali, Jordan, Kuwait, Qatar, South Africa, Switzerland, Austria, Belgium, Bahrain dan banyak lagi.
  • Pelayaran pertama dijadualkan pada 31 Ogos dan diikuti pelayaran tambahan dari Tunisia dan negara-negara lain pada 4 September. 
  • Misi ini disertai oleh rakyat biasa, doktor, peguam, wartawan, aktivis dan seniman, yang akan membawa masej solidariti dan keadilan ke Gaza
  • YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim, diumumkan sebagai penaung rasmi Sumud Nusantara iaitu blok Asia Tenggara dalam gabungan ini.
  • Konvoi darat Sumud Nusantara melibatkan peserta dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Brunei, Pakistan dan Filipina - yang akan merentas negara dan menyertai pelayaran dari pelabuhan-pelabuhan utama.
  • Himpunan massa akan diadakan secara serentak di lebih 20 negara pada Ogos sebagai tanda sokongan global terhadap misi ini. 
GSF menegaskan bahawa ini bukan sekadar bantuan kemanusiaan tetapi tuntutan moral untuk menamatkan sekatan haram, kebuluran yang disengajakan dan penindasan sistematik terhadap rakyat Palestin. 


Kumpulan pertama flotilla ini telah belayar dari pelabuhan Sepanyol. Kita semua boleh melihat apa yang berlaku sekarang di media sosial organisasi dan juga orang perseorangan yang turut serta dalam misi ini. Kelihatannya, mereka yang pergi ini sudah muak, jelak, marah dengan apa yang dilakukan oleh zionis dan sekutu-sekutunya. Perasaan perikemmanusiaan seolah hilang terus dari radar hidup mereka. 

"Ya Allah, bantulah mereka di Gaza dan Palestin juga rakyat lain yang tertindas. Bantulah mereka yang ingin membantu agamamu. Bantulah mereka yang belayar membawa harapan dan bekalan ini dilindungi sepanjang perjalanan mereka sehingga bekalan sampai ke tangan yang berhak. Bantu mereka semua ya Allah."

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...