Ada yang beritahu, mereka susah nak konsisten dalam menulis jurnal. Ada yang kata takde masa, tak suka menulis sangat, takde idea, leceh dan bila dah lama tak menulis, rasa stuck idea nak tulis apa. Saya mula-mula dulu, pun ada rasa macam terutamanya bila sibuk sangat dengan kerja dan urusan harian. Masa ni, ada waktu, 3 ke 4 hari saya tak menulis. Tapi sebab tak nak lupa kenangan yang ada, saya kuatkan semangat menulis juga.
Dan ini saya kongsikan 5 tip bagaimana hendak konsisten dalam menulis jurnal kesyukuran atau apa sahaja jurnal.
- Mulakan dengan 3 perkara – Tak perlu panjang, cukup tuliskan tiga perkara yang anda syukuri setiap hari. Ini membantu mengurangkan rasa tertekan untuk menulis banyak benda.
- Letak di tempat yang mudah dilihat dan dicapai – Letakkan jurnal anda di tempat yang mudah dicapai seperti di tepi katil atau meja kerja, supaya anda sentiasa diingatkan untuk menulis.
- Tetapkan waktu khusus untuk menulis – Pada saya, saya lebih selesa menulis pada waktu awal pagi atau kadang-kadang lewat malam. Jika saya menulis waktu pagi, saya akan recall balik apa yang terjadi semalam. Mungkin sedikit ambil masa sebab kita terlupa tapi jika itu yang memudahkan kita untuk menulis dan mencatat, silakan aje.
- Khususkan apa yang kita suka untuk menulis – Ada orang suka menulis perkara yang disyukuri, maka dia akan ada jurnal kesyukuran. Ada orang suka mengumpul kenangan tempat dia bercuti atau pergi, maka dia boleh mulakan dengan jurnal percutian atau junk journal. Ada orang suka melukis dan doodle, pastinya dia akan ada jurnal doodle atau jurnal melukis. Apapun jenis jurnal, pastikan ada suka dengan apa yang dicatatkan atau dikumpulkan.
- Pelbagaikan warna, corak dan apa sahaja di dalam jurnal kita – Ada waktu kita rasa macam plain aje hidup bila guna pen hitam atau biru aje bila menulis jurnal. Jadi, untuk ceriakan jurnal kita, guna aje pen pelbagai warna bila mencatat. Bukan itu aje, ada boleh letakkan sticker, potongan perkataan, letak benang, gam butang atau gambar menarik yang ada atau apa sahaja untuk menceriakan jurnal anda. Ada waktu, keceriaan itu buat kita rasa ‘hidup’. Dapatkan idea menceriakan jurnal dari medsos. Ramai orang kongsikan jurnal mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan