Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 10 Disember 2019

Spaghetti Carbonara cara Itali


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Jika perhatikan resipi spaghetti carbonara di YouTube atau di Food Network , asalnya makanan ini kurang kuahnya. Ianya creamy. Tiada kuahnya sangat. Tapi kita di Malaysia, selagi boleh, nak kuah tu macam bihun sup :)
So, saya cubalah versi Itali ni. Not bad. Cuma tang keju aje akak sadis. Malaysia ni segala macam keju semuanya mahal. Udahnya saya habiskan aje keju mozarella & cheddar yang ada dalam peti sejuk. Parmesan kat kedai aje sepaket dah RM12. Tak sampai 300gm kot.

Anyway, dan bila dicuba, Alhamdulillah sedap. Cuma jika suka pedas, boleh le tabur chili flakes bebanyak.

Bahan:
1 cekak spaghetti
2 sudu minyak zaitun / 2 sudu mentega
2 batang sosej dipotong kiub
20 keping pepperoni dihiris kasar
1 jambak cendawan enoki dipisahkan
1 cawan brokoli siap direbus
2 biji telur + 1 biji kuning telur
1 cawan keju parmesan/ cheddar
1 sudu kecil parsley
1 liter air (untuk merebus)

Penyediaan:
1. Panaskan air & rebus spaghetti. Sambil menunggu ia lembut, dalam kuali lain yang dipanaskan, masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan sosej. Kacau seketika & masukkan bawang putih serta pepperoni. Kacau hingga ia sedikit garing. Letakkan sedikit garam.
2. Masukkan pula cendawan, kacau sebentar & biarkan.


3. Dalam satu mangkuk kecil, satukan telur & keju. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
4. Setelah cendawan sedikit kecut & spaghetti kelihatan sudah lembut, tutup kedua2 api dapur. Pindahkan spaghetti yang masih panas itu ke dalam kuali bahan goreng. Guna aje penyepit untuk mudah. Pindahkan juga dalam 2-3 senduk air rebusan ke dalam kuali. Masukkan brokoli & campuran telur & keju. Dengan pantas, kacau semua bahan dalam kuali sehingga mesra. Kepanasan spaghetti, kuali & bahan goreng tadi akan membuatkan telur & keju menjadi berkrim tanpa berketul. Setelah mesra, pindahkan dalam mangkuk & taburkan dengan daun parsley & chilli flakes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...