Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Bingka Lemon, Rasanya Sedap, Lembut & Wangi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bingka lemon.
Ia bukan sesuatu yang saya nak buat tetapi dek kerana tersilap letak kuantiti susu, makanya terus jadi bingka. Tapi itulah, perancangan Allah itu takde siapa tahu. Udahnya bingka lemon ni jadi enak dimakan oleh semua orang dalam rumah + mama & una pun kata sedap. Siap berulang-ulang lagi makan. Hahaha...

Saya juga teruja nampak lemon ni banyak di pasar malam dan harganya murah. Bayangkan RM5 dapat 8 biji lemon yang cantik-cantik buahnya. Mulanya ingat nak buat air aje tapi macam sayang pula tidak dimanfaatkan untuk buat makanan. Dan bila dah jadi bingka lemon & letak gambar serta cara membuatnya, ramai pula yang bertanya & teruja nak cuba juga. Akak gumbira deknon...

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu masakan
1/2 cawan air perahan lemon
1 sudu besar parutan kulit lemon
4 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ekstrak vanila
3 sudu besar mentega

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 190°, api atas bawah.
2. Satukan mentega dengan gula, kacau hingga gula hancur (guna mixer aje). Kemudian masukkan telur satu per satu setiap kali memukulnya.
3. Masukkan ekstra vanila & tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Masukkan sedikit garam & baking powder. Gaul rata. Masukkan pula susu, jus lemon & parutan lemon. Kacau hingga mesra.
3. Sapu dasar loyang dengan mentega/butter. Kemudian, lapikkan loyang dengan kertas aluminium / tracing paper & sapukan mentega sekelilingnya. Masukkan loyang dalam oven panas dalam 3 minit.


4. Keluarkan loyang panas dari oven. Tuang adunan dalam loyang. Masukkan dalam oven & bakar lebih kurang 45 minit api atas bawah. Jika nak kulitnya atasnya gelap, tukar api atas & bakar Salam 5 minit. Tutup suis & keluarkan dari oven. Biarkan kuih menyejuk dalam 10-15 minit sebelum memotongnya.

My cutest niece menolong. Mak dia di hospital sebab dapat adik baru, makanya dia kena tinggal di rumah. So, bila ajak dia masak, terus aje dia mahu :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...