Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 19 Disember 2019

Cucur Udang, Resipi Mak Mertua Yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Rasanya dah bertahun mak mertua tak buat menu ni. Rasanya last dia masak 6-7 tahun dulu. Di saat saya tak berapa minat sangat bab memasak.

Pernah sekali dia soh goreng, udahnya saya terus masukkan adunan dalam sudip tanpa rendam dalam minyak panas. Conclusionnya, kena garas sudip tu sebab cucurnya melekat keras.
Ni resipi mak mertua saya. Boleh cuba.

Bahan cucur:
3 cawan tepung gandum
2 cawan taugeh
1 cawan daun kucai dipotong kasar
13 ekor udang saiz XL
1 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
2 cawan air (agak2 agar adunan tak terlalu pekat)
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan kuah cili:
7-8 tangkai cili besar
5-7 tangkai cili padi
1 sudu besar udang kering
6 ulas bawang putih
1 cawan air asam
1 1/2 cawan air suam
2-3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam

Udang tu tak perlu buang kulit & kepalanya.Yang dah togel tu akak ingat nak buat rencah makanan lain.

Penyediaan:
1. Masukkan dalam satu mangkuk tepung, taugeh, kucai, bawang, telur, garam. Kemudian perlahan-lahan masukkan air & kacau adunan hingga tak terlalu pekat atau cair. Ketepikan.


2. Panaskan kuali & minyak guna api sederhana. Setelah panas, masukkan senduk bulat panjang ke dalam kuali berminyak. Biarkan seminit atau senduk panas. Setelah panas, keluarkan sendukkan & sudukan sedikit demi sedikit adunan ke dalamnya & letakkan udang di atas. Tekan skit. Masukkan perlahan dalam kuali. Biarkan terendam sehingga kulit cucur berwarna sedikit coklat.


3. Gunakan sudip atau chopstik untuk mengorek/cungkil tepi cucur yang melekat dalam senduk. Lakukan perlahan-lahan & hati-hati. Cucur akan terkeluar dari senduk & biarkan bahagian bawahnya masak & bertukar warna keperangan. Biarkan udang tu garing takpe janji isi dalam adunan masak. Buat seperti tadi sehingga siap.
4. Untuk kuah: kisar semua bahan dalam blender hingga halus. Siap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...