Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Lontong, resipi enak di malam & pagi raya
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Menu di malam raya Aidil Adha.
Alhamdulillah, rezeki harini bila mama soh masak lontong. Dapatlah saya ilmu baru.
Sempena raya haji esok, ini antara menu buka puasa mereka di rumah Ampang.
Ini resipinya. InsyaAllah sedap.
Untuk sayur tu, boleh aje letak apa yang suka / apa yang ada di dapur.
Bahan:
12 tangkai kacang panjang, potong serong
2 batang terung potong serong
1 batang lobak merah, potong serong
1 biji kentang dipotong wedges
2 keping tempe, dipotong kiub
1/4 kubis bulat, dipotong kasar
5 tangkai cili merah belah tengah
5 tangkai cili hijau belah tengah
2 kotak kecil pati santan (Saya guna brand ms)
2 cawan air
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak untuk menumis
Bahan kisar halus (blend):
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering, rendam 5 minit & toskan
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar
Sedikit air untuk kisar
Penyediaan:
1. Panask minyak dalam periuk/kuali, tumis serai dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus & masak hingga naik minyak, guna api sederhana & kacau sentiasa.
2. Masukkan lobak merah & kacau sebentar. Masak hingga lembut. Kemudian tambah kacang panjang, kobis & terung Kacau rata dan jika kurang kuah, boleh tambah air panas. Jika nak kuah lebih sedikit tambah lagi air.
3. Masukkan udang, tempe & kentang. Kacau hingga udangbtukar warna & kemudian masukkan santan & perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap & rasa, jika ok boleh matikan api. Enak dimakan dengan nasi impit, sambal ikan bilis, kuah kacang, serunding atau ayam masak kicap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan