Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Paprik Ayam buat peminat satu lauk dan sayur dalam satu mangkuk.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Paprik ayam, makanan yang ada satu lauk dan ada macam-macam sayur dalamnya.

Dek kerana takde idea nak masak sayur, tetiba menu ni menjelma kat minda. Apalagi, kita carilah resipinya kat web @matgebu . Ini pun menderhaka bahan apa yang ada aje.
Alhamdulillah sedap. Cuma jika anda nakpaprik ayam versi pedas, boleh tambah sikit cili kisar atau cili padi.

Bahan:
2 keping dada ayam, dihiris
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar hiris
3 helai daun limau purut
5 cili padi merah dihiris dua
5 cili padi hijau dihiris dua
1 cili merah besar dihiris kasar
2 ulas bawang putih dicincang
3 tangkai kacang panjang, kerat pendek
1 batang lobak merah dipotong serong
1/4 kubis bunga dipotong kasar
2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1 camca besar gula
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih & serai hingga harum. Masukkan cili kisar & masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan masukkan ayam. Gaul rata & masak hingga ayam berubah warna. 2. Masukkan pula sos cili & sos tomato, kacau seketika & masukkan cili padi, cili besar & lobak merah. Masak hingga lobak sedikit lembut. 3. Tambah kacang panjang & kubis bunga. Gaul hingga mesra. Masukkan daun limau purut & tambah gula Kacau dan masak sekejap.
4. Akhir sekali letak jus limau kasturi, kacau dan rasa. Tambah garam jika perlu. Siap paprik ayam untuk seisi keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...