Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Home-Made Crispy Spicy Chicken Burger, bila buat sendiri kita rasa happy


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Home-made crispy spicy chicken burger, bila buat sendiri, saya puas hati. Bukan apa, boleh letak macam-macam ikut rasa tekak sendiri.

Asalnya saje beli daging ayam tanpa tulang (boneless chicken) untuk masak-masak. Sekali suami cakap nak buat burger ala2 macam Texas Chicken. Makanya belilah 3 pek. Oleh kerana isinya tebal, kita potong dua & ketuk (smash) ala2 macam ayam penyet tu.

Dan hasilnya Alhamdulillah menjadi & sedap. Member yang datang ziarah pun seronok menghadapnya. Plus, bila buat sendiri, kita boleh letak inti sayur, sos, mayo atau apa sahaja banyak mana kita mahu.

Bahan untuk buat patty burger ayam:
Bahan perapan:

4 isi ayam dibelah 2 (jika tebal)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil paprika
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk bawang putih

Penyediaan:
1. Isi ayam yang dibelah 2 dibersihkan & kemudian anda masukkan/lapik ayam tersebut dengan plastik. Ketuk ayam tersebut dengan pengetuk besi/lesung untuk meleperkannya sedikit. Ia bagi melembutkan daging ayam & menjadikan ia rangup bila menggoreng.
2. Masukkan semua bahan rempah dalam satu bekas & gaul mesra. Kemudian masukkan ayam & sadur ia dengan campuran rempah tadi. Perap ayam sekurangnya 2-3 jam (lagi lama lagi bagus).

Ayam yang diperap. At least 2 jam. Nak lagi best, sehari semalam. :)

Bahan saduran tepung:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Bila home-made, rupa daging ayam yang siap digoreng tu tak berapalah lawa. Macam-macam saiz. As long sedap di makan, Alhamdulillah...

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk cili, serbuk bawang putih & garam. Gaul hingga mesra.
2. Dalam mangkuk sedikit kecil, masukkan telur, air & 1/2 cawan campuran tepung tadi. Kacau hingga sekata.
3. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, ambil sekeping ayam diperap & sadurkan dengan adunan tepung, kemudian adunan telur & akhirnya sadurkan kembali dengan adunan tepung. Goreng hingga warna keemasan & masak. Toskan daging yang dimasak atas kertas tisu atau jaring besi.

Bila dah siap... Tada... Dah macam burger fast food pun ada :)

4. Untuk penyediaan burger, potong dua roti burger, sapukan mentega di bahagia tengah & bakar seketika atas kuali leper tanpa minyak.
5. Selepas itu, untuk jadikan burger idaman, letak aje apa yang suka. Siap home-made crispy spicy chicken burger idaman kami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...