Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Penne dan Sup Sayur Cili Kicap
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Sup-sup ni memamng sedap dimakan bila dah boring makan nasi, dah boring makan berminyak & badan rasa tak sedap. Ia juga menu mudah bila nak cepat.
Untuk anda yang suka makan sayur, add-on aje sayur apa yang anda suka. Boleh juga letak ayam atau fish ball / fish cake jika suka. Meh, saya kongsi resipi penne dengan sup sayur + cili kicap. InsyaAllah membuka selera.
Bahan:
1 pek pasta penne direbus al dante
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 dada ayam dipotong dadu
1 liter air
1 batang lobak merah hiris serong
1 jambak brokoli
2 batang saderi dihiris serong
2 jambak bakcoy dipotong kasar
10 kuntum cendawan tiram
1 biji tomato dipotong 6
1 kiub pati ayam (jika suka)
10 ketul fishball belah 2
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun / minyak sayuran. Tumis bawang besar, bawang putih & ayam hingga naik bau.
2. Masukkan lobak merah & air. Masak hingga lobak sedikit lembut. Kemudian masukkan brokoli & batang saderi. Masak seketika.
3. Selepas itu, masukkan bakcoy, cendawan tiram, fishball & kiub pati ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan garam 2-3 sudu kecil (ikut rasa anda) & kacau. Masukkan tomato & masak dalam 1-2 minit lagi & siap.
Untuk cili kicap, anda hiris cili padi & masukkan dalam mangkuk kecil berisi sedikit air gula, 7 sudu besar kicap masin, 1 sudu besar kicap pekat & 1 biji perahan limau kesturi. Kacau & tekan sedikit cilinya. Siap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan