Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu gulai lemak ayam ni jika makan letak dengan kicap atau sambal belacan, pergh! memang tak pandang kiri kanan bila makan. Siap bertambah lagi. Kalau family saya, yang suka menu ni, suami, adik ipar dan anak-anaknya. Menu ni mudah aje. Nak masak pun tak amik masa lama. Kiranya dalam 30 minit dah siap untuk dapatkan ayam dan kentang yang lembut. Kalau nak cepat siap lagi, potong ayam kecil sedikit saiznya.
Ini resipi gulai lemak ayam versi saya. Bolehlah anda cuba.
Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong & dibersihkan
1 liter air
2 biji kentang dipotong 6
1 kotak kecil santan
2 keping asam keping
1 biji tomato dipotong 6
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan kisar:
Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong & dibersihkan
1 liter air
2 biji kentang dipotong 6
1 kotak kecil santan
2 keping asam keping
1 biji tomato dipotong 6
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit / 2 inci kunyit hidup
Sedikit air
Penyediaan:
1. Panaskan kuali pada api sederhana. Masukkan minyak. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak seketika hingga bahan naik bau.
2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan ia digoreng seketika (bagi mematikan darah & menghilangkan bau hanyirnya). Jika keadaan sedikit kering, masukkan 1/2 cawan air. Kacau seketika & biarkan.
3. Selepas itu, masukkan 1 liter air. Kacau seketika & masak hingga mendidih. Masukkan juga 2 sudu santan bagi mesrakan ayam dengan kuah. Kacau sekali sekala.
4. Masukkan pula kentang. Masak hingga kentang separuh empuk & ayam sedikit lembut. Selepas itu, masukkan santan 1 kotak (tambah air lagi 1/2 kotak). Masukkan juga asam keping. Kacau agar tidak bertahi minyak & kentang empuk. Masukkan 1-2 sudu kecil garam / secukup rasa. Setelah masak, masukkan tomato. Kacau seketika & siap gulai lemak ayam untuk dinikmati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan