Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ayam Goreng Berempah yang menggoda baunya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ayam goreng berempah, most of us memang suka ayam ni sebab rasa dan aromanya yang tersendiri.
Dan ada satu kisah menarik yang saya simpan buat kenangan sampai bila-bila tentang menu ayam ni.

Ditakdir beberapa tahun dahulu, ada jiran baru pindah berhampiran rumah saya. Dan dia sekeluarga menjemput jiran-jiran lain datang ke kenduri doa selamat masuk ke rumah baru. Salah satu menu hidangannya pada para tetamu adalah ayam goreng berempah. Alhamdulillah, saya dapat merasa ayam gorengnya itu.

Nak dijadikan cerita, sebelum pulang, saya berbual sedikit dengan isteri tuan rumah. Saya memuji keenakan ayam gorengnya itu dan sekadar memaniskan mulut, saya bertanya resipinya. Dan, jawapan dari isteri tuan rumah itu memang membuat saya diam dan senyum dalam hati. Katanya dia tidak mahu kongsikan resipi tersebut kerana ia adalah RAHSIA. Saya hanya mengangguk dan biarkan sahaja persepsinya pada pegangannya. Tak perlu dipaksa jika memang dia tidak mahu berkongsi.

Akhirnya, Alhamdulillah, kali ini saya dapat menyediakan hidangan ayam goreng berempah yang sedap hasil daripada perkongsian Cik Mat dari web Tiffinbiru. Terima kasih banyak-banyak Cik Mat atas perkongsian bermanfaat ini. Namun, ada beberapa bahan yang saya menderhaka sikit (itu aje stok yang ada di rumah).

Bahan kisar:
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai, hiris halus
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit (saya guna serbuk aje sbb stok habis)
2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 genggam bawang goreng

Penyediaan:
1. Ayam dibuang kulit, bersih dan cucuk dengan garfu pada semua bahagian berdaging. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan kisar halus, tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Letak dalam bekas bertutup dan perap semalam dalam peti sejuk (atau sekurangnya 5 jam).
2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kemudian goreng hingga keemasan dan ayam masa, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki ayam tadi. Siap.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...