Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sheperd Pie yang sedap dan enak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Tak pernah terfikir di minda saya yang saya akan buat makanan ini. Serius.
Saya memang tahu kekurangan diri bab memasak dari muda tapi bila usia semakin meningkat (akak dah makin tua dek non...), tahap keinginan untuk mencuba resipi atau makanan baru, membuak-buak. Apalagi bila lihat banyak gambar makanan sedap, best, menarik dok ber'tepek' di IG.

Dan menu Sheperd Pie atau adakala orang panggil Cottage Pie ini, saya cuba juga membuatnya kerana ternampak IG Tengku Puan Pahang. Tengku sering buat menu ini kerana ia makanan kesukaan ahli keluarganya. Kalau dah selalu depan mata dok terpandang, hati mula berkata-kata mahu mencuba.

Dan Alhamdulillah, Allah izinkan juga membuat dan menikmatinya masa bulan Ramadhan lepas. Resipi ini saya ambil di Youtube Marco Pier White. Gigih saya play pause play pause rewind youtube tu. Kenapa saya pilih resipi Chef Marco ni? Salah satu sebab suka tengok dia masak ialah, sambil dia masak, dia akan beri sebab musabab kenapa sesuatu masakan tu kena lebih ini, kurang ini, kena taruk ini, jangan letak ini. Sama macam Anna Olsan mengajar. Depa tak kedekut ilmu dan mahu orang masak dan menikmati makanan seperti mereka. Sayang saya pada mereka dan siap saya doa yang baik2 untuk mereka (doa tu rahsia akak dengan Allah k).
But still, ada a few bahan dan cara saya 'menderhaka' sikit. Saya letak kiub ayam seketul, taruk sos cili 3 sudu, taruk oregano (saya x suka bau thyme), letak garam & gula. Anyway, still sedap ya... :)

Bahan-bahan:
Buat Mashed Potato dulu (kentang lenyek)
1. 1kg kentang saiz sederhana (bergantung pada saiz dulang pembakar)
2. Susu
3. 3 biji kuning telur (untuk jadi gam dan menaikkan warna bila membakarnya)
4. 1-2 sudu mentega pada suhu bilik

Penyediaan:
1. Basuh bersih kentang dan lap. Cucuk dengan garfu di beberapa tempat pada kentang dan letakkan kentang atas tray. Bakar dalam oven selama lebih kurang 30-45 minit sehingga kentang lembut dan mudah dikisar/tumbuk. Kenapa bakar dan bukan rebus? Kerana Chef Marco kata, ia bagi memastikan kentang kita tidak berair dan ianya cantik dimasak.


2. Masukkan kentang yang telah dibuang kulitnya ke dalam mangkuk sederhana besar. Penyek atau lumatkan kentang tersebut (terpulang nak guna lesung batu ke, spatula yang masak daging berger ke atau mesin pengisar yang macam Chef Marco pakai (rujuk youtube) ke)
3. Panaskan susu ke dalam periuk kecil pada api sederhana (susu ni ambil lebih kurang dalam 300-400ml, bergantung pada kepekatan anda guna bila menggaul kentang). Standby lebih pun tak apa. Panaskan seketika tapi bukan menggelegak tau.
4. Gaulkan kentang dengan mentega. Gaul sehingga agak mesra. Kemudian masukkan susu sederhana panas perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit (jangan terus curah banyak). Gaul sehingga kita rasa kentang tersebut tidak terlalu keras dan teksturnya ok dan TAK MAHU kentang terlalu berair.
5. Setelah semuanya mesra, masukkan kuning telur dan gaul lagi sehingga anda rasa puas hati. Siap.

Bahan-bahan Sheperd Pie:
1. 1 sudu besar minyak zaitun / minyak sayur
2. 1 biji bawang besar. Dicincang
3. 1 ulas bawang putih. Dicincang
4. 400-500 gram daging cincang
5. 10 gram tepung gandum
6. 1 sudu besar sos worcestershire
7. 1 sudu besar tomato puri
8. 1 kiub stok ayam/daging
9. 3 sudu sos cili (yang ni saya menderhaka skit resipinya)
10. Gula & garam secukup rasa
11. 500ml air
12. 1 sudu kecil oregano (saya tak suka bau thyme)
13. 1 batang lobak merah dipotong dadu dan direbus sehingga separuh masak
14. 1 biji kentang dipotong dadu dan direbus sehingga separuh masak
15. 1 kuning telur

Penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan gaul sehingga bawang bertukar warna.
2. Masukkan daging dan gaul mesra dengan bawang. Masak daging dan cuba lerai-lerainya agar tidak berketul. Masak dalam 10-15 minit sehingga kelembapan air pada daging hilang. Bila daging dah nampak macam sedikit kering, masukkan tepung dan gaul.
3. Masukkan pula sos wescestershire, kiub ayam, air dan daun oregano/thyme, sos cili serta gula da garam. Masak sehingga mendidih dan gaul sekali sekala. Masak dalam 1/2 - 1 jam (bergantung pada masa anda nak cepat atau lambat).
4. Selepas sos daging sudah masak, pindahkan ia ke dalam bekas pembakar yang boleh masuk ke dalam oven. Taburkan potongan lobak dan kentang dan tekan sedikit agar masuk ke dalam sos daging (at least suku dari saiz dadu sayur tu masuk ke dalam sos)


5. Panaskan oven pada suhu 220 celcius.
6. Kaut sesudu besar mashed potato yang dibuat tadi dan letakkan di atas sos daging & kiub sayur. Letakkan sehingga 'cover' kebanyakan tempat. Ratakan menggunakan palette knife, spatula atau apa sahaja yang sesuai (sediakan bekas kecil air untuk memudahkan proses meratakan mashed potato menggunakan spatula). Ratakan sehingga ketepi bekas pembakar untuk pastikan ia tertutup rapat. Kemudian buat corak menggunakan garpu atau spatula. Sapukan kuning telur di atas kentang.
7. Bakar selama 30 minit atau sehingga kentang berwarna keemasan. Siap

Nampak cantiklah juga sebelum dibakar. Bila dah start bakar dan terlebih masa, sheperd pie saya jadi macam kat gambar atas. Sos terkeluar tepi-tepinya.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...