Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Perkahwinan & Panggilan Haji

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar...
Semalam, Sabtu, 29/7/17, 2 peristiwa penting berlaku pada saya dan suami.
Pertama, waktu pagi hingga tengahari, majlis perkahwinan menyambut menantu diadakan oleh keluarga kakak ipar saya. Dan malamnya, selepas isyak pula, kami sekeluarga bersiap-siap menghantar hubby, mak ayah mertua serta kakak ipar ke Kelana Jaya bagi menyahut panggilan haji.

Ia satu hari yang sedikit memenatkan dan juga bererti bagi kami sekeluarga.

Saya tumpang gembira kerana ahli keluarga semakin bertambah dan ikatan kekeluargaan dibesarkan.
Saya juga tumpang gembira kerana hubby, mak ayah mertua dan kakak ipar pergi menunaikan perintah Allah.
Pada masa yang sama, ada rasa sedih + syahdu, kerana saya tinggal seorang sahaja di dalam rumah ini (plus 3 cats). Bangun pagi tadi, hanya Allah yang tahu rasa hati. Rumah rasa sangat sunyi. Dari pagi hingga ke petang, tiada sesiapa yang ada untuk diajak berbual. Untuk kurangkan rasa sunyi, saya tengok movie harry potter yang sedang ditayangkan di astro. Itupun mood saya pergi entah ke mana. Hajat untuk mengemas rumah hari ini, terbantut.
Allahu Akbar...

Saya cuba ingatkan diri bahawa apa yang Allah uji ini saya mampu hadapi. Itu janji Allah dalam 2 surah akhir Al-Baqarah dan juga surah al-Mukminun ayat 62.

Allah sayang kita.

"Kami tidak membebani satu jiwa (yang telah Kami ciptakan) melainkan mereka mampu menghadapinya, dan pada Kami ada suatu catatan yang mengatakan mereka sebenarnya tidak dizalimi (dirugikan)."
(Surah Al-Mu'minun 23: 62)

Moga Allah beri saya kekuatan & keyakinan sepanjang 50 hari bila ahli rumah tiada di rumah (walaupun ada ketika tinggal di Ampang, rumah mama, tapi rasanya berbeza jika tiada belahan jiwa di sisi). :)

Moga semuanya berjalan lancar. Moga anak saudara yang berkahwin, berbahagia hingga ke jannah dan ahli keluarga yang menunaikan panggilan haji, kembali dengan haji yang mabrur. InsyaAllah...

Big happy family of Haji Nazar & Allahyarham Encik Jamil. When all family members get together, it's a wonderful feeling...

Us. Kami pun nak bergambar juga seperti pengantin :)

Suasana malam semalam ketika bersiap untuk meninggalkan rumah. Jiran tetangga juga menanti untuk mengucapkan selamat tinggal dan mendoakan mereka. Alhamdulillah...

Abah bersama dengan ahli keluarga baru cucunya dan jiran tetangga.

Suasana ketika berada di Tabung Haji Kelana Jaya. Setelah dapat beg kecil dan rantai tangan, masing-masing membantu mereka yang disayang.

Kami yang berusaha menggagahkan diri bergambar juga sebelum pulang meninggalkan mereka di Kelana Jaya. Jam 1.15 pagi masih berusaha tersenyum. Moga perolehi haji yang mabrur ya semua...

Saya akan rindu pada belahan jiwa yang ditakdirkan Allah ini. Moga dia beransur sihat ketika berada di sana. Moga Allah kabulkan doa-doanya. Moga dia mendapat haji yang mabrur. Sayang ayang selalu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...