Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ayam Panggang & Sandwich Ayam Panggang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ayam panggang ala food network.

Ahad lalu, sambil sarapan saya dok le tengok channel Food Network. Tengok le rancangan Chef Guy dengan anak dia. Mereka nak buat burger daging ayam belanda panggang.
Bila ralit tengok, terus dapat idea untuk diet encik hubby. Ialah, doktor fisionya dah cakap dengan saya direct, "Puan, jangan masak sedap-sedap. Pastikan dia makan suku separu separuh." Maksudnya jika makan nasi, mesti nasinya suku, sayurnya separuh, daging/ayam kurang minyak separuh. Makanya, malam tersebut, dia dapat makan sandwich ayam panggang sedap resipi food network.

Oh ya. Jika anak anda bukan seorang penggemar sayur, boleh cuba resipi ini untuk buat sandwich. Gunakan jagung (sama ada dari tongkol atau tin) & parutan lobak merah (sagat aje senang) dan campurkan dengan mayonis & sedikit garam/lada sulah. InsyaAllah mereka suka coz my 2 little nieces yang tak berapa makan sayur sanggup makan sandwich ini 2 keping sorang dengan ayat, "Sedapnya, maksu... Nak bawak bekal boleh?" Heh!

Resipi ayam panggang.
Bahan-bahan:
1. 1/2 ekor ayam / bahagian dada ayam. Cuci bersih & lap dengan tisu.
2. 2 sudu besar minyak zaitun
3. 1 sudu kecil garam
4. 1 sudu kecil lada hitam dikisar
5. 1 sudu kecil lada putih dikisar
6. 1 sudu kecil paprika
7. 1 sudu kecil chili flakes
8. 1 sudu kecil serbuk bawang putih
9. 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon / daun oregano kering

Selepas basuh bersih, lap ayam ini dengan kitchen tissue. Ini bagi memastikan apabila minyak zaitun disalut pada ayam, ianya dapat disalut dan dimasak dengan suhu dan cara yang betul dan rempah dapat disalut dengan sekata.

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180°c
2. Letakkan ayam ke dalam tray dan salut ayam dengan minyak zaitun.
3. Campurkan semua bahan rempah & parutan ke dalam satu mangkuk kecil. Gaul hingga mesra. Kemudian salutkan semua bahan tersebut pada ayam dan masukkan dalam oven.
4. Masak dalam 45 minit - 50 minit. Siap

Potong menggunakan pisau yang tajam. Buang tulang lembut ayam jika ingin buat sandwich

Sandwich ayam panggang:
1. 1 buku roti gardenia (apa-apa brand pun ok)
2. Mayonis
3. Sos Cili
4. Sayur salad hijau / ungu (ikut suka)
5. 1-2 biji tomato, dihiris
6. 1 tongkol jagung dihiris dan dicampurkan dengan 2 sudu kecil mayonis & secubit garam
7. 1 biji lobak merah disagat dan dicampurkan dengan 2 sudu kecil mayonis & secubit garam
8. Hirisan daging ayam panggang
9. 2 biji telur rebus dihiris
10. 6-7 keping keju / separuh mangkuk parutan keju mozarella


Penyediaan:
1. Sapukan sebelah roti dengan mayonis & sebelah lagi dengan sos cili.
2. Di bahagian roti bersos cili, susun sayur, ayam dan telur ikut kesukaan anda. Taburkan keju di atas sekali dan kemudian tangkupkan dengan salad dan kemudiannya roti. Siap.

Ini untuk sandwich kali pertama saya buat. 

Ini pula sandwich kali kedua. Anak-anak sedara & paksunya suka so kita add-on telur rebus pula. 

Happy cooking

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...