Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Akiko Okumura meninggal dunia, satu kejutan buat semua di akhir Syaaban


 Wanita Jepun yang saya jadikan idola setiap kali Ramadan tiba, Akiko Okumura telah meninggal dunia hari ini, Jumaat 29 Syaaban / 28/2/25. Kembalinya dia pada Allah merupakan satu kejutan kepada sesiapa sahaja yang mengenali suami beliau, Ridzokumura dan Sky di Tiktok. Serius, saya buka aje Tiktok dan ternampak fyp berita kematiannya tengahari tadi terus macam 'Eh? Betul ke ni? Takkan kot'. Saya menidakkan. But tangan still laju cari info lagi. I'm trying to deny the info. 

Bila lihat Tiktok Ridz, baca komen netizen dan keluar lagi berita tentang kematian beliau, sah, beliau telah dijemput Allah. Something most of us didn't expect. Ya Allah, perempuan baik yang suka masak macam-macam untuk keluarga di bulan Ramadan ni dah tiada. Saya rasa macam sebak. Sedih. Tak tahu nak cakap bagaimana. Terbayang wajah anak tunggalnya yang memang manja dengan dia. Tertanya bagaimana agaknya keadaan mereka berdua di bulan Ramadan 2 hari lagi akan muncul. Allah...

Akiko antara wanita yang saya jadikan inspirasi untuk berikan yang terbaik buat keluarga dalam masakan dan kekemasan rumah. Mungkin tidak sebagus dia tapi dia buat saya ingin perbaiki diri dari sudut ini. Hidangan yang dimasak setiap kali berbuka dan bersahur buat saya kagum. Antara soalan yang sering merasuk fikiran saya bila tengok VTT Ridz, 'Berapa lama Akiko ni ambil masa masak seorang diri ni? Kemas giler plating dia untuk makan berdua. Sayangnya dia pada suami dan anak sampai hidang makan cara cantik macam ni. Seriuslah dia basuh cadar anak lelaki dia setiap hari? (hatni saya terbaca komen netizen dan lepas tu saya check balik video lama). Tersusunnya dia kemas rumah. Comelnya dia masak guna apron'. Semua soalan ni saya rasa bukan saya seorang aje yang bertanya tapi setiap orang yang menonton VTT Ridz. Kami sampai kagum dengan cara dia sebagai seorang isteri dan suri rumah.

Terbaca komen netizen dalam TT tadi, pasti perkataan 'rumput hijau' dah takkan keluar lagi lepas ni sepanjang Ramadan. Aduh... sebaknya rasa. Betullah, perkataan itu yang sering diguraukan Ridz bila menyakat isterinya yang hidangkan salad macam-macam bila buka puasa. Itu belum lagi Nato feveret Sky. Allah... Moga Allah berikan kekuatan buat mereka berdua juga family Akiko. Moga syurga buat wanita baik ini yang secara tidak langsung mendidik para ibu, isteri untuk berikan yang terbaik buat keluarga terutama sekali di bulan yang mulia. Moga mereka bertiga dipertemukan kembali di syurga Allah. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...