![]() |
Photoshot pertama jurnal kesyukuran terbitan Booksville |
Jika dengan mentor sebelum ini, saya belajar tentang perlunya jaga hubungan baik dengan Allah selain berbisnes, sentiasa bersyukur dan tulis kebaikan diterima setiap minggu dan orang berusia dan buta huruf juga boleh berjaya, saya gabungkan semangat mereka bertiga dalam projek pertama saya ini. Plus, mama juga secara tak langsung ada mendoakan tentang penerbitan buku sendiri 2 tahun lepas. Masa tu saya ingat, 'Ni perli ke apa?' But, at the end, saya belajar sangka baik (bila dah tulis jurnal syukur, nak tak nak, kena belajar prasangka baik juga kan).
Dan dalam pada berusaha untuk merealisasikan matlamat, saya terjumpa juga artikel pendek yang dikongsikan Intotaqwa Malaysia. Apa sahaja berlaku selepas itu, saya beranggapan yang Allah mahu ganti dengan yang lebih baik sebagai ganti (tapi kena sabarlah dengan kesakitan/kecewa/sedih yang datang).
Saya kolaborasi dengan adik saya dan designer lama yang baik dengan saya lagi. Saya minta tolong beberapa rakan lagi untuk cuba menulis jurnal kesyukuran dalam masa beberapa minggu. Sebelum cetak, bos pencetak check dulu. Dia kata, nama buku perlu ditukar. Tak umph. Bila dah ada orang mula-mula dah beri pendapat begitu, haruslah percaya. Dah beribu buku dia cetak kot. Bila dah dapat feedback dan buat kajian sikit, akhirnya pertengahan Oktober 2024, mockup pertama saya akhir keluar kilang.
Reaksi pertama saya bila keluarkan dari bungkusan parcel adalah KECEWA. 'Eh? Kenapa macam ni rupanya? Kenapa comotnya muka hadapan hardcover ni? Kenapa kertas isi dalam nipis sangat? Kenapa takde riben? Kenapa 70% lari dari jangkaan?' Warghh!!! Sedih...
Saya dapat parcel tu Sabtu malam, saya bersabar hinggalah hari Ahad pagi. Saya wasap terus bos pencetak. Saya mengadu dan bercadang nak jumpa dia. Hari Isnin terus dia set waktu sebelum pergi ke KK. Dan bila esoknya dia tengok mockup yang saya terima, dia pun tak puas hati. Rasa macam tak patut. Jadinya, kami bincang balik apa yang perlu dan dia kata dia beri percuma mockup kali kedua ni. Dia suruh bincang dengan staf wanita yang lama bekerja dengan dia.
Bila lihat hasil kedua dengan beberapa pertukaran material, akhirnya saya berpuas hati dengan hasilnya. Setelah beberapa ketika dan ambil turn untuk buku masuk kilang, akhirnya saya dapat wasap staf pencetak mengatakan buku dah siap. Puan boleh pilih sama ada nak ambil sendiri atau kami hantarkan. Dah tentulah saya nak ambil sendiri. Nak rasa 'feel' yang tak pernah rasa sebelum ni.
![]() |
Jurnal kesyukuran siap dicetak |
Untuk mendapatkan jurnal kesyukuran Islamik pertama di Malaysia, boleh layari laman sesawang Ekspresi Syukur. Dan jika ada yang ingin mendapatkan info dan tambahan ilmu tentang syukur, redha, bahagia atau apa sahaja yang berkaitan, bolehlah ke Blog Ekspresi Syukur. Moga apa yang saya cuba lakukan ini dapat membantu anda memperbaiki rasa syukur sepertimana Allah bantu saya untuk bersabar juga bersyukur juga berprasangka baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan