Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ujian merupakan cara Allah memberitahu kita tentang sesuatu.

Ujian merupakan cara Allah memberitahu kita dalam memperbaiki diri, menambah ilmu dan mendidik diri untuk lebih dekat kepada-Nya. Saya sendiri sudah melalui fasa ini dan masih terus melalui fasa ini sehingga sekarang. Cuma, caranya sedikit berbeza mengikut peredaran umur dan situasi.


Baru ini, Allah mendatangkan ujian pada kesihatan mama. Mama didiagnos menghidapi hernia atau dikenali sebagai angin pasang. Cuma angin pasang wanita ini selalunya dihidapi atau disinggahi kepada wanita yang berumur 50 tahun ke atas, pernah mengandung, ada masalah obesiti, ada masalah pada kekuatan perut, sering batuk atau bersin, sering angkat benda berat dan sering ada masalah sembelit atau suka meneran ketika membuang air besar. 

Kalau ikutkan pada bentuk tubuh mama dan penyakit angin yang selalu dia hidapi, hernia dia ini dah bermula sebelum COVID lagi. Badan mama naik agar drastik. Perut dia nampak menonjol ke depan. Dia sering ada masalah senak perut, penghadaman dan loya. Mama ingat ia adalah biasa bagi orang yang berumur, tua dan ada masalah kesihatan darah tinggi dan injap jantung lemah. Tapi sebenarnya ianya bukan. Masa ni kami semua tak pernah tahu akan kewujudan  penyakit hernia. Lagi-lagi bila ia dihidapi oleh wanita. 



Bila dengar cerita abah yang mama ada makan di kenduri di rumah dan sudah hampir 3 hari dia ada masalah bila nak makan dan buang air besar. Bila makan 2 sudu, dia muntah. Bila nak makan lagi, dia muntah. Itu belum lagi bila sering nak ke bilik air. Bila dah masuk ke hospital dan doktor serta

jururawat dah buat x-ray, scan dan puasakan mama (masukkan tiub dari hidung ke mulut) mereka maklumkan yang mama kena hernia. Kalau ikutkan agak teruk tapi masih boleh dikawal sebab usus tidak melekat di perut atau usus terkeluar banyak dari lapisan abdominal wall. But still, dia kena hati-hati bila makan.

Bila fikirkan kembali, kesengsaraan mama dalam 3 hari dia keracunan makanan dan alami cirit-birit teruk di hospital selama 2 hari adalah disebabkan oleh penyakit baru yang dia sendiri tak sedar. Allah memberitahu mama dan kami melalui keracunan makana yang diberi. Jika mama tak sakit perut teruk, maka dia sendiri takkan tahu dia ada masalah hernia yang agak teruk. Keracunan makanan yang mama alami disebabkan hernia dia tidak boleh lagi berkompromi dengan makanan yang masuk dalam usus. Usus meragam. Menyebabkan rasa senak perut, angin, sukar bernafas dan cirit-birit. 

Makanya, dengan segala macam simptom penyakit ini, rupanya Allah nak maklumkan ada penyakit lain yang dihidapi selain rasa senak dan loya berpanjangan tu. Ada penyakit Dia dah beri sejak 5 tahun lalu. Allah mahu bukan sahaja mama berusaha untuk sihat dan jaga pemakanan tetapi juga kami, ahli keluarganya kena berhati-hati dalam menyediakan makanan untuk mama dan ahli keluarga lain juga nanti. Kawal pengambilan makanan yang bukan-bukan dan perbanyakan makan buah-buahan dan bersenam. Jangaa biarkan diri dan kesihatan terabai. Jika diamati juga, Allah barangkali sedang mempersiapkan saya dan adik-adik saya akan keadaan mama dan abah bila tua nanti. Allah mempersiapkan kami dengan ilmu bagaimana hendak menguruskan mereka sewaktu terlantar sakit tua atau barangkali sakit lain. Atau mungkin membantu orang lain yang memerlukan di masa hadapan. 

Everything happen must have a reason. Allah don't simple give the disease but don't have a cure. Allah want to teach us something. Allah want us to learn. Allah want us to gain knowledge in a way that we didn't aspect. We will use the knowledge insyaAllah in the future. Ingatlah! Setiap ujian merupakan cara Allah yang tersendiri memberitahu kita tentang sesuatu yang bakal berlaku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...