Assalammualaikum & Salam sejahtera.
Lama sangat tak ke blog ni. Saya sibuk sangat buat aktiviti baru untuk bisnes masa depan dan bantu orang. But still, cooking is my love.
Ini saya sharekan resipi tak lapuk dek hujan sampai bila-bila. Raya ke tak, still on masak...
Bahan:
1 ekor ayam goreng
2 kotak santan kotak - saiz kecil
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis1 ekor ayam goreng
2 kotak santan kotak - saiz kecil
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
1-2 sudu besar gula
2 keping asam keping
Bahan hiris:
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halus
Bahan kisar:
2 senduk cili kering kisar
10 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar & tumis lagi sehingga naik bau & pecah minyak.
2. Masukkan santan & air secukupnya. Terus masak dengan api sederhana. Kerapkan mengacau. Bila sudah menggelegak dengan jayanya, masukkan ayam goreng. Masak sehingga kuah pekat & pecah minyak.
3. Masukkan garam, gula, gula Melaka (jika ada stok) & asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan & kerisik.
4. Kacau hingga mesra & tutup api. Hidangkan dalam mangkuk besar & taburkan hirisan daun kunyit. Siap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan