Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 2 Disember 2022

Kek lobak merah yang senang dan sedap


Anak sedara balik kampung seminggu sampai hari mengundi jadinya segala masak dia bagi ke saya. Tengok banyak sangat lobak merah + semalam pun saya ada beli, jadinya kita buat kek lah. Blh kongsi dengan jiran.
Ini resipi kek lobak yang sedap. InsyaAllah, Allah beri jadi & sedap 😊

Bahan:
1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
1 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan minyak sayuran/zaitun
2 biji telur saiz A
1 sudu besar ekstrak vanila
11/2 cawan parutan lobak merah
1/2 cawan kismis

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 175 Celcius
2. Sediakan loyang 9 inci atau apa aje bekas yang anda ada yang boleh masuk ke dalam oven. Sadurnya dengan sedikit minyak sayuran & letakkan helaian kertas minyak dibawanhnya & sadurkan sedikit minyak sayuran juga.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan parutan lobak & kismis di dalamnya. Masukkan 1 sudu besar tepung serbaguna & gaulnya. Ini bagi memastikan bila anda campurkan bahan ini ke dalam tepung dan masak, ia akan tersebar ke seluruh kek & bukan jatuh di dasarnya.
4. Di dalam mangkuk besar yang lain, masukkan semua bahan kek tadi (gula kastor, gula perang, cinnamon, garam, baking soda, minyak & telur) kecuali tepung dan gaul hingga semuanya mesra. Kemudian, masukkan campuran lobak, nanas, kismis dan tepung tadi ke dalamnya. Gaul lagi.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar & bakar selama 30 minit. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek sudah masak dalamnya.
6. Jika kek sudah masak, letakkannya di atas jaring besi & biarkannya ianya sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...