Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 19 Oktober 2021

Apam tepung gandum @ apam kampung yang sekali makan, confirm nak seketul lagi.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kuih oldies yang sentiasa sedap dimakan bila minum petang atau sarapan. Kuih yang lembut, aroma yang klasik & rasa yang enak, memang membangkit selera. Ini resipinya.

Bahan:
Bahan A:

1 cawan gula Melaka (dipecah kecilkan agar mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 simpul daun pandan

Bahan B:
11gm yis
1/2 cawan air suam

Bahan C:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam

Bahan D:
1 cawan kelapa putih parut
1/4 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan A dalam kuali kecil & masak atas api sehingga gula melarut. Tutup api & sejukkan seketika. Buang daun pandan.
2. Masukkan yis dalam cawan berisi air & kacau. Biarkan yis mengembara dalam cawan selama 10 minit.

Isnin, 18 Oktober 2021

Masak lomak cili api daging salai yang mampu tambah nasi dua pinggan 😋🥵


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Daging salai ori kita beli dari Kuala Pilah. Memang terangkat rasa & bau salai dia bila masak lomak. Ini resipinya ekau buleh cubo. Mana tau, akan jadi menu feveret suami 😘

Bahan:
600 gram daging salai
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
10-12 biji belimbing buluh

Bahan kisar halus
1/2 cawan cili padi kampung
2 batang cili merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

Penyediaan:
1. Cuci daging salai yang siap dihiris, toskan & masukkan ke dalam periuk. Masukkan asam gelugor, serai & bahan kisar halus. Gaul rata & masak hingga mendidih.
2. Tuang santan cair, kacau & masak dengan api sederhana hingga daging lembut (lebih kurang 25-30 minit). Tambah pati santan & daun kunyit. Kacau perlahan & kerap sehingga mendidih. Masukkan belimbing buluh. Masak hingga belimbing lembut. Perasakan dengan garam secukupnya & secubit gula. Rasa & jika rasa sedap, dah boleh tutup api. Kacau & siap untuk dihidang dengan nasi putih, sambal belacan & telur masin 😋

Ahad, 17 Oktober 2021

Masak lemak cili padi itik salai yang lembut & hingga menjilat jari 😋


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Dah bertahun teringin nak try makan menu itik. Kat Nilai takde orang jual itik salai ni. Dan rezeki sangat semalam bila berjalan ke Kuala Pilah. Berderet gerai tepi jalan orang jual daging & ikan salai. Excited sangat. Apalagi, belilah sekor untuk cuba.

Alhamdulillah sedap. Bagi dapatkan daging itik salai yang lembut, haruslah dimasak hampir sejam di atas dapur. Jika tak, alamatnya liatlah. Ini resipinya.

Bahan:
1 ekor itik salai yang dipotong sederhana
2 biji kentang potong empat
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400ml pati santan (2 kotak)
1 biji tomato potong empat
Garam & gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1/2 cawan cili padi kampung
2 batang cili merah
2 inci kunyit hidup
1 inci halia

Penyediaan:
1. Cuci daging salai, toskan & masukkan ke dalam kuali besar. Masukkan asam gelugor, serai & bahan2 kisar halus. Gaul rata. Masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau & masak dengan api sederhana hingga daging lembut. Kacau sekali sekala. Jika daging tidak berapa lembut lagi, tambah 2 cawan air lagi. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan kentang, kacau rata & masak hingga kentang sedikit lembut. Tambah pati santan & daun kunyit. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa & sedikit gula. Masak sebentar & masukkan tomato. Kacau & tutup api. Siap untuk dihidang dengan nasi putih & lauk pauk lain.

Selasa, 5 Oktober 2021

Sup sayur yang enak makan dengan nasi mahupun bihun atau pasta


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sup sayur campur, menu mudah nak makan dengan nasi putih mahupun bihun atau makanroni. Anda boleh letak apa sahaja. Boleh letak tauhu lembut yang digoreng dahulu, fishball, lobak merah, brokoli, baby corn, bak choy, udang mahupun ayam. Untuk minyak, anda boleh guna minyak sayuran ataupun minyak zaitun.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...