Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 29 Februari 2020

Lala Goreng Serai & Cili


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Simple menu tapi layan aje bila meratah. Sekarang ni, sekilo lala dalam RM12-RM13. Bergantung pada tempat jualan.

Bila masak guna cili kering ni, teringat housemate cina di Labuan dulu. Suka mereka berdua masak letak cili kering & halia banyak2.

Bahan:
1kg lala dicuci bersih & toskan
2 batang serai dititik
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2 camca besar sos tiram
5 tangkai cili kering dipotong serong & direndam dalam air panas dalam 5 minit
1/2 cawan air
Sedikit garam
2 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan hirisan cili kering. Tumis hingga wangi. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia & serai. Kacau rata.
2. Tambah sos tiram, gaul mesra & masukkan lala. Gaul hingga rata. Tuang sedikit air. Tutup kuali & masak 5 -7 minit dengan api sederhana. Kacau & tambah sedikit garam. Kacau seketika & siap. Boleh dihidang.

Jumaat, 28 Februari 2020

Kuih Bakar yang simple & lembut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sedap sangat rasa kuih ni bila dimakan lepas ia betul-betul sejuk. Semalam, cuba makan time dah tak berapa panas (1/2 jam lepas keluar oven), rasa sedap tapi tak berapa ngam (masih terasa panasnya). Dan tadi, lepas balik kelas mengaji, terus buka fridge. Nampak mak ayah Rudy dah potong banyak. 'Wah!! Ni mesti sedap'. Dan bila saya ngap time sejuk2 tu, Subhanallah, sedapnya... Terima kasih kak @aziekitchen untuk resipi kuih bakar istimewa tu. Sedap sangat. Berkali2 le mertua amik makan.

Ini saya kongsikan resipinya. Bahan mudah sangat. Cuma bergantung pada kuantiti & kebesaran loyang untuk membakar.

Bahan:
3 biji telur gred A
400 gram tepung
2 cawan gula pasir
6 cawan santan pekat (saya guna 500ml santan kotak & tambah sedikit air untuk jadikan 6 cawan)
½ sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau .

Penyediaan (Guna loyang 10x10):
1. Panaskan oven pada suhu 200°. 2. Loyang dilenser dengan mantega & kemudian taburkan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum.
3. Dalam bekas besar, masukkan telur & gula. Gunakan mixer & putar hingga adunan kembang & gula hancur. Masukkan pula santan, tepung gandum & garam. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang perlahan-lahan. Masukkan dalam oven & bakar selama 1 jam atau 1 1/2 jam atau sehingga warna di atasnya bertukar coklat kehitaman.
5. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia betul-betul sejuk baru dipotong. Jika tak, kuih akan mudah pecah bila dipotong & ianya lembik. Kiranya, biarkan sejuk sendiri dalam 1 jam.

Khamis, 13 Februari 2020

Ikan Kerisi Masak Air Asam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama MIL tak buat lauk ni. Selalunya, bila kakak-kakak ipar saya bersalin, mesti ada lauk ni dia bagi mereka makan (kami di rumah pun dapat join sekali). Menu orang berpantang.
1st time makan dulu, rasa cam pelik tapi lepas beberapa suap, jalan aje lauk ni... Sedap
Kiranya menu mudah time nak kejar masa.

Bahan:
4 ekor ikan kerisi
1 biji bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
1 mangkuk air asam

Penyediaan:
1. Lumur ikan dengan garam kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan tos. Letakkan dalam mangkuk lebar.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih & halia sehingga sedikit kekuningan. Kemudian masukkan bawang besar & cili. Tumis sehingga bawang besar layu.
3. Selepas itu, masukkan air asam jawa & garam. Masak sehingga mendidih & secukup rasa. Padamkan api & tuang kuah asam ini ke atas ikan. Siap.

Rabu, 12 Februari 2020

Rendang Ayam yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya mengaku, ini adalah kali pertama saya memasak menu rendang tanpa paste instant & tanpa pemantauan mama & mak. Alhamdulillah, menjadi & sedap di tekak. Resipinya saya ambil di web kak @aziekitchen . Saya ada olah sedikit MENGIKUT citarasa & cara masak mama & mak.

Sebenarnya tidaklah susah nak masak rendang ni cuma yang sedikit renyah adalah menyediakan bahannya. Bahan hiris, bahan kisar, bahan goreng semua nak kena standby. Kiranya dalam 1 jam dah boleh settle (jika buat sorang2). Ini bahannya. Saya guna sepenuhnya gula putih dek kerana tiada stok gula melaka.

Bahan:
1 1/2 ekor ayam goreng
2 kotak santan kotak - saiz kecil
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1-2 sudu besar gula
2 keping asam keping

Bahan hiris:
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halus

Bahan kisar:
2 senduk cili kering kisar
10 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 biji buah keras

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar & tumis lagi sehingga naik bau & pecah minyak.
2. Masukkan santan & air secukupnya. Terus masak dengan api sederhana. Kerapkan mengacau. Bila sudah menggelegak dengan jayanya, masukkan ayam goreng. Masak sehingga kuah pekat & pecah minyak.
3. Masukkan garam, gula, gula Melaka (jika ada stok) & asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan & kerisik.
4. Kacau hingga mesra & tutup api. Hidangkan dalam mangkuk besar & taburkan hirisan daun kunyit. Siap.

Semua orang punya kreativiti pemberian Allah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua

BILA RUDY MELUKIS.
BILA DAH 16-17 TAHUN TAK MELUKIS, ALLAH MASIH BERIKAN DIA 'TANGAN BERSENI' UNTUK MENYIAPKAN GAMBAR-GAMBAR NI. ALHAMDULILLAH.

Jumaat lepas saya ada baca satu buku 'How To Be Creative'. Bukunya simple & penulis mengingatkan sesuatu yang kita semua pernah & seronok lakukan masa kecil & ketika bersekolah. Dengan bermain atau buat sesuatu yang kita suka, badan kita akan 'reengage with the creative self within'.

Dan sebaik saya kongsikan tentang ilmu kreativiti dalam buku yang dibaca dengan Rudy (walaupun baru baca 1/5 buku aje), terus dia bersemangat nak beli alatan melukis. Nasib set pensel warna hitam murah. Dalam RM15 aje sekotak (ada warna hitam pekat hingga hitam yang warna lembut).

Malam tadi dia settle gambar lukisan saya. Walaupun berpuluh tahun tak melukis, tapi hasilnya tetap cantik (jadilah juga rupa orang berbanding soh saya lukis, confirm orang lidi :) )

Lukisan gambar yang pada saya cantiklah. Sebab ada rupa orang. Kalau spesis tak pandai lukis, memang tak jadilah (sayalah yang tak pandai tu)

Dan esoknya, dia selesaikan sketching kedua. Kali ni, dia melukis sesuatu yang dia pernah ceburi dulu masa sekolah. Waktu masih sihat, kuat & bertenaga, bersilat.

Isnin, 3 Februari 2020

Vege sandwich with cheese / Sandwich sayur dengan keju


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk yang nak diet cara keto, boleh try menu ni. Sangat mudah & sedap.
Permukaan roti tu nampak macam hangit tapi rasanya tak pahit kerana disapu mayonis bukan mentega. Ia menghasilkan rasa roti bakar yang sedap.

Bahan:
1 buku roti tebal & potong ikut ketebalan diinginkan.
4 keping keju cheddar
1 cawan parutan keju mozzarella
1 biji tomato dihiris
1/2 batang timun dihiris
1/4 bawang Holland dihiris
1/4 cawan hirisan buah zaitun (beli yg dalam botol terus ya)
Mayonis
Butter (sapuan dalam jika suka)


Penyediaan:
1. Panaskan kuali leper guna api sederhana. Sapukan bahagian luar roti dengan mayonis. Setelah kuali panas, letakkan roti di atasnya.
2. Sapukan sedikit mentega & kemudian letakkan kepingan keju cheddar, tomato, timun, bawang, buah zaitun & keju mozzarella. Biarkan roti dibakar seketika lebih kurang 4-5 minit berdasarkan kepada cairan keju cheddar.
3. Angkat & kemudian bakar sekeping roti bahagian atas pula. Sapukan mayo bahagian luar & mentega bahagian dalam. 3 minit setiap bahagian. Letakkan atas roti tersebut atas bahagian roti berinti. Siap.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...