Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 30 Mei 2017

Gulai Lemak Kubis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ini antara menu yang tradisionalnya masih terpelihara. Cheewahhh...
Bila saya nampak menu kubis dalam instagram, tetiba datang idea nak masak kuah yang dah lama tak makan ni.

Its easy dish. So, working mum or anda yang kejar masa, can cook it. Takes only 10 minutes.

Bahan:
1. Setengah atau 1/4 kubis (jika besar). Dihiris kasar
2. 1/2 biji bawang besar dihiris
3. 2 ulas bawang putih dihiris
4. 1 jemput ikan bilis, direndam sebentar agar lembut
5. 1 batang cili merah, dihiris
6. 1 kotak santan (saya guna yang 200ml). 1/4 untuk buat santan cair & 3/4 untuk dimasukkan kemudian selepas kubis agak lembut.
7. 2 cawan air
8. Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Masukkan santan cair, air, bawang besar, bawang putih & ikan bilis ke dalam periuk. Masak seketika.
2. Masukkan pula kubis. Masak sehingga sedikit lembut. Kemudian masukkan cili merah. Kacau sehingga mula mengeluarkan buih kecil.
3. Masukkam santan pekat & kacau sehingga kubis lembut. Perisakan garam secukup rasa. Siap.

Happy cooking

Kuih Bronok / Nona Ros / Sagu Bersalut Kelapa

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Kuih ni ada banyak nama mengikut tempat di Malaysia. Dan mood saya teringin nak buat dan makan kuih ni bila melihat Instagram Tengku Puan Pahang. Subhanallah, rajin dan pandai dia memasak. Salute pada dia. Dan Alhamdulillah, bahan-bahan ada di rumah dan cuba tinggal beli kelapa parut aje.

Untuk wanita yang bekerja, kuih ini amat mudah dibuat. Boleh cuba nanti.
Just take around 15 minutes dan biarkan ia sejuk sendiri.

Bahan2:
1. 1 1/2 cawan sagu
2. 1 cawan gula
3. 4 cawan air
4. 2-3 titik pewarna merah
5. 1 helai daun pandan
6. Kelapa parut (putih sahaja)
7. 1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Masukkan dalam periuk air, gula, daun pandan & pewarna merah. Masak sehingga sedikit mendidih
2. Masukkan sagu ke dalam periuk & keluarkan daun pandan. Masak pada api sederhana dalam 10 minit atau sagu masak. Kacau sekali sekala.
3. Bila sudah masak, masukkan dalam loyang atau bekas untuk menyejukkannya. Dalam 1 jam.
4. Bila hendak makan, potong dan sadurkan pada kelapa putih yang dicampur dengan garam. Siap.

Happy cooking

Sabtu, 27 Mei 2017

Siapa yang boleh menegur kita?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bila kena tegur, mampukah kita diam dan mendengar?
Sukakah kita pada teguran atau kata-kata yang berbaur riak atau angkuh?
Sukakah telinga mendengar kata-kata teguran yang bersifat menyindir?

Ada satu insiden berlaku pada saya baru-baru ini. Cara hamba Allah itu berkata-kata (pada pendengaran saya) ada rasa sombong dan angkuh. Dia menyatakan bahawa apa yang berlaku disebabkan manusia dan tidak menyebut langsung tentang pentingnya Allah dalam mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku. Lupakah dia pada saat kita sukar dan pada dia kita meminta pertolongan. Padanya kita bertawakal. Berserah diri.

Saya tidak menyampuk untuk membetulkan kerana saya ada alasan tersendiri yang biarlah saya & Allah sahaja yang tahu. Jadi, saya serahkan pada Allah untuk menunjuki dia jalan yang lurus.

Dan entah bagaimana, pada malam ini, sedang saya sambung sedikit pembacaan buku 'Setia Dengan Kebenaran', ada ilmu yang Allah mahu saya tahu.

Mari saya kongsikan sedikit untuk tambahan ilmu buat semua.

Imam Birgivi menegur kita agar memelihara diri.
Ilmu itu sifatnya cahaya (nur).
Tetapi ilmu juga boleh memakan kita. Ketika ilmu menimbulkan kanser jiwa. Ego, sifat yang amat membinasakan.

Petanda al-Kibr:

  • Mahu dikenali orang, suka dirai, kehadiran disambut berdiri, tidak malu dan bimbang semasa ia terjadi
  • Rasa diri penting, suka apabila dikelilingi rakan dan mereka memilih untuk berjalan selangkah di belakang mengiringi kita
  • Menolak ziarah kerana beranggapan ia tidak berfaedah
  • Menolak duduk di sebelah orang yang rendah di pandangan diri
  • Enggan menziarahi dan menemani orang sakit
  • Enggan melakukan kerja-kerja rumah
  • Enggan membawa barang berat di khalayak
  • Enggan memakai pakaian murah dan lama
  • Suka menerima jemputan orang kaya, menolak jemputan orang miskin
  • Malu membeli belah di kedai murah
  • Menonjolkan diri ke depan di dalam majlis
  • Menonjolkan diri dalam perdebatan dan perbahasan untuk pendapat diterima
Birgivi juga berkongsi:
Terdapat sebahagian alim ulama dan guru yang mengajar kebenaran di dalam agama dengan cara kasar. Mereke menyalahkan para pendengar dengan dosa-dosa yang mungkin mereka tidak lakukan. Malah turut mengugut pendengar dengan bencana seksaan daripada Allah. Mereka seperti ini, menjadi punca kepada kemarahan. Sedangkan rumah Allah (masjid) bukan tempat untuk kemarahan. Mereka yang mengapi-apikan hal ini, tidak lain dan tidak bukan adalah golongan munafiq, sombong, angkuh dan memementingkan diri sendiri.

Sekalipun apa yang mereka sebutkan itu adalah benar, namun dengan nada ucapan yang sedemikian rupa, ucapan itu sesungguhnya menjadi kata-kata mereka semata, dan bukan dari kalam Allah.

Jumaat, 19 Mei 2017

Tolaklah dengan cara yang lebih baik. Allah suka.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pagi Jumaat yang indah ini, saya kongsikan sedikit ilmu dari buku Setia Dengan Kebenaran tulisan Hasrizal Abdul Jamil yang baru dibaca.

Bab kedua buku ini telah sedikit menyentap hati & akal waras saya. Dengan ujian yang baru menimpa saya seminggu ini, ia membuat terbit air mata (akak ter'emo' sikit dek non... hehehe...).

Meh saya kongsi.
Moga ada manfaat buat semua & moga kita semua masuk ke Syurga milikNya. Amin...

Fussilat: Seni Bertarung Untuk Menang Dan Bahagia

Semua orang mahu menang. Ada yang mahu menang untuk kepentingan sendiri. Ada yang mahu menang untuk memenangkan apa yang diperjuangkan. Dua-dua itu benar.

Kita yakin dengan kebenaran itu kita bahagia.
Biarpun sering terjadi, kemenangan kita itu datang bersamanya derita.

Kita sukar untuk percaya, bahawa Allah, Tuhan kita sudah menjelaskan kaedah menang yang ampuh & pasti berhasil. Kaedah yang disalah tanggap sebagai naif, malah klise bagi sebahagian pula.
Iaitu kaedah MENUMPASKAN KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN.

Baca perlahan-lahan untuk tadabbur ayat ini:

'Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.'
(Surah Fussilat 41: 34)

Pertama
Kebaikan & kejahatan tidak sama.
Itu harus jelas terlebih dahulu. Jelas perbezaan antara kebaikan & kejahatan.

"Ahh, buruk baik sama aje!" kata A. Kata-katanya salah.
"Kalau dia buat jahat, kita balaslah cara jahat. Baru buku bertemu ruas!" Kata B. Kata-katanya juga salah.

Salah kerana kebaikan itu Allah suka. Allah redha. Ia membawa ke syurga.
Salah kerana kejahatan itu Allah benci. Allah murka. Ia membawa ke neraka.

Satu tindakbalas kita mendekatkan diri ke Syurga.
Satu tindakbalas kita mendekatkan diri ke Neraka.

Kedua
"Balaslah kejahatan yang dikenakan ke atas kamu dengan sesuatu yang lebih baik..."

Setelah jelas mana yang baik mana yang jahat, pilih tindakbalas yang sesuai. Pilihlah tindakbalas yang lebih baik berbanding dengan kejahatan yang dikenakan ke atas kita. Apa sahaja, asalkan yang lebih baik daripada kejahatan. Serendah-rendah kebaikan pun tidak mengapa, asalkan bukan yang jahat.

Apa pilihan yang lebih baik itu?

i. Menyayangi orang yang menganiaya kita?
Itu makam tinggi. Mungkin ramai yang tidak mampu. Malah kebanyakan manusia tidak mampu. Hanya Allah yang Maha Mampu. Setelah manusia berdosa meminta ampun dan Dia ampunkan, Dia sayang pula kepada insan itu. Mana mungkin kita mampu mengasihi orang yang menzalimi kita.
Tetapi kalau mampu, itu memang hebat. Memang tinggi.

ii. Berbuat baik kepada yang menganiaya kita?
Tidaklah kasih tetapi kejahatan kita balas dengan kebaikan. Walaupun dengan hati yang luka dan inisiatif yang dipaksa. Membelakangkan kecederaan emosi. Dia campak sampah ke rumah kita, balasannya adalah kita hantar kuih ke rumah dia. Ini juga tinggi, bukan calang-calang orang mampu melakukannya.
Tetapi kalau mampu, itu memang hebat. Memang tinggi.

iii. Baik kepada yang menganiaya kita?
Tidaklah sampai menghadiahkan kuih kepada si dia yang melonggokkan sampah ke halaman rumah kita. Tetapi cukup dengan mengawal air muka. Paksa diri untu senyum. Urut dada untuk maafkan. Keluar ke halaman, bersihkan sampah yang dilonggok itu dan jika mood tengah baik, bersihkan sekali sampah di halaman rumah si dia.
Dia hendak marah dan terus benci, terpulang.
Kita biasa-biasa sahaja. Berlapang dada.
Ini serendah-rendah ukhuwwah. Masih dalam lingkungan ukhuwwah. Persaudaraan yang berkadar langsung dengan iman, tandanya iman masih berfungsi menyelamatkan persahabatan.
Mungkin boleh buat. Namun banyak perlu bermujahadah.

iv. Mencegah diri dari bertindak jahat?
Tetap mahu bertindak. Tetapi bertindaklah dengan tindakan baik. Jahatnya si dia perlu dibendung, maka dia perlu diberikan amaran. Mungkin perlu dibuat aduan. Mungkin perlu diambil tindakan undang-undang dan saman.

Kita bertindak.
Tetapi tindakan kita beralaskan kewarasan. Kita bertindak mengikut saluran. Pilih saluran yang efektif. Saluran yang sampai kepada tuntutan agama terhadap kemungkaran iaitu mencegah. Dan bukan sekadar mencegah, malah mengubah. Mengubah mungkar menjadi maaruf.

Dan dalam mana-mana pilihan di atas, kita tidak lupa berdoa. Memohon kepada Allah agar melembutkan hatinya. Sebagai mukmin, kita bukan hanya mahu orang yang kita sayang sama-sama masuk Syurga. Malah kita juga mahu orang yang kita benci, berubah dan sama-sama masuk Syurga.

Siapa yang mahu menghantar manusia ke Neraka?
Namun, kalau boleh bukan kita yang menghantarnya.

Sebab menyelamatkan seseorang daripada Neraka, amat besar ganjarannya, malah membantu pula usaha kita untuk ke Syurga.

Ketiga
JanjiNya ialah:
Jika antara kamu dan dia ada permusuhan, membalas kejahatan dengan kebaikan akan mengubah lawan menjadi kawan.
Bukan sekadar kawan, tetapi kawan yang akrab.

Masakan tidak, kita bukan sekadar kawan biasa, kita kawan yang membantu bekas lawan itu daripada terjerumus ke Neraka, kepada mampir menuju Syurga.
Itulah kawan sejati.

Ahad, 7 Mei 2017

5 bintang untuk buku One Way Ticket. Islam itu Memang Sangat Berhikmah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Alhamdulillah saya dipertemukan dengan buku yang sangat bagus ini. Buku ini sudah hampir sebulan lebih dibeli dan baru kali ini dapat membacanya. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, banyak sangat perkongsian kisah yang menarik diceritaka dalam buku ini.

Saya dan encik hubby ada follow FB ayah penulis iaitu Ustaz Fadli Yusof. Tak ingat pula bagaimana Allah menggerakkan hati saya untuk follow dia. Dan itu semua takdir Allah. Alhamdulillah, bila follow IG Ustaz Fadli, kami secara tidak langsung dapat mengikuti cara beliau berdakwah pada penduduk pedalaman di Keningau, Sabah dan juga Jepun. Saya sungguh tak sangka dakwahnya mendapat tempat di hati penduduk tempatan yang beragama lain dan ada juga beragama Islam tapi tidak mempraktikkan sepenuhnya Islam itu.

Berbalik pada buku ini, kisah yang dikongsikan oleh anak Ustaz Fadli ringkas tapi amat bermakna. Islam itu indah dan penuh hikmah. Saya kurang mengetahui tentang perihal dakwah tapi bila membaca buku ini, saya dapat agak kenapa dengan mudah mereka yang bukan beragama Islam sebelum ini dengan rela hati kembali pada agama fitrah. Dan mereka yang terbiar keIslamannya kembali kuat memegang tali Allah.

Kita tidak suka orang perli atau menghina secara tidak langsung akan perihal peribadi kita atau persekitaran kita. Tapi, dengan cara Ustaz Fadli serta anaknya ini, membuatkan Islam itu sangat senang didekati, ramah, sabar dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya ada bad history dengan anjing (hanya Allah yang tahu), tapi bila membaca kisah dalam buku ini dan cara penerimaan mereka bagaimana menyelesaikan masalah tersebut, sangat membuat hati saya 'terkejut'. Tidak pernah terlintas cara tersebut dilakukan. Antara kisah yang amat menyentuh hati & minda saya dalam buku ini adalah seperti Menegur Dalam Solat, Hijab, Perahu Malam, Senjata Rahsia, Tapai vs Tiger, Kisah Samak, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Kisah Serban dan lain-lain. Semua kisah ada keunikannya yang tersendiri.

Di sini saya lampirkan beberapa kisah yang boleh anda baca sedikit untuk dapatkan info tentang buku ini dan ilmu baru buat semua.

Kisah tentang betapa mereka sayangkan anjing dan bagaimana untuk kita tidak menghina akan keadaan mereka.  


Kisah tentang cara samak yang sangat bagus saya rasa. Tanpa menghalang, penulis berjaya mengajak anak kecil tersebut untuk terus praktikkan ilmu samak.



Kisah seorang Pengerusi Gereja dan anaknya tentang bagaimana mereka memeluk Islam dan berusaha untuk mengajak ahli keluarganya yang lain. Subhanallah... Kisah yang berbeza dari kisah yang pernah dengar sebelum ini.


Saya amat sarankan anda membaca buku ini. Tidak kisah sama ada membeli atau meminjamnya dari perpustakaan/rakan. Ia kisah buat kita semua...

Isnin, 1 Mei 2017

Pesta Buku KL 2017, karkade Sudan, biskut kiut Singapura, baobab & silaturahim

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat hadiri Pesta Buku tahun ini. Last year tak dapat join sebab dibuat di tempat lain jadi nak ke sana tu bercinta sikit. Kali ni dapat juga saya jumpa member-member lama dan yang selalu berbual dalam FB. Dapat jumpa face to face dengan Ika dari Singapura, Prof Kamil & Puan Roza suami isteri yang selalu baca statusnya di FB, Rehal yang saya & hubby kenal sejak mula menulis dulu (sekarang Alhamdulillah dia sudah berjaya dalam bidangnya), jumpa OP Mohzan yang selalu kami usiknya di FB tentang cheese & beberapa penulis yang popular. Dan rezeki juga dapat jumpa dengan rakan itm di sana.

Ada beberapa naskhah buku yang saya aim untuk dapatkannya di PBAKL kali ni. Yang paling utama adalah Amirul Budak Sudan, Di Sebalik Tembok Yahudi ada Damai di Al-Aqsa & Setia Dengan Kebenaran. 3 buku ini memang dinantikan penerbitannya. InsyaAllah harap dapat selesai membacanya dalam tahun ini juga.

Alhamdulillah, ada rezeki tahun ini dalam bidang penulisan. Jika ada yang ingin membaca buku Sci-fi atau sains fiksyen, boleh dapatkan Aitress. Ada banyak kisah cerpen di dalamnya dari pelbagai penulis. One of it, sayalah... hehehe...

Alhamdulillah... dapat buku yang dicari + autograf penulisnya juga + buah tangan dari Sudan. Seronok dapat jumpa Puan Roza & Abla Ibtisam. Sempat lagi Abla menjemput saya ke Sudan. Speechless kejap sebab tak terlintas langsung nak ke benua Afrika tu. Tapi, mana kita tahu perancangan Allah kan. Saya aminkan dan dia berkata insyaAllah... Moga Abla Ibtisam & keluarga dipermudahan urusan di sana.

Ini pakej yang saya dapatkan untuk belian buku Prof Kamil & Puan Roza. Hopefully dapat tonton dvdnya nanti. Dan... rezeki dari Allah juga, Puan Roza hadiahkan saya Karkade Sudan atau kita di sini macam bunga roselle gitu. Bersungguh Puan Roza menyatakan cara memasaknya dan saya pun gigih mendengar (kena dengar betul2 sebab terpaksa berlawan dengan suara suasana yang sedikit bingit). Ada rezeki, saya sharekan masakan yang jadi ya :)

Isi buah baobab. Pernah dengar & belajar tentang pokok baobab di benua Afrika? Saya dengar tentang pokok ni pun masa belajar Geografi dulu. Dan takdir Allah, kali kedua ke PBAKL dengan hubby, kami dapat merasa buah baobab yang dihadiahkan kepada Puan Roza oleh Abla Ibtisam. Prof Kamil siap kata, "cuba rasa dan beritahu saya apa rasa buah ini?" Saya dan suami makan sedikit. Buah ini tak berapa keras digigit dan bila dikulum dalam mulut beberapa ketika, kita akan mula rasa masamnya. Terus saya dan suami berpandangan. "Macam buah asam kan?" Dan Prof Kamil kata, buah ini rasanya seakan-akan buah keranji (ingat tak pantun 'buah keranji dalam perahu'). Budak zaman sekarang mungkin tak cam buah ini, katanya. Saya & suami pernah rasa buah keranji pun dalam 2 tahun lalu. Bila adik saya kahwin.

Rezeki kami dapat berjumpa dengan Prof Kamil. Selalu kami baca statusnya di FB dan kali ini encik hubby akhirnya dapat bertentang mata dengannya.

OP Mohazan, kami mulanya hanya kenal melalui buku Pilo Talk. Dan akhirnya kami bersahabat di FB. Alhamdulillah, semalam kami bertiga dapat berjumpa dengannya. Siap suami dok sakat tentang masakan cheese lagi dengannya (dia lelaki yang suka kepada masakan tradisional yang asli). Yang abang baju putih tu, rasanya ramai orang kenal. Dia ada berlakon dalam drama Teman Lelaki Upahan. Exactly, mereka berdua antara orang kuat buku Indie :)

Tengah dok nak habiskan nasi lemak masa sarapan, tetiba ada orang tegur. Wah... rezeki jumpa member lama. Jika ikutkan, saya kenal dia masa belajar Bahasa Inggeris di MARA & kemudian saya, hubby & dia belajar di itm yang sama. Hubungan kami pun terus kekal sampai skarang (meskipun berhubung hanya di FB). Kiranya almost 20 years kami berkawan.

Airul @ Rehal Nuharis, kami berdua kenal dia masa mula-mula dalam bidang penulisan. Dia salah seorang staf penerbit & dia memang seorang yang ramah. Alhamdulillah, kerana keramahan dia, kami baik secara tak langsung. Moga dia terus sukses dalam kerjayanya & dipermudahkan segala urusan baik (dia script writer untuk drama Kau Aku Kita & Mr Donat Karamel)

Karkade dari Sudan & Biskut Kiut dari Singapura. Kedua-duanya hadiah dari rakan penulis. Member siap kata, biskut tu sedap. So, kongsilah dengan cik hubby. Terima kasih banyak-banyak untuk rezekinya :)

Have a wonderful day everyone...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...