Aritu masa jenjalan kat IOI Putrajaya, akak ternampak pelbagai jenis mi kuning, mi putih dan kuew tiaw. So, akak belilah yang mi kuning ala-ala macam kuew tiaw tu. Bukan senang nak dapat kat Nilai. So, petang tu, akak try buat mi goreng basah. Alhamdulillah, menjadi dan sedap rasanya (semua orang makan, sedaplah kan, ngeee...)
Jom kita cuba buat mi goreng basah (nak guna apa jenis mi atau kuew tiaw pun, ikut aje pilihan hati anda)
Bahan-bahan:
1. 1 pek me kuning ala-ala kuew tiaw
2. 1 biji bawang besar dihiris
3. 2 ulas bawang putih dihiris
4. 2-3 sudu besar cili giling / cili blend
5. 1 cawan air (untuk masakkan cili giling tu sebentar)
6. 2 batang fish cake/fish ball/ayam. Dipotong (mana-mana yang ada dalam fridge anda)
7. 3 sudu kicap biasa (kicap manis)
8. 1 sudu kicap pekat (saya guna brand Tamin)
9. 3-4 sudu sos tiram (ikut suka)
10. 1-2 sudu sos cili (ikut suka)
11. 1 biji telur
12. 3-5 tangkai sawi pendek. Dipotong (taruk aje sayur apa yang berkenan di hati)
13. 3 sudu besar minyak masak
14. Garam secukup rasa
15. 1 batang cili merah untuk hiasan
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling dan gaul sebentar. Masukkan pula air dan kacau. Biarkan cili masak sebentar.
3. Bila dah kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat, sos tiram & sos cili. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.
5. Masukkan pula telur dan kacau sedikit. Bila dah lihat telur macam dah berketul sedikit (separuh masak), masukkan mi dan sayur. Kacau sehingga semua bahan masakan sebati. Jika warna tak berapa umph, tambahkan sedikit kicap. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit air dan sos tiram.
6. Bila dah masak, masukkan mi dalam mangkuk besar dan tabur hirisan cili merah. Siap untuk dimakan.
Happy Cooking.