Alhamdulillah, Allah beri saya rezeki lagi untuk berkongsi resipi yang 'menjadi' dengan anda semua.
Puding karamel ni sebenarnya saya mula tahu masa baca novel Manisnya Cinta by Anis Ayuni masa kecik dulu. Pastu saya dapat le rasa yang adik saya buat masa dolu-dolu di zaman akaknya ni memang tak pandai masak & hanya pandai makan aje, But my sis bakar dalam oven puding karamel yang dibuatnya. Ok lah kot rasanya dek tekak saya yang pandai makan ni (sebelum tu ada pernah makan juga tapi tak ingat bila, akak hilang ingatan lah pulak...)
So, kali ni, teringin nak buat puding karamel ni masa nampak menunya kat kedai makana arab Al-Jamal di Giant, Nilai. Ingat nak amik satu pek tapi bila tengok harganya RM5 dan saya dah order nasi arab kambing, makanya saya lupakan aje niat tu. Kang nasik ke mana, puding ke mana. Mau encik hubby beri syarahan free...
Dan rupanya, dalam family besar hubby, ada 2-3 orang anak sedaranya hantu puding ni. Saya pandang aje depa makan puding tu dan siap bawa balik. Ini tak boleh jadi man, mesti kena cuba. Bukan setakat saya boleh bedal berkali-kali, boleh sedekah lagi ni. So, godek punya godek kat dalam google, akhirnya saya cuba resipi yang dikongsi oleh Azie Kitchen (aziejaya.blogspot.com).
Alhamdulillah, sedap rasanya. Mak mertua saya yang tak pernah makan puding ni dan musykil tengok cucunya makan kat kedai arab akhirnya merasa juga. Dan... every night dia akan ambil puding ni dan makan depan tv lepas makan nasi. Dah jadi dessert dia sebelum tidur.
Jom saya kongsikan resipi yang Alhamdulillah sedap & best ni.
Untuk 24 bekas kecil.
Bahan bahan:
1. 1 tin susu pekat manis (tak kisah brand apa)
2. 1 tin susu cair
3. 1 tin air
4. 5 - 6 biji telur - buang mata (bahagian kecil ketulan putih masa pecahkan telur tu tau, bukan kuning telur)
5. Esen vanilla
Gula Hangus:
1. 1 1/2 cawan gula pasir
2. 3 cawan air
Penyediaan:
1. Goreng gula hingga perang. Saya sarankan guna kuali besar atau periuk tinggi sedikit.
2. Bila gula bertukar warna perang seluruhnya, baru masukkan air perlahan-lahan (kang kalau masuk sederap mau terkejut anda tengok gula panas tu menggelegak hebat). Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
3. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-3 jam untuk pastikan gula pekat sedikit dan memudahkan proses tidak bercampur dengan puding nanti.
3. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-3 jam untuk pastikan gula pekat sedikit dan memudahkan proses tidak bercampur dengan puding nanti.
Air gula yang sejuk dari dalam kuali dipindahkan ke dalam bekas ni untuk letak dalam fridge. Jangan dituang masa gula tu panas dalam bekas kaca or plastik, kang drama lain pulak yang berlaku.
4. Untuk pudingnya, telur dibuang mata dan dipukul perlahan supaya adunan tidak berbuih. Masukkan semua bahan-bahan yang lain. Kacau sehingga sebati tapi jangan berbuih sangat sebab nanti bila masak, akan nampak lubang-lubang kecil pada puding karamel tu. So, tak berapa lawa jadinya puding anda. :)
Ni gambar 1st time buat, tu yang ada buih-buih comel tu. Hehehe...
5. Panaskan periuk pengukus.
6. Masukkan gula hangus sejuk tadi ke dalam bekas-bekas plastik kecil. Gaul adunan terlebih dahulu sebelum setiap kali dituangkan dalam bekas kecil ya. Kandungan gula hangus biarlah dalam 3/4 senduk kecil atau 3 sudu besar sahaja kerana kalau banyak sangat, bila makan, rasa macam banjir pulak bekas tu (pengalaman akan untuk bekal last yang akak sayang nak buang air gulanya).
Saya letak atas tray supaya senang nak angkat. Tapi jika anda nak lagi mudah, boleh aje letak atas tempat pengukus yang jarang tu tapi pastikan ada 2 bekas le. At least tak tunggu lama untuk bekas tu sejuk.
7. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. 2-3 minit kemudian, buka penutup pengukus dan biarkan puding terus mengukus tanpa penutup sekejap. Ini bagi mengeringkan air di permukaan puding tu.
Happy cooking semua...