First, saya nak kongsikan resipi Nasi Arab Kabsah Madinah (Lain kali saya kongsikan resipi lain yang saya dah cuba). Saya berani mencuba nasi ini kerana masa saya berjalan di pasaraya Giant, ternampak satu botol rempah yang bertulis rempah kabsah. Saya tanya pada penjual di gerai yang menjual barangan2 Arab dan kurma sama ada rempah itukah yang digunakan untuk memasak nasi arab. Dia hanya berkata, "Ia kot kak. Saya pun tak pasti. Saya jual aje." Saya hanya tersenyum. Dan, bila buku Aroma Antara Benua dah ada di tangan dan ternampak akan resipi Kabsah Madinah, terus saya teringatkan tentang rempah tersebut. Saya pasti, inilah rempah yang dimaksudkan. So, jika anda ingin mencuba mendapatkan rempah kabsah atau mandy, boleh dapatkannya di kedai2 kecil di dalam pasaraya Giant, Carrefour, Tesco atau kedai2 yang menjual barangan Arab seperti di area Ampang Point.
Kabsah Madinah
Bahan-bahan untuk 4-5 orang makan:
- 4 cawan beras panjang (brasmathi)
- 4 cawan air panas
- 1/2 cawan susu segar / yogurt
- 1 ekor ayam - dibelah 4 atau 8
- 1/4 cawan minyak sayuran
- 2 biji bawang besar dimayang
- 4 ulas bawang putih dicincang
- 4 tangkai bunga lawang
- 4 tangkai bunga cengkih
- 4-6 biji buah pelaga
- 2 batang kulit kayu manis
- 1-2 sudu besar rempah kabsah
- 2 sudu besar puri tomato
- 2 biji buah tomato besar dicincang kasar
- 2 batang lobak merah diparut kasar
- 1 biji oren - diparut kasar kulitnya
- 5 biji lada hijau
- Garam & lada hitam
Penyediaan:
- Rendamkan beras sekurangnya satu jam. Tuskan airnya dan ketepikan.
- Panaskan periuk. Kemudian tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga, bersama hirisan bawang besar menggunakan minyak sayuran. Biarkan sehingga bawang wangi dan keperangan.
- Kemudian masukkan puri tomato, bawang putih dan buah tomato. Kacau beberapa minit dan masukkan ayam yang telah dipotong.
- Masukkan 3 cawan air panas, parutan lobak merah, kulit oren, rempah kabsah, garam dan lada hitam ke dalamnya. Masak dengan api sederhana selama 20-25 minit atau sehingga ayam empuk.
- Keluarkan ayam dari air rebusan dan ketepikan.
- Masukkan beras ke dalam periuk yang sama (sukat air rebusan agar menjadi 4 cawan). Tambahkan air panas jika perlu dan susu segar/yogurt ke dalamnya. Masak selama 30-40 minit atau sehingga nasi mula mengering.
- Tutup periuk nasi dengan penutupnya dan kecilkan api. Masukkan lada hijau ke dalamnya. Padamkan api apabila nasi telah masak.
Nasi Arab ni boleh juga anda buatkan jelatah timun dan nanas untuk makan dengannya.
Untuk sos pedasnya atau dipanggil Salatha, ini bahan2nya:
1. 4 biji tomato besar - dibuang biji
2. 1 bawang besar
3. 4 biji cili hijau
4. Setangkai daun ketumbar atau pudina
5. 1/4 cawan air
6. Garam & gula secukup rasa
7. Sesudu besar jus lemon
Penyediaan:
1. Masukkan tomato, bawang merah, lada hijau, daun ketumbar/pudina, air, aram & gula ke dalam mesin pengisar.Kisar semua bahan sehingga agak lumat.
2.Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus lemon.