Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Khamis, 29 Disember 2011
... Dan Cinta Pun Tersenyum... buat saya serasa senyum sentiasa
Baru aje selamat meng'khatam'kan novel ni 1 jam setengah yang lalu...
Saya memang suka buku ke-2 yg saya baca karya Nora Ismail a.k.a Rose Harissa ni. Rasanya sama seperti membaca Wasilah Cinta Weera. Every single line kalau boleh tak nak skip. Dan bila dah start baca memang payah nak berenti (tak pasal2 jam 1.15 pagi saya tidur smlm gara2 start baca buku ni waktu petang).
Macam mana nak story ek. Buku ni, bila saya baca bab pertama sahaja membuatkan saya rasa happy, teruja dan senyum seorang. Meskipun banyak dialeg atau bahasa Indonesia di dalamnya tapi saya rasa suka untuk terus membacanya. Teringat masa zaman cerita Indonesia meletup dulu gara2 cerita 'Apa Ada Dengan Cinta'. Memang bila baca buku ni, serasa terbayang2 akan cerita Dian Sastrowardoyo & Nicholas Saputra bila mereka bercakap (walaupun tak masuk langsung filem tu dlm buku ni entah kenapa saya ingat, saya pun tak tau).
Bila Nora Ismail menggambarkan watak Ervan di dalam ni sama seperti cover novel, waduhhh... 'ganteng' sungguh heronya... hahahaha.... (mau saya kena gelak dgn hubby sbb berangan :) ).
Cara hero & heroin 'bergaduh mulut' dalam buku ni sungguh 'comel'. Watak orang ketiga yg selalunya menyakitkan hati memang juga membuatkan saya tak sabar2 nak tau balasannya (what you give, you get back tau zaman skarang ni, just lambat atau cepat aje Dia beri).
Saya tak nak 'spoil'kan mood sesiapa, my suggestion is buy or borrow this novel and you know what i'm telling is true. You won't regret it. Hopefully... :)
Selasa, 20 Disember 2011
New York Cheese Cake yg sedappppp...
Sabtu baru ni saya n family celebrate harijadi adik2 perempuan saya. Dua-dua lahir bulan 12. Sorang awal, sorang akhir. Dan Alhamdulillah, masa tengah pilih nak order kek apa untuk mereka (sebab kedai kek yg saya nak order pada awalnya tukang buat kek tu cuti), tetiba Allah beri ilham. Teringat saya pada kawan lama saya masa di ITM Melaka dulu yg kekadang aje saya dan hubby dapat berjumpa (setahun sekali or dua aje).
Saya pun inbox FB dia n tanya pasal kek red velvet. Lepas tu dia reply dan beri several option untuk kek-kek yg dia buat. Dan selepas saya n hubby discuss, we agree to order new york cheese cake. Dan... pilihan kami memang tepat. Suka sangat-sangat. Cheese kek made by Shazariah ni memangggg sedapppp... Sehingga menjilat sudu... Tak tipu punya...
Untuk menyedapkan lagi keadaan, saya buat sos strawberi yg resipinya diberi oleh kawan saya tu jugak. Dan hasilnya memang superb. Breakfast esoknya pun saya dok carik lagi kek tu dalam peti ais. Lusanya pun saya ngap jugak... sedappppp... dan kami semua memang sukakannya...
So, sesiapa yg teringin nak try rasa kek member saya ni, ini blognya. Boleh tempat terus kat dia. Simply Delicious Cakes & Cupcakes.
Isnin, 12 Disember 2011
Fakta Pernikahan Rasulullah SAW dengan Saidatina Khadijah
Sedang saya baca novel 'Sebarkan CintaMU' oleh Fatimah Syarha, ada banyak fakta yang menarik terkandung di dalamnya. Dan tadi, sewaktu menunggu suami di hospital, fakta berkaitan pernikahan Rasulullah: Sebab nafsu atau kepentingan agama betul2 menarik perhatian saya. Ianya berkaitan monogami dan poligami yang dialami sendiri oleh Rasulullah SAW. Jom saya kongsikan fakta berkaitan Saidatina Khadijah, wanita yang sentiasa dirindui Rasulullah meskipun telah lama wafat...
Khadijah al-Khuwailid
Sebab Pernikahan:
- Akhlaknya mulia. Agamanya fitrah, sepupunya Waraqah Bin Naufal seorang ahli kitab yang jujur
- Melindungi janda yang kematian suami
Hikmah Pernikahan
- Rasulullah tidak pernah menduakan Khadijah ketika hayatnya
- Malah tidak mengambil hamba ketika hidup bersama Khadijah
- Khadijah seorang isteri yang menunaikan setiap kewajipannya
- Beliau mampu memberikan baginda keturunan
- Bersama baginda saat susah mahupun senang ketika baginda diancam dan dipinggirkan
- Bukankah baginda menunjukkan contoh tidak menduakan isteri yang memiliki semua kualiti ini?
- Rasulullah SAW tidak berpoligami pada saat anak-anak baginda masih lagi memerlukan perhatian dan didikan seorang ayah
- Baginda berpoligami saat anak-anak baginda sudah besar dan mampu berdikari
- Rasulullah bermonogami selama 25 tahun
- Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah sudah lama wafat
- Keluarga Rasulullah tidak mengalami konflik yang ketika berada dalam suasana monogami. Anak-anak baginda membesar dalam suasana ini. Sebaliknya sering tercetus konflik rumahtangga dalam suasana poligami
- Rasulullah SAW tidak pernah marahkan isteri ketika mempunyai seorang isteri. Sebaliknya sering teruji dengan tindakan-tindakan isteri lain yang lahir kerana cemburu dalam alam poligami hinggakan baginda pernah marahkan mereka dalam tempoh masa yang agak lama
Konflik rumahtangga
- Hampir tiada
Tahun dan tempoh pernikahan (Masihi/Hijrah)
- 595 Masihi
- 25 Tahun
Jumaat, 9 Disember 2011
Bila budak2 cuti sekolah...
Bila anak-anak sedara start cuti sekolah, aku dan hubby pun turut cuti gak. Mana taknya, bawak sekali mak dan abah pi bercuti dengan cucu.
Sebelum cuti ke Taiping, kami pi Jelita Ostrich Farm kat area Seremban. Senang aje. Guna highway LEKAS, setengah jam dah sampai (masuk ikut tol Ampangan tau). Banyak jugalah ilmu yg dapat bila ke sini. 1st time jugak tengok burung unta@ostrich ni secara life. Nasib kami baik sebab masa ni kami aje yg datang melawat. So, special tour lah kami dapat. Hehehe....
Jom layan gambar...
Fakta: Burung ostrich warna hitam ni jantan. Yang betina warna coklat. Bila mengawan, si betina akan mengepak2 sayapnya dahulu dan menari depan si jantan. Kira macam tarik perhatianlah tu...
Encik Hubby yg sedang memijak telur burung unta. Fakta: Telur burung unta ni boleh menahan beban di atasnya seberat 100kg. Tu yg penjaga ladang suruh dia pijak tu. Untuk membuktikannya...
Kami semua try pijak telur burung unta tu. Dan inilah hasilnya. Tak pecah... Kiranya berat tak melampaulah tu... hehehehe...
Ni dia telur burung unta yg kami pijak tadi. Besar kan... Sebiji telur ni boleh mengenyangkan 3 buah keluarga (itu yg penjaga ladang cakaplah...)
Kami menunggang burung unta. Hahaha... rasa macam nak tergolek ke belakang aje. Fakta: Untuk menunggang haiwan berkaki dua, badan perlu ditarik ke belakang sikit. Jika ke depan, alamatnya jatuh tergolek le kita...
Bila balik, semua dapat sorang satu pen burung unta.... Sukalah tuu...
Dua hari kemudian, kami balik ke Taiping. Makan2 n jumpa sedara mara. Yang paling penting, dapat ngadap durian tu... Ada gak tempat lain kami pergi, tapi entah kenapa terlupa pulak nak amik gambar. Sehari sebelum balik ke Nilai, kakak ipar saya belanja kami semua mandi-manda kat Lost World of Tambun. Ok gak tempat ni. Macam2 aktiviti ada. Tapi sape yang suka main air tu, kira nak best, kena datang pagi. Boleh main puas-puas...
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Oleh kerana saya, hubby dan seorang lagi sister dia tak mandi, jadi kami merayaplah keliling tempat ni. Ada aktiviti zip line, mendulang bijih, zoo haiwan, kolam air panas dan macam2 lagi.
Dah pi ke sini mestilah amik gambarkan... Dan tengah kami elok2 amik gambar, tetiba ada pulak kambing yang tersesat keluar dari kandang. Jinak pulak tu bila suami n kakak ipar usap2 dia...
Satu weaknesses saya time datang kat taman tema ni, saya tak boleh main benda berayun.... huwaaahhhhh.... Saya tahu pun bila saya main permainan kat Sunway Lagoon dulu. Naik aje kapal berayun tu, terus kepala saya swing. Aduhai... ruginya.... From the picture, it shows that everyone is happy.... :) Alhamdulillah....

Langgan:
Catatan (Atom)