Gara-gara hubby saya tengok channel AFC satu malam tu, tetiba aje dia paling kat saya, "yang, buat le pastry. Macam kat dlm tv ni."
Saya pandang dia dan dengan jujurnya saya menjawab, "mana saya tau buat. Tak pernah try pun seumur hidup."
"Alah... buat ler... sedap ni."
"Saya tak tau le yang. Memang tak pernah buat." Jawab saya lagi.
Akibat perbualan pendek tu, saya dok teringat-ingat. Cian pulak dgn hubby saya yang ter'mengidam' ni (lain kali mahu ditukar channel AFC kalau nampak dia, hehehe...), balik Ampang ni saya buat le. Lagi pun adik2 saya pun ada untuk jadi tester sebelum hubby balik kerja.
Apa lagi, saya soh adik bongsu saya bawak saya pi kedai bakeri n Giant. Beli barang buat pastry. Sebelum tu saya godek le blog n web masakan. Dan terima kasih Che Mat Gebu kerana banyak sungguh cara-cara membuat pastry kat dlm webnya (pilih aje mana yg suka).
Petangnya, saya pun mengetest le. Mula2 pakai inti Blueberry. Bila masuk dlm oven aje, tunggu gak dekat 25 minit. Tunggu punya tunggu, "apesal tak kembung2 lagi pastry ni?" Saya dah mula nervous. Saya tambah panaskan oven lagi, dari 150 ke 170. Hmmm... dekat 10 minit baru dia kembang. Baru le rasa boleh senyum sikit. Hehehe...
Ni lah pastry inti blueberry yg first trial. ok gak lah kan utk saya yg amatur ni...
So, lepas asar dan dah siap inti hotdog blackpepper, saya pun mulakan operasi balik. Mula2 buat inti strawberi 2 ketul, pastu inti blueberry 3 ketul dan kemudiannya inti hotdog 9 ketul.
Ini pulak filling strawberi.
Dan Alhamdulillah, adik2 saya, adik ipar, kawan adik dan my mum kata sedap. Suka suka. Sekarang ni tengah tunggu hubby balik kerja untuk menge'test' masakan bini dia ni. Tapi bila bagi tau saya dah buat utk dia pastry yg diminta, suka benar dia. Tak sabar nak balik dan rasa (sebab dia puasa hari ni).
Inilah pastry puff blackpepper saya. Alhamdulillah sodap... :) (ceh! puji masakan sendiri sungguh)
Thank you ya Allah kerana permudahkan usaha saya utk menggembirakan suami dan ahli keluarga yg lain...
Kepada semua, cuba tau. Senang aje bila guna kulit pastry yg dah siap. Jenama KAWAN. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan