Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat pada Allah kerana terbit juga novel adiwarna saya yang pertama dengan pihak Jemari Seni.
Novel ini punya kelainan yang tersendiri berbanding dengan novel Hadiah Puteri Elina dan juga Budak Salji. Berbulan juga saya mengambil masa untuk menyiapkannya (pada masa itu suami saya kena sakit belakang 'slip disc' & juga beberapa gangguan lain yg hanya saya shj yg tahu, hehehe...). Terima kasih Kak Su & warga Jemari Seni kerana merealisasikan manuskrip saya ini.
Thank you so much.
Di sini saya selitkan sinopsis Misteri Bunyi di Gunung Nuang. Selamat membaca semua.
Cuti sekolah kali ini, si kembar Zakuan dan Zafuan berangan-angan untuk mengikuti program perkhemahan pengakap ke Taman Negara. Namun, niat itu terhalang kerana ibu bapa mereka akan mengerjakan ibadat haji. Mereka terpaksa pulang ke rumah atuk dan opah. Untuk menghiburkan mereka, atuk merancang perkhemahan ke hutan Gunung Nuang disertai Shahriel dan Suzanna.
Bagaimanapun, tidak sampai sehari mereka di sana, Zafuan dan Suzanna telah terdengar suatu bunyi yang agak pelik. Mereka mula menyiasat bunyi misteri itu. Apa yang mereka temui sungguh mengejutkan mereka.
Mampukah mereka kembali ke khemah untuk memaklumkan apa yang sedang berlaku? Dapatkah mereka menghalang bunyi tersebut daripada terus mengganggu? Adakah mereka mampu mengalahkan bunyi tersebut? Ikutilah perkhemahan mereka ke Gunung Nuang. Perkhemahan yang benar-benar menduga kecekalan mereka.
Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Jumaat, 12 Mac 2010
Novel kanak-kanak baru - Misteri Bunyi di Gunung Nuang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan