Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 8 Februari 2010

Tawakal

Di sini, saya ingin kongsikan satu artikel di dalam majalah Solusi Isu ke-16, m/s 13. Artikel ini Alhamdulillah, dapat membantu saya bila saya di dalam kerisauan dan kegusaran (Moga-moga Allah sentiasa melindungi dan membantu saya dan juga anda semua).

Apa itu tawakal? Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatanNya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan Allah pada saat menghadapi kesusahan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq 64:3)

Jangan keliru dengan memisahkan antara usaha dan tawakal. Telah datang kepda Rasulullah s.a.w. seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan sahaja kemudian saya bertawakal?" Rasulullah s.a.w. menjawab, maksudnya: "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah." (Riwayat al-Tirmizi).

Menurut hadis riwayat daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. juga turut digelar al-Mutawakkil (orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan al-Amin.
Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti berikut:
1. Tawakal membebaskan manusia daripada apa yang ia takutkan seperti kegagalan atau kefakiran.

2. Mendorong manusia menunaikan segala suruhan agama dan meninggalkan segala laranganNya.

3. Sumber kekuatan, antaranya diriwayatkan dalam sesetengah athar bahawa malaikat mampu menanggung Arasy dengan membaca lafaz: Lahaulawalakuwataillahbillah.

4. Membentuk sikap optimis tentang segala-galanya.

5. Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah s.w.t.

6. Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...