Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kek buah kukus sedap sangat sampai mertua pun makan berulang


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Kek buah kukus, ini kali pertama saya cuba buat kek yang oldies. Tak pernah seumur hidup saya buat kek ni. Entah macam mana, tiba-tiba teringin nak buat. Mungkin sebab encik suami selalu beli kek ni kat petronas atau kiosk kecik, tu  yang nak cuba buat. Alhamdulillah menjadi. Happy rasa hati. 

Rupanya bukan kami je suka tapi ayah mertua pun sama. Setiap petang, berulang dia makan kek ni sambil minum kopi. 

Untuk yang nak cuba buat kek ni, ini saya kongsikan resipinya. Saya ambil idea juga dari resipi Che Nom (terima kasih Cik Nom kongsi ilmu).

Bahan-bahan:
340g gula
60ml air panas
500g campuran buah kering
200gm gajus
250g mentega (saya guna Golden Churn untuk rasa zaman dolu-dolu)
350g tepung gandum
1 sk cream of tartar
2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


Penyediaan:
1. Untuk resepi ni saya guna buah-buahan kering dibeli kat kedai barang timur tengah. Ada macam-macam buah boleh dapat kat situ dengan kacangnya. Potong dadu halus buah-buahan tadi dan boleh terus masukkan kismis seketul-seketul jika suka. Jumlah sukatan berat buah-buah kering adalah 500g.
2. Masukkan tepung gandum, cream of tartar, campur dengan baking soda dan serbuk kayu manis kemudian ayak. Loyang boleh guna 8x8 inci, atau 9x9 inci. Gris dengan butter atau majerin (guna aje baki mentega kat kertas balut mentega tadi). Alas loyang dengan baking paper.
3. Pecahkan telur kemudian tambah esen vanilla. Pukul sebati dan ketepikan dulu.

Gulai lemak udang dengan kacang panjang, the simplest the better


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Gulai lemak udang dengan kacang panjang, menu mudah yang cepat masak. Protein, sayur, tenaga, semua ada dalam satu menu. Jadi senang bila nak kejar masa.
Ini resipinya:

Bahan:
1/2kg udang dibuang muncungnya (jika ada udang yang kepalanya nampak lembik sangat, cabut terus)
7-8 tangkai kacang panjang dikerat kasar
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
200ml santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:

Keli masak tempoyak idaman orang yang suka lauk kampung


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Alhamdulillah kali ni dapat cuba menu keli masak tempoyak. Balik Bota bulan lepas, dapatlah beli 1kg tempoyak. Puaslah nak memasak lepas ni guna tempoyak tu. Ini saya kongsikan resipinya. InsyaAllah mudah. Nak best, siapkan sekali dengan sambal belacan, popodam/keropok dan juga ulam-ulaman.

Bahan:
4 ekor ikan keli
15 tangkai cili padi (yg suka pedas, boleh tambah lagi)
2 inci kunyit hidup / 1 sudu kecil serbuk kunyit
3-4 sudu tempoyak
2 cawan air
1 tangkai daun kunyit
2 tangkai daun kesum
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar cili padi & kunyit dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Masukkan air, tempoyak & kacau dengan bahan kisar supaya sebati. Masak atas api sederhana & biarkan ia masak betul hingga 10 minit. Kacau sekali sekala. Kena masak lama sikit tempoyak agar perut tak sakit bila makan dan kuahnya tahan lama.
3. Selepas itu, masukkan pula daun kunyit dan daun kesum. Kacau sebentar. Selepas itu, masukkan ikan keli. Kacau perlahan-lahan kuah hingga ikan masak. Perasakan dengan gula & garam. Siap untuk dihidang keli masak tempoyak yang surr...



Ka'ak Al-Quds Jerusalem, resipi roti rakyat Palestin yang lembut sentiasa


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Roti ka'ak al-Quds Jerusalem ini saya tahu dan kenal bila tertonton TikTok seorang warga Palestine di Canada. Sewaktu perang ni, tetiba terlintas di fikiran tentang makanan dan budaya rakyat Palestine. Jadinya saya search di TikTok dan jumpa roti ka'ak al-Quds Jarusalem ni. Bila tengok resipinya, takdelah sesusah mana. Mudah sangat. Rasanya kita semua boleh buatnya. Cuma nak rasa premium, kena guna minyak zaitun dari Palestine (itu yang dikatakan beberapa orang).

Setiap kali makan, setiap kali tu teringat mereka yang dibom di Gaza, ditangkap di Tebing Barat. Kami di luar sini sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana dan hanya pada Allah kami wakilkan untuk pembalasan yang perlu dilakukan. Hasbunallah huwanikma wakeel.

Bahan untuk roti:
1 1/2 cawan air suam
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar yis
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak zaitun

Bahan untuk air gula:
1 sudu besar gula
1/2 cawan air panas
1/2 cawan bijan (hitam atau putih)

Penyediaan:
1. Masukkan dalam mangkuk kecil air suam, gula kastor dan yis. Kacau sebentar dan biarkan ia kembang dalam 10 minit.
2. Sediakan dalam mangkuk besar, tepung gandum. Selepas yis mengembang, masukkan bancuhan tersebut ke dalam tepung dan uli tepung sehingga menjadi doh. Setelah menjadi doh, masukkan minyak zaitun dan

Kuih Bom Bijan yang sedap kat tekak orang tak berapa muda


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Kuih Bom Bijan yang sedap kat tekak orang tua n tak berapa muda 😁😋

Sekali lagi saya buat kuih bom. Kali ni letak bijan pula. Bukan apa, kalau ikutkan hati sakit ni, kalau boleh tukar kuih ni jadi bom betul, lama dah saya tukar and hantar bantu Filasteen. Kalau ikut Islam, bu..h balas balik apa orang buat jahat pada kita. But then, it's only in my imagination. 

Ni resipinya jika ada yang nak ngetest.

Bahan:
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam
1/3 cawan
2 sudu kecil minyak masak
Inti kelapa gula melaka
Bijan
Minyak untuk goreng

Penyediaan:
1. Sukat tepung pulut dan garam kemudian kacau sebati.

Inti kelapa manis yang diperlukan untuk beberapa kuih tradisional


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Inti kelapa manis ni sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti kuih ketayap, kuih bom bijan, kuih pau, kuih pulut inti kelapa, tepung bungkus, tepung gomak dan coq peria. Yang membezakannya sama ada ingin manis ataupun berair sedikit. Langkah memasaknya tetap sama.

Bahan:
1 biji kelapa parut putih
3 biji gula melaka
2 sudu besar gula merah/gula perang
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 cawan air


Penyediaan:
1. Panaskan air dalam kuali. Setelah mendidih, masukkan gula melaka (nak cepat, pecah-pecahkan gula melaka tu). Masukkan pula gula perang dan garam. Kacau sebentar.
2. Masukkan daun pandan. Masak hingga gula mencair dan kuah sedikit pekat. Masuk kelapa parut dan gaul hingga mesra dan sedikit mengering. Tutup api dan angkat inti kelapa ke dalam mangkuk. Siap.



Resipi Imam Bayildi dari Turki yang mudah. Khas untuk peminat sayur


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni saya nak kongsi resipi Imam Bayildi (Imam pengsan) dari Turki yang agak popular juga. Katanya, bila seorang imam di zaman awal Turki Uthmaniyah makan resipi terung bakar ni, dia rasa sedap sangat sehingga jatuh pengsan bila menikmati kesedapannya. Maka, teruslah nama menu ni melekat sempena kejadian imam tu. Entah benar atau tu, wallahu a'lam. 

Bahan untuk menu ni insyaAllah senang dapat dan murah. Cuma jika tiada minyak zaitun, boleh guna minyak sayuran. Ini resipinya.

Bahan-bahan:
4 biji terung panjang
4-5 tangkai cili hijau
2 biji tomato
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Minyak zaitun
1/4 cawan air
Garam dan lada hitam secukup rasa


Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 170c. Potong kulit terung secara berselang. Ini bagi memudahkan isi terung dalam masak. Setelah siap, basuh terung dan kemudian lap kering dengan tisu dapur. Letakkan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...