Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Tip-tip Tawakal dalam rezeki

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mereka yang mempunyai hati nurani (sifat tawakal) seperti seekor burung (yang mencari makan setiap hari), pasti dia dimasukkan ke dalam syurga."
(Riwayat Muslim, No. 2840)


Tip-tip tawakal dalam rezeki.
  • Rezeki yang diperoleh datang daripada Allah dan dipinjamkan sementara kepada manusia di dunia.

  • Rezeki yang kita peroleh hanyalah nikmat dunia yang bersifat sementara. Rezeki yang dinikmati sekarang tiada apa-apa nilai di akhirat nanti.

  • Rezeki bukan sahaja merupakan nikmat, pada masa yang sama merupakan ujian.

  • Rezeki bukan sahaja berbentuk material seperti harta benda, malah juga berupa kemanisan dalam ibadah, kesihatan, anak-anak yang soleh, ketenangan dan sebagainya.

  • Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa sahaja dan berhak menahan rezeki daripada sesiapa jua. Oleh itu, kita langsung tiada hak untuk mempersoalkan soal rezeki.

  • Rezeki yang ada dalam tangan kita kini bukan milik kita sepenuhnya, malah ada hak orang lain iaitu melalui zakat atau sedekah. Satu keajaiban dalam Islam, semakin banyak yang diberi semakin banyak akan kita peroleh nanti, bukannya semakin susut. Ibarat berjalan berkaki ayam, tapak kaki bukan semakin haus malah makin tebal.

Petikan artikel dari Solusi Isu 9, m/s 1.

Puding triffle yang sedap

Setelah berkurun lama saya tak berkongsi resipi, kali ni saya nak kongsi resipi baru, puding triffle yang saya ambil dari myresipi.com. Saya nengok cara-caranya mudah dan sesuai untuk saya yang suka puding muding ni, apa lagi, saya pun try le.

Apalagi, jom kita masakkk...

Bahan-bahannya (utk 2 tupperware sederhana besar & 1 tupperware kecil, macam bekas yang saya gunakan dlm gambar di bawah):
1. 2 Swissroll (perisa vanila/oren)
2. 1 tin besar fruit cocktail
3. 2 gelas susu cair
4. 4 gelas air
5. 6 sudu makan tepung kastad
6. 8 sudu makan gula
7. 2 sudu kecil esen vanila
8. 2 paket agar-agar serbuk perisa ros/strawberi

(Kalau nak puding untuk 1 bekas aje, kiranya amik separuh sukatan aje dari bahan-bahan di atas. Family saya ramai tu yg buat banyak).

Ni gambar bahan-bahannya ya.

Potong swissroll dalam 1 inci dan susun dalam bekas atau mangkuk.


Tuang rata air cocktail atas swissroll. Tabur 1/2 daripada buah cocktail tadi ke atas swissroll.

Campurka tepung kastad dengan susu cair, gula dan esen vanila. Masak hingga menggelegak dan sedikit pekat (kalau tak pekat nanti puding tu jadi lembik dan jadi macam dadih). Kemudian tuang atas swissroll tadi.


Taburkan buah cocktail yang selebihnya ke atas puding.


Jika suka, buat agar-agar menggunakan agar-agar kotak dan tuang ke atas puding. Kiranya macam gambar kat atas ni ler. Pastu jangan lupa simpan dalam peti ais sampai sejuk. Pastu apa lagi, nikmatilah puding triffle yang sedap dan manis ni.

Demam world cup dah bermula di rumah

Esok World Cup 2010 di Afrika Selatan akan bermula. Satu dunia sudah berasa bahangnya. Kaum lelaki jangan ceritalah. Dari hujung tahun lepas lagi dah start dedar-dedar.

Adik lelaki saya yang memang kaki bola, tidur bola, makan bola dok sibuk ajelah memanjang bukak channel sukan dari bulan lepas. Hubby saya bila balik Ampang syok ah sebab ada geng dia. Cuma nasib baik dia tak macam adik lelaki saya yang die heart. Sanggup tu bangun pagi mengadap tv semata-mata nak nengok live (tak kuasa I).

Kat rumah saya di Nilai ni pun dah demam world cup. Jangan katakan hubby dan saya, anak-anak sedara belah hubby yang dok dengan kami time cuti-cuti ni pun dah mula mengadap channel 804. Start petang tadi pun dah tambah banyak channel untuk bola (805, 806, 807 dll.). Skarang ni pun main PS2 pun bola aje sampai neneknya dah tak kuasa nak layan.
Anyway, kat bawah ni ada serba sedikit gambar menarik untuk dikongsikan. Saya mencilok dari web fifa. Layan...
Ni Stadium Soccer City yang bakal digunakan untuk perasmian esok. Stadium ni juga bakal digunakan untuk menyaksikan perlawanan pertama Afrika Selatan menentang Mexico. Ilham membina stadium ni datangnya dari bentuk pasu yang digunakan di Afrika.
Ni pulak negara-negara yang masuk bertanding dalam World Cup 2010. Mostly kalau nengok yang power-power ada kat Eropah. Tapi jangan lupa juga Brazil yang dah menang banyak kali dan Argentina. Tapi mana tahu, pasukan under dog yang menang pulak tahun ni kan. Wait and see.

Pasukan Afrika Selatan

VERSUS

Pasukan Mexico

Agak-agak kumpulan mana menang? Hehehe... Rasanya saya macam nak sokong pasukan tuan rumah aje. Tuan rumah lah katakan...

Bintang yang menembus. Penciptaan yang sudah disebutkan di dalam al-Quran

Saya memang suka bab-bab planet, asteroid, bintang-bintang, buruj dan yang sama waktu dengannya. So, kali ni saya nak kongsi satu ilmu yang saya peroleh dari buku Dr Danial Zainal Abidin iaitu Quran saintifik: Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains. Exactly hubby saya yang beli, saya pun tumpang berkaki-kakilah. Hehehe...

So, kita mula dari sekarang!
Kejadian bintang-bintang dia angkasa raya sememangnya menakjubkan. Salah satu jenis bintang yang wujud adalah 'bintang yang cahayanya menembus.' Dalam surah at-thariq ayat 1 hingga 3 Allah berkata, "Demi langit dan yang datang pada malam hari, tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari, iaitu bintang yang cahayanya menembus (an-najmu at-thaaqif)."

Dalam ayat ini, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaqif bermaksud menembusi. Imam Nasafi mentafsirkan perkataan thaqif sebagai 'yang bercahaya.' Justeru, an-najmu at-thaaqif dapat diertikan juga sebagai bintang bercahaya yang menembusi kegelapan di malam hari. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir.

Komet dan Blazar

Tambahan daripada itu, Said Hawa mengatakan an-najmu at-thaaqif dapat kita kaitkan dengan komet yang melintasi ruang udara bumi. Seperti yang dimaklumi, komet adalah objek yang wujud dalam sistem solar yang mengelilingi matahari. Ia berasal daripada asap nebula yang dikenali sebagai Oort cloud dan mempunyai 3 bahagaian iaitu nukleus, koma dan ekor. Ukuran lebar nukleus biasanya adalah kurang daripada 50 kilometer manakala bahagian komanya yang mengelilingi nukleus mungkin menyamai besarnya matahari. Ekornya pula memang panjang dan mungkin mencecah 150 juta kilometer. Bahagian ekor komet sering kali bercahaya apabila disinari cahaya matahari.

Antara komet yang pernah dikesan oleh pengkaji bintang di dunia adalah Comet Kohoutek (1973), Comet West (1976), Comet Halley (1986), Comet Grigg-Skjellerup (1992), Comet Hyakutake (1996) dan Comet Hale-Bopp (1997). Oleh kerana komet-komet ini bercahaya seperti bintang dan bergerak menembusi ruang angkasa, maka sebahagian ulama mengaitkannya dengan an-najmu at-thaaqif yang terdapat dalam ayat ini.

Pada hari ini, pakar-pakar sains menemui satu lagi objek bercahaya seperti bintang yang bergerak menembusi angkasa raya. Kelajuaannya menghampiri kelajuan cahaya dan ia bergerak menembusi ruang angkasa dan kadangkala menghala tepat ke dunia. Para saintis menamakannya sebagai blazar.



Science News di bawah tajuk Powerhouse Astronomy: Blazing Black Hole From The Early Universe melaporkan satu penemuan mengenai blazar ini pada tanggal 3 Julai 2004. Ia adalah satu pancaran radiasi berkuasa tinggi yang keluar daripada black hole atau lubang hitam. Radiasi berkuasa tinggi ini terhasil apabila elektron dalam lubang hitam bertembung dengan unsur yang bernama foton (photons). Oleh kerana black hole terhasil kesan daripada ledakan bintang, maka kewujudan blazar adalah berkaitan dengan bintang iaitu an-najmu. Oleh kerana ia bergerak menembusi angkasa raya dengan cahaya yang tajam lagi terang benderang, ia mempunyai sifat thaaqif seperti yang disebutkan dalam ayat yang lepas. Justeru an-najmu at-thaaqif dapat juga dikaitkan dengan blazar keluaran black hole. Berkemungkinan juga an-najmu at-thaaqif adalah komet, blazar dan seumpamanya.

Simulated view of a black hole in front of the Milky Way. The hole have 10 solar masses and is viewed from adistance of 600 km. An acceleration about 400 million g is necessary ti sustain this distance constantly.

Umat Islam terus mengkaji berkenaan kosmos dalam usaha memahami ayat-ayat Allah yang berkaitan dengannya. Apa yang jelas adalah hasil daripada kajian-kajian ini, umat Islam semakin memahami misteri kejadian alam. Tambahan daripada itu, umat Islam juga mendapati semakin hebat penemuan-penemuan sains semasa, semakin ia menampakan kebenaran kenyataan Quran terutamanya yang berkaitan dengan kejadia langit dan bumi.

Bagi merumuskan perbincangan mengenai an-najmu at-thaaqif ini, elok rasanya kita mengamati kenyataan Syed Qutub yang disebutkan dalam Fi Zilal al-Quran. Beliau berkata, "susah bagi kita memastikan bintang manakah yang dimaksudkan oleh ayat ini dan kita pun tidak terdesak bagi menentukannya secara pasti. Yang penting adalah kita mengetahui keadaan kewujudan fenomena seumpama ini secara hakiki dan ini sudah mencapai tujuan surah ini. Paling penting adalah iktibar spiritual iaitu bintang yang menembusi kegelapan malam dapat diumpamakan seperti cahaya (kebenaran) yang menembusi hijab (tutupan) dalam kehidupan."

A Hubble Space Telescope image of the galaxy studied by Marianne Heida. The white circle mark the centre of the galaxy and the red circle mark the position of the suspected offset black hole. Image: STScI/NASA

Tafsir mimpi menurut Islam

Tidak semua mimpi itu perlu ditafsirkan. Ini kerana ada mimpi yang dibawa oleh syaitan untuk menyesatkan kita.

Imam Ibnu Sirin, seorang ulama tabi'in (wafat pada 110H / 726M) dalam bukunya Tafsir Al-Ahlam al-Kabir berkata, "Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Adakala mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang bakal berlaku kerana Rasulullah s.a.w. tidak bermimpi kecuali mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi orang yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan. Dalam satu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Ya Rasullulah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagia tubuh baginda berada di rumahku." Rasulullah menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan anak lelaki kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian, Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.


Ramai ulama ingin mendalami masalah dan ilmu takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya. Tafsir mimpi mengikut pendapat barat pula telah diamalkan sejak zaman Babylon beribu tahun yang lalu. Aflatun, Aristu, Cicero, Kitab Injil, Shakespeare dan Napoleon percaya mimpi ada tafsirannya.

Hakikat dalam Al-Sunnah dan Al-Quran, Allah telah berfirman dalam surah Al-Fath: 27, "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar iaitu sesungguhnya kami tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam InsyaAllah (pada masa yang ditentukanNya), dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ. (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu kerana Dia mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya).

Dalam hadith oleh Al-Bkhari dan Muslin, Rasullullah s.a.w. telah bersabda maksudnya, "Mimpi yang benar dari Allah dan mimpi yang buruk daripada syaitan."

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan tetapi tidak tidak semua mampu menafsirkan kebenarannya. Sebagai rujukan, terdapat 2 buah buku yang membantu mentafsir mimpi menurut cara Islam iaitu 1) Tafsir mimpi menurut Islam diterbitkan oleh Darul Nu'man dan 2) Tafsir mimpi menurut al-Quran diterbitkan oleh al-Hidayah.

Lirik Eternal Flame dari Bangles

Me n hubby love this song. Lagu ini juga pernah diberikan oleh hubby saya sebelum kami berkahwin dulu. Buah tangan sebelum kami berpisah (saya belajar jauh dan dia bekerja di tempat lain). Seingat saya, lagu ini juga telah dinyanyikan kembali oleh kumpulan Human Nature dari Australia.

Close your eyes, give me your hand darling
Do you feel my heart beating
Do you understand
Do you feel the same
Am I only dreaming
Is this burning an eternal flame
I believe it's meant to be darling
I watch you when you are sleeping
You belong with me
Do you feel the same
Am I only dreaming
Or is this burning an eternal flame
Say my name, sun shines through the rain
A whole life so lonely
And then you come and ease the pain
I don't want to lose this feeling...
oooohhhh...


Tips untuk mencetus mood

Kali ni saya kongsi tips untuk mencetuskan atau membangkitkan mood bagi tetamu dan penghuni rumah yang saya ceduk dari majalah Impiana Februari 2010 milik mama saya (dia memang rajin bab benda2 dekorasi ni... bertimbun majalah2 dekorasi dia).

Ada 7 tips disarankan untuk mencetuskan ruang tamu yang cosy dan praktikal.
  1. PENCAHAYAAN: Ruang ini boleh ditampilkan dalam mood yang berbeza menerusi aplikasi pencahayaan bersesuaian. Pencahayaan putih (day light) misalnya untuk urusan-urusan penting dan rasmi atau teknikal manakala untuk mood santai pula boleh dijelmakan menggunakan pencahayaan kuning (warna light). Sebagai langkah selamat, pasangkan dua jenis lampu pada kediaman, lampu siling atau halogen bercahaya putih manakala cendelier, lampu meja dan lampu berdiri dilengkapi mentol bercahaya kuning. Jika tidak memasang alat pelaras (dimmer) anda boleh memilih mentol berkuasa rendah yang memberikan cahaya yang lembut pada ruang tamu.

  2. LUKISAN: Lukisan atau gambar berbingkai adalah elemen hiasan dinding yang boleh digunakan untuk menimbulkan mood yang tenang. Lukisan pemandangan di tepian pantai misalnya membawa imiginasi sesiapa yang memandangnyaseolah-olah berada di tepi pantai. Foto-foto kenangan sewaktu kecil boleh dibingkaikan dan dipamerkan pada dinding dalam pola yang menarik.

  3. FABRIK KAYA TEKSTUR: Gunakan fabrik yang bertekstur seperti baldu, jacquard atau sutera untuk sesetengah pekakas kemasan lembut. Sebagai contoh kusyen pada sofa, langsir atau upholsteri sofa.

  4. WARNA: Gunakan warna-warna ruang yang mencetuskan mood tenang dan mesra. Warna-warna pastel misalnya sesuai diaplikasikan untuk mengundang mood sebegini.



  5. SUSUNAN PERABOT: Susunan perabot memainkan peranan penting dalam mencipta ruang yang mesra. Letakkan perabot secara berkelompok membentuk suasana yang selesa untuk perbincangan. Sofa hendaklah diletakkan berdekatan antara satu sama lain agar tetamu berasa tidak terasing atau tersisih. Ambil kita trafik agar letakkan perabot tidak mengganggu lalu lintas keluar masuk ke ruang tamu.

  6. AROMA: Aspek bau-bauan tidak boleh dipandang ringan dalam mencipta mood yang mengalu-alukan kedatangan tetamu. Cetusan bau-bauan yang menyenangkan akan menambahkan keselesaan dan ketenangan buat tetamu. Nyalakan lilin aroma terapi atau bakar minyaknya menggunakan bekas khas untuk mendapatkan kesan yang optimum. Penyembur wangian berjadual yang kini terdapat di pasana juga boleh dijadikan pilihan.

  7. BUNYI-BUNYIAN: Walaupun tidak boleh dilihat, tetap memainkan peranan penting. Agar ruang tamu tampak relaks, wujudkan water feature kecil di salah satu sudut ruang tamu anda. Bunyi air mengalir boleh menjadi terapi pada minda. Memasang kerincing angin juga idea yang menarik kerana ia memberikan bunyian yang tersendiri setiap kali ditiup angin. Muzik jazz dan klasik yang perlahan juga hidangan untuk telinga yang membuai perasaan dan menenangkan.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...