Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Bintang yang menembus. Penciptaan yang sudah disebutkan di dalam al-Quran

Saya memang suka bab-bab planet, asteroid, bintang-bintang, buruj dan yang sama waktu dengannya. So, kali ni saya nak kongsi satu ilmu yang saya peroleh dari buku Dr Danial Zainal Abidin iaitu Quran saintifik: Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains. Exactly hubby saya yang beli, saya pun tumpang berkaki-kakilah. Hehehe...

So, kita mula dari sekarang!
Kejadian bintang-bintang dia angkasa raya sememangnya menakjubkan. Salah satu jenis bintang yang wujud adalah 'bintang yang cahayanya menembus.' Dalam surah at-thariq ayat 1 hingga 3 Allah berkata, "Demi langit dan yang datang pada malam hari, tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari, iaitu bintang yang cahayanya menembus (an-najmu at-thaaqif)."

Dalam ayat ini, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaqif bermaksud menembusi. Imam Nasafi mentafsirkan perkataan thaqif sebagai 'yang bercahaya.' Justeru, an-najmu at-thaaqif dapat diertikan juga sebagai bintang bercahaya yang menembusi kegelapan di malam hari. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir.

Komet dan Blazar

Tambahan daripada itu, Said Hawa mengatakan an-najmu at-thaaqif dapat kita kaitkan dengan komet yang melintasi ruang udara bumi. Seperti yang dimaklumi, komet adalah objek yang wujud dalam sistem solar yang mengelilingi matahari. Ia berasal daripada asap nebula yang dikenali sebagai Oort cloud dan mempunyai 3 bahagaian iaitu nukleus, koma dan ekor. Ukuran lebar nukleus biasanya adalah kurang daripada 50 kilometer manakala bahagian komanya yang mengelilingi nukleus mungkin menyamai besarnya matahari. Ekornya pula memang panjang dan mungkin mencecah 150 juta kilometer. Bahagian ekor komet sering kali bercahaya apabila disinari cahaya matahari.

Antara komet yang pernah dikesan oleh pengkaji bintang di dunia adalah Comet Kohoutek (1973), Comet West (1976), Comet Halley (1986), Comet Grigg-Skjellerup (1992), Comet Hyakutake (1996) dan Comet Hale-Bopp (1997). Oleh kerana komet-komet ini bercahaya seperti bintang dan bergerak menembusi ruang angkasa, maka sebahagian ulama mengaitkannya dengan an-najmu at-thaaqif yang terdapat dalam ayat ini.

Pada hari ini, pakar-pakar sains menemui satu lagi objek bercahaya seperti bintang yang bergerak menembusi angkasa raya. Kelajuaannya menghampiri kelajuan cahaya dan ia bergerak menembusi ruang angkasa dan kadangkala menghala tepat ke dunia. Para saintis menamakannya sebagai blazar.



Science News di bawah tajuk Powerhouse Astronomy: Blazing Black Hole From The Early Universe melaporkan satu penemuan mengenai blazar ini pada tanggal 3 Julai 2004. Ia adalah satu pancaran radiasi berkuasa tinggi yang keluar daripada black hole atau lubang hitam. Radiasi berkuasa tinggi ini terhasil apabila elektron dalam lubang hitam bertembung dengan unsur yang bernama foton (photons). Oleh kerana black hole terhasil kesan daripada ledakan bintang, maka kewujudan blazar adalah berkaitan dengan bintang iaitu an-najmu. Oleh kerana ia bergerak menembusi angkasa raya dengan cahaya yang tajam lagi terang benderang, ia mempunyai sifat thaaqif seperti yang disebutkan dalam ayat yang lepas. Justeru an-najmu at-thaaqif dapat juga dikaitkan dengan blazar keluaran black hole. Berkemungkinan juga an-najmu at-thaaqif adalah komet, blazar dan seumpamanya.

Simulated view of a black hole in front of the Milky Way. The hole have 10 solar masses and is viewed from adistance of 600 km. An acceleration about 400 million g is necessary ti sustain this distance constantly.

Umat Islam terus mengkaji berkenaan kosmos dalam usaha memahami ayat-ayat Allah yang berkaitan dengannya. Apa yang jelas adalah hasil daripada kajian-kajian ini, umat Islam semakin memahami misteri kejadian alam. Tambahan daripada itu, umat Islam juga mendapati semakin hebat penemuan-penemuan sains semasa, semakin ia menampakan kebenaran kenyataan Quran terutamanya yang berkaitan dengan kejadia langit dan bumi.

Bagi merumuskan perbincangan mengenai an-najmu at-thaaqif ini, elok rasanya kita mengamati kenyataan Syed Qutub yang disebutkan dalam Fi Zilal al-Quran. Beliau berkata, "susah bagi kita memastikan bintang manakah yang dimaksudkan oleh ayat ini dan kita pun tidak terdesak bagi menentukannya secara pasti. Yang penting adalah kita mengetahui keadaan kewujudan fenomena seumpama ini secara hakiki dan ini sudah mencapai tujuan surah ini. Paling penting adalah iktibar spiritual iaitu bintang yang menembusi kegelapan malam dapat diumpamakan seperti cahaya (kebenaran) yang menembusi hijab (tutupan) dalam kehidupan."

A Hubble Space Telescope image of the galaxy studied by Marianne Heida. The white circle mark the centre of the galaxy and the red circle mark the position of the suspected offset black hole. Image: STScI/NASA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...