Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Tafsir mimpi menurut Islam

Tidak semua mimpi itu perlu ditafsirkan. Ini kerana ada mimpi yang dibawa oleh syaitan untuk menyesatkan kita.

Imam Ibnu Sirin, seorang ulama tabi'in (wafat pada 110H / 726M) dalam bukunya Tafsir Al-Ahlam al-Kabir berkata, "Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Adakala mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang bakal berlaku kerana Rasulullah s.a.w. tidak bermimpi kecuali mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi orang yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan. Dalam satu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Ya Rasullulah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagia tubuh baginda berada di rumahku." Rasulullah menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan anak lelaki kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian, Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.


Ramai ulama ingin mendalami masalah dan ilmu takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya. Tafsir mimpi mengikut pendapat barat pula telah diamalkan sejak zaman Babylon beribu tahun yang lalu. Aflatun, Aristu, Cicero, Kitab Injil, Shakespeare dan Napoleon percaya mimpi ada tafsirannya.

Hakikat dalam Al-Sunnah dan Al-Quran, Allah telah berfirman dalam surah Al-Fath: 27, "Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar iaitu sesungguhnya kami tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam InsyaAllah (pada masa yang ditentukanNya), dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ. (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu kerana Dia mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya).

Dalam hadith oleh Al-Bkhari dan Muslin, Rasullullah s.a.w. telah bersabda maksudnya, "Mimpi yang benar dari Allah dan mimpi yang buruk daripada syaitan."

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan tetapi tidak tidak semua mampu menafsirkan kebenarannya. Sebagai rujukan, terdapat 2 buah buku yang membantu mentafsir mimpi menurut cara Islam iaitu 1) Tafsir mimpi menurut Islam diterbitkan oleh Darul Nu'man dan 2) Tafsir mimpi menurut al-Quran diterbitkan oleh al-Hidayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...