Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jus lemon, halia & madu yang boost badan kita


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Jus lemon, halia & madu, bagus untuk 'boost' sistem dalam badan kita.

Dah dapat buku dari Big Bad Wolf semalam, haruslah godek buku resipi dulu. Kita cari resipi yang mudah & bahan-bahan dah ada di dapur. Kot ada yang mood swing, selesema, takde selera nak makan, cuba jus ni. Hopefully ok sikit badan tu 😊

Bahan:
2 inci halia dihiris ataupun sagat
1 cawan air panas
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 keping lemon dihiris nipis
2 sudu besar madu

Penyediaan:
1. Letakkan halia dalam gelas besar. Masukkan air panas ke dalamnya & biarkan ia direndam dalam 5 minit.
2. Masukkan jus lemon & madu ke dalam gelas tadi & kacau hingga madu larut. Siap. Jika suka sejuk, letak aje ais kiub 3-4 ketul.

Sedapnya Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

First time buat menu ni. Selalunya kalau bab berempah ni, masak ayam yang sering dimasak. Tapi dek kerana saya lebih suka makanan laut, jadinya kita try menu baru.

Resipi ni, saya ambil web @matgebu di tiffinbiru. Alhamdulillah sedap. Ini resipinya jika nak cuba.

Bahan:
1 ekor ikan tongkol dikerat & cuci bersih
1 biji bawang besar dihiris bulat & leraikan
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar ketumbar biji*
1/2 sudu teh jitan manis (kasar)*
1/2 sudu teh jintan putih (halus)*
1 sudu teh lada sulah*(*ditumbuk halus)
1 sudu besar penuh gula pasir

Roti Jala buat minum petang & makan malam


 Assalammualaikum & Salam Sejatera semua

Siapa yang pernah buat roti jala, you will know how 'renyah' it is. Alhamdulillah, nasib baik ada anak sedara yang dok belajar kat rumah. So, boleh le dia tolong siapkan separuh sambil akak dok kemas rumah & mop bagai.

4 cawan tepung gandum, anda boleh dapat dalam 59 ketul roti jala. Untuk petang ni, nak makan dengan kuah kari boleh atau dengan sambal sardin pun ngam. Letak dua2 pun marbeles. Ini saya kongsikan bahan yang separuh dari yang saya masak. Portion 4 cawan tu untuk keluarga saya yang besar.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
3 2/4 cawan air
3 biji telur, dikacau sedikit
4 camca besar minyak zaitun
2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan-bahan di atas. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi untuk elak ketul-ketul tepung. Ketepikan 10 minit.
2. Panaskan non-stick pan. Lenser dengan sedikit minyak masak (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila kuali panas, masukkan sesenduk adunan ke dalam bekas berlubang untuk menjala (jika anda guna botol, itu mudah juga). Buat bulatan.


3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, lipat kiri dan kanan ke tengah , kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung guna sudip & sudu. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan yang lain. Siap.

Happy cooking

Lempeng Coklat Meriah Gelap Warnanya


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua. Lempeng omputih ni saya cuba guna tepung coklat sedikit. Tapi kenaikan warnanya, masyaAllah, gelap sungguh udahnya lempeng coklat ni. Walaupun gelap, tapi rasanya sedap lagi. 

Untuk rasa yang enak, pancake atau lempeng coklat ni bolehlah dimakan dengan madu, maple syrup, buah-buahan ataupun jem.

Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil bikarbonat
1/4 sudu garam
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil ekstrak vanila
sebiji telur
1 1/2 cawan susu full cream
3 sudu besar mentega dicairkan

Penyediaan:
1. Campur kesemua bahan. Kacau hingga sebati.
2. Panaskan kuali non-stick. Jika tak ada kuala non-stick boleh aje guna kuali leper biasa cuma anda perlu ratanya dengan sedikit minyak/me ntega di permukaannya agar pancake tidak melekat.
3. Setelah panas, sendukka campuran pancake ke atas kuali. Jika nak besar pancake, letak banyak, Jika nak kecil aje, then, letak sikit lah. Bila tuang adunan pancake tu, tuang setempat aje & jangan pusing-pusing sebab adunan akan kembang dengan sendirinya.
4. Bila gelembung-gelembung kecil banyak muncul di permukaan pancake, itu tandanya anda sudah boleh terbalikkan untuk masak di bahagian sebelahnya.
5. Setelah beberapa minit, dah boleh angkat. Tuang lagi adunan sehingga selesai semuanya. Siap untuk dinikmati lempeng coklat kita.

Jejari kentang & sosej berkeju dengan sos bolognese


Untuk yang tak berapa nak diet, menu ni sesuai sangat menghadapnya. Tapi, seminggu atau dua minggu sekali dah cukup. Jika boleh buat banyak, boleh buat bekal lagi (Rudy bawak pi ofis skit arini).

Bahannya:
1/2 pek jejari kentang
7 batang sosej dipotong serong
1 cawan keju mozzarella
1/2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
3 sudu minyak zaitun
1 cawan daging cincang
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil oregano



Penyediaan:
1. Goreng kentang sehingga masak dan toskan minyaknya. Ketepikan.
2. Dalam kuali lain, masukkan 2 sudu besar minyak masak dan gorengkan bawang bila minyak sudah panas. Api sederhana aje.
3. Bila bawang dah sedikit garing dan naik bau, masukkan daging cincang dan hancur-hancurkan dia dalam kuali tu. Masak sehingga kelihatan tiada darah lagi keluar.
4. Masukkan puri tomato dan suku cawan air. Gaul sehingga sos mendidih.
5. Masukkan pula sos tomato dan sos cili dan lebihan air tadi. Gaul sehingga mendidih.
6. Masukkan pula parutan lobak merah. Gaul dan biarkan selamat 2-3 minit. Biar mesra.
7. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa serta daun oregano/rosemary. Kacau dalam 1-2 minit atau sos tidak terlalu cair (sedang2 gitu). Pastu tutup api dapur.
8. Letakkan kentang goreng tadi atas pinggan tahan panas atau yang boleh masuk microwave. Sendukkan 2 senduk sos bolognese tadi ke atas kentang dan kemudian letak kepingan keju cheddar tadi / parutan keju ke atas sos pula. Masukkan pinggan tadi ke dalam microwave dan ambil masa 2-3 minit untuk cairkan keju tersebut. Tadaaaaa... Dah siap... (oh ya, kalau masuk dalam oven, bakar pada suhu 140C sehingga keju cair dan sedikit perang.

Cencaru bakar sambal tempoyak serius sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk peminat ikan & peminat tempoyak, haruslah cuba ya. Sangatlah sedap. Nak lagi kaw, korang lebihkan sikit cili padi masa menumbuk tu & daun kunyit letak 2-3 helai (kalau ikannya 3 ekor). Bila bakor aje, harum rumah bau tempoyak kome...

Bahan:
3 ekor cencaru saiz sederhana dicuci bersih, dibelah belakang & disalut kunyit garam
1 cawan tempoyak
20-25 batang cili padi
3 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar minyak untuk bakar atas kuali ajaib

Penyediaan:
1. Tumbuk cili padi hingga lumat. Masukkan tempoyak & daun kunyit dalam lesung. Gaul mesra.


2. Masukkan/sumbat tempoyak ke bahagian belakang & bahagian perut ikan. Panaskan kuali ajaib/kuali leper & letakkan sedikit minyak. Setelah panas, letakkan ikan perlahan-lahan & biarkan masak dalam 2 minit sebelum katup kuali ajaib. Biarkan ikan masak sepenuhnya dalam 3-4 minit. Buka kembali penutup & terbalikkan ikan untuk bakar sebelahnya pula. Masak dalam 2-3 minit lagi. Siap untuk dihidang. 



12 Minit dah siap maggi goreng kari cili api


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi mudahmaggi goreng tak kisahlah untuk sarapan ke, minum petang ke atau famili lapar tengah malam. Cepat, sedap, mudah, murah. Nak rasa pedas yang kaw, letak cili api lebih skit.

Bahan:
3 paket maggi kari cili api
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Minyak masak untuk menumis
3 sudu cili giling
1/4 cawan air
1 batang fish cake dihiris
1 biji kentang didadu & digoreng sedikit garing
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap biasa
2 biji telur
3 batang sawi dipotong kasar
1 ketul tauhu (1/2 digoreng & 1/2 diramas)

Penyediaan:
1. Rebus Maggi dahulu kemudian toskan. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis seketika & kemudian masukkan cili giling. Kacau seketika & masukkan air. Kacau & biarkan cili masak sebentar.
3. Selepas cili mendidih & sedikit garing, masukkan pula perencah Maggi semuanya, sos tomato, kicap pekat & kicap biasa. Kacau & biarkan masak sebentar. Masukkan pula, fishcake. Kacau & kemudian masukkan pula telur. Kacau perlahan-lahan hingga telur sedikit memejal & barulah masukkan maggi, sawi, tauhu goreng dipotong kasar & pecahan tauhu biasa. Kacau hingga mesra & siap sudah maggi goreng kari cili api.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...