Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, genap 8 hari abah pergi meninggalkan keluarga dan semua yang tersayang. Mak mertua sekarang ada di rumah anak sulungnya bagi menyelesaikan iddahnya. Suami pula, setiap petang atau dua hari sekali, akan jenguk maknya dan berbual kejap. Ada beberapa cucu susah nak move on bila atuk mereka dah tiada. Saya, kekadang ok, kekadang separa ok, kekadang rasa ko. Emosi macam yoyo. Kami semua sedang amik masa untuk stabilkan diri dan emosi. Kita sambung kembali ya kisah mertua saya seorang ni.
Beberapa minit kemudian, dengar dia panggil nama suami. Saya bangkit dan ke tingkap. Sekali lagi mata saya terpandang reaksi badan yang ganjil pada abah. Tangan kirinya menggeletar. Seolah seperti terkena Parkinson (arwah nenek saya dulu hidap penyakit ni jadi saya tahu). "Kenapa bah?" tanya saya lepas buka tingkap. "Posmen ni kata kena bayar RM300 ke dia baru boleh amik barang mak ni." Pantas saya faham. Ini COD. 1st time syarikat ni buat. Selalunya dia hantar staf untuk hantar barang. Segera saya capai cardigan dan tudung. Terus keluar bilik dan cakap dengan mak, tentang bayaran tu. Mak mulanya nak bagi abah duit yang dia dah pegang tapi saya dengan pantas minta aje dengan dia sebab nak cepat. At least, abah dan posmen tak tunggu lama dan abah tak perlu soal jawab banyak dengan posmen (orang tua, mana tahu COD tu apa kan).
Once saya beri wang RM300 pada posmen, abah nak angkat stok sarang burung mak yang mungkin dalam 5-7 botol tu. "Bah, boleh ke?" Saya tanya sebab teringat tangan dia yang menggeletar tadi. "Boleh, boleh." Terus dia angkat masuk rumah. Saya selesaikan hal tutup gate dan grill lepas tu. Masuk
bilik dan suami dah habis meeting, saya cakap ke dia, "Abah awak macam tak sihat. Tadi nampak berkali-kali dia berusaha nak sarung selipar baru dapat sarung. Pastu tangan kiri dia pula macam menggeletar." Suami kata nanti dia tanya. Dan dari tragedi petang tu hingga ke malam, abah macam takde apa-apa. Dia makan pun macam biasa. Nugget yang saya masak separuh pek besar pun tinggal dalam 5-7 ketul aje.Malam tu, suami tidur sedikit lewat. Rasanya dalam jam 2 gitu. Siapkan kerja ofisnya. Tiba-tiba, jam 3.30 kami terjaga dari tidur. "Dy Dy, bangun. Abah kau jatuh katil," mak mertua bersuara sambil ketuk pintu. "Hah? Jatuh katil," suami tersedar sambil menyebut. Pantas dia bangkit dari katil dan terus ke pintu bilik. Saya yang bangun terkejut pun terpandang dia yang buka pintu bilik dan mak di depan pintu. "Abah kau jatuh katil. Dia terkencing atas katil dan kaki tak boleh gerak," beritahu mak.
Suami meluru ke bilik mak abah yang berhadapan bilik kami. Saya yang baru keluar dari bilik pun berjalan menuju ke bilik mereka. Saya ternampak suami sedang berusaha mengangkat abah yang jelas tidak bermaya separuh badan ke atas katil. Terbayang lagi kat mata ni bagaimana wajah abah pandang saya bila saya lihat dia dari luar bilik. Dia pandang saya dengan wajah seperti tak percaya dengan apa yang berlaku. Wajahnya turut gambarkan perasaan denial + sedih. Waktu tu, saya nak tolong abah, mak pulak soh tengok kucing. Jangan bagi kucing masuk bilik dia. Nak tak nak, saya settlekan kejap bab kucing. Lepas tu, suami terus suara, "Yang, telefon abang. Cakap ke dia abah jatuh katil ni. Badan tak berapa boleh gerak."
Pantas saya call biras. Once dia angkat phone, terus saya maklumkan. Terkejut juga depa bila saya call dekat jam 4 tu. Settle call, saya dapatkan suami. "Yang, amik tisu dan plastik. Nak buang sampah ni." Terus saya ke dapur. Bukak aje lampu dapur, tetiba mata saya nampak tompok macam taik. Hati dah geram plak teringatkan sekor dua bulus yang nakal ni. Saya ambil barang suami mahu dan kemudian beri pada dia. Saya inform suami, saya nak bersihkan dapur kejap. Kang takut bebudak ni lari ke, mak nak ke dapur ke, terpijak najis ni (mertua saya seorang ni ada masalah katarak sebelah matanya).
Sementara saya settlekan urusan dapur, suami settlekan abah. Dah siap, saya dok kat sofa depan. Saya tenangkan mak mertua yang sedang terkejut lagi. Dia berceritalah apa yang berlaku. Dalam pada bercerita tu, suami bukak pintu bilik mak abah. Nampak dia papah abah. Katanya abah nak pergi bilik air juga. Nak bersihkan diri elok-elok. Saya lihat aje mereka berdua ke bilik air. Suami siap pesan ke abah jangan kunci pintu bilik. Tutup rapat aje.
"Yang, bukak pintu depan. Saya nak basuh alas kena kencing kat luar," suami bersuara. Terus saya buka pintu depan dan dia masuk ke dalam bilik. Tak lama kemudian, dia keluar dan saya standby bukak grail (dek kerana dalam rumah kami ada beberapa ekor bulus, jadi kena hati-hati bila bukak pintu sebab takut mereka keluar dan sesat). Suami buat kerjanya di luar dan saya pula duduk di ruang tamu dan wasap kakak2 ipar saya. Inform apa yang berlaku. Tak lama kemudian, suami masuk rumah. Dia nak tengok keadaan abah kat bilik air pula. Sampai depan bilik air, abah pun keluar. Pelan-pelan suami bawa abah duduk kat kerusi kayu meja makan yang dibawa ke depan (lebih tinggi jadi tak perlu kederat banyak untuk bangun dari duduk). "Abah dok kejap. Rudy nak bersihkan bilik tu sikit dan alihkan kereta. Kot nanti abang datang nak bawa abah ke hospital senang abah nak keluar berjalan," abah angguk aje dalam pada ngantuk, penat, tak percaya dia.
Ayah mertua saya ini sangat susah lihat dia sakit. Seumur hidupnya, sekali aje dia masuk hospital. Sepanjang dia bekerja, kurang dari 5 hari dia MC. Kalau setakat selesema, batuk, itu kita nampaklah tapi tak lama sakitnya. Paling teruk pun, kami tahu dia ada prostat. Itupun doktor baru ni check, prostat abah terkawal dan tak perlu pembedahan. Jadi, bila dia jatuh sakit teruk kali ni, kami tahu, memang ada yang tak kena dengan tubuh badan dia.
Saya skip ya bab dia pi check doktor. Kita terus aje ke part abah sampai hospital di Bangi. Bila sampai kat satu hospital di Bangi ni, doktor situ lepas check, boleh conclude abah ada masalah dihydrate. Saya pelik. Apa kena dihydrate dengan masalah kaki tak masuk dalam selipar, tangan menggeletar dan tak boleh bangun separuh badan akibat bahagian bawah melemah? Masa ni, saya 50/50 terima alasan doktor tu. Macam tak percaya. Tapi, ialah, kita bukan doktor, jauh sekali pakar. Jadi kita aaa kan ajelah.
Abah diminta tinggal di rumah abang ipar. Mak pun cucunya ambil dalam tengahari juga. Bukan apa, mereka perlu tinggal sebentar di sana kerana tahap kesihatan abah tak berapa stabil lagi. Di sana, ada anak-anak sedara lelaki yang kuat kederatnya lagi. Mereka boleh papah abah, angkat abah dan bantu dia dalam urusan melibatkan lelaki jika hal emergency berlaku.
12 Julai 2025, Hari ni, saya ada janji temu dengan 2 pengedar. Selesaikan hal kerja dulu dan kemudiannya bergegas ke Ampang, ziarah adik saya yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit thyroid. On the way kami ke Ampang, suami inform, "Yang, keadaan abah jadi macam semalam balik. Kaki dia lembik. Kali ni lebih teruk abang inform. Selera makan takde dan badan melemah." Allahu Akbar. Kami cepat-cepat selesaikan ziarah adik dan solat zohor di hospital. Sampai aje di rumah abang ipar, kelihatannya keluarga kakak ipar dah ada semuanya. Mereka semua sedang tunggu ambulans untuk bawa abah ke Hospital Aurelius (setelah masing-masing sepakat). Bila ambulans datang, stafnya terus check tekanan darah, jantung dan apa tah lagi. Bila selesai, mereka berdua bersama suami dan anak sedara, bantu untuk angkat abah menggunakan kain dan letak di atas katil strecher.
Ambulans bawa abah dalam jam 4.05 gitu. Abah yang kelihatannya lemah, pasrah aje apa dilakukan oleh keluarganya. Saya wasap kakak sedara suami yang selalu datang ziarah abah mak. Maklumkan kondisi abah yang tak stabil tu. Dia inform, kejap lagi dia datang dengan keluarga. Bila abah dah naik ambulans, saya dan suami tak tunggu lama, terus aje naik kereta dan pecut ke hospital. Sampai di hospital, abah dah diletakkan di wad pemantauan di bawah. Suami dan 2 kakak ipar, settlekan hal kemasukan dan bayaran untuk abah lebih kurang jam 4.34 petang.
Sementara mereka settlekan hal tersebut, tiba-tiba nurse datang dan tanya waris Haji Nazar. Pantas saya dan anak sedara bangun. Dia tanya macam-macam. Saya pun ceritalah dengan detail apa yang berlaku sejak 3 minggu lepas sehinggalah ke pagi semalam. Anak sedara yang seorang ni pula ceritakan apa yang berlaku sepanjang atuk di rumah mereka dan kekerapan dia jatuh. Bila dah dapat info, nurse tu beredar dan kami pun menunggulah. Menunggu sehinggalah kakak sedara suami sampai dengan suami dan anak perempuannya. Terus dia dapatkan saya. Tanya macam-macam. Saya jawab mana yang saya tahu aje. Apapun, syukur masa tu, walaupun abah ditempatkan di wad khas di area emergency, ahli keluarga boleh lagi lawat dia dalam 2 orang serentak. Dapatlah suami, kakak-kakaknya dan ahli keluarga lain jumpa kejap-kejap.
Kami di Hospital Aurelius sehingga jam 6.30 gitu. Balik rumah kejap dan lepas maghrib kami keluar segera. Cari Farmasi Big untuk beli barang kelengkapan abah seperti pampers dan tisu bagai. Alhamdulillah, adalah saya ilmu skit bila mama masuk hospital awal tahun haritu. Settle beli barang, terus ke hospital. Di sana, dah ada family kak ipar menunggu. Suami duduk kejap dengan mereka dan kemudian masuk ke bilik rawatan emergency abah dengan cucu kesayangan atuk. Syukur masa tu mereka masuk sebabnya abah dah mula sedar dan nak cabut jarum yang cucuk di lengannya. Cepat-cepat mereka halang. Berbual sekejap dan amikkan selimut extra sebab abah kesejukan.
Akhirnya, hampir jam 11 malam, baru abah dipindahkan ke wad. Dah macam rombongan cik kiah time ni kami semua follw nurse yang bawak abah ke wad. Pak guard yang jaga lif tu sampai tercengang-cengang bila tengok berderet aje orang nak naik lif. Entah apa dia tanya orang depan, saya yang last sekali cakap, "sekejap ya encik. Kami nak temankan ayah ke atas kejap. Dah ok semua, kami turun segera." Nasiblah hospital swasta, dia tolak ansur lagi. Kalau kerajaan, hentikan. Lepas mereka dah settle tengok abah, kami balik rumah. Dan malam tu, suami saya jaga abahnya sehingga pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan