Assalammualaikum & salam sejahtera. 13 Julai 2013. Hari ni, suami cerita yang sewaktu dia temankan abah di wad malamnya, abah sering garu-garu. Mereka berdua tak lena tidur. Sorang menggaru, sorang lagi tolong tahan jangan menggaru. Paginya, suami inform, abah berselera sedikit nak sarapan. Dia order nasi goreng dengan nurse bila ditanya nak makan apa. Alhamdulillah. Jika diingatkan semalam, rasanya abah cuma jamah sedikit bubur. Dia takde selera langsung.
Buat saya yang dah tahu rutin makan abah, dia seorang yang sangat particular bab makan. Pagi, lepas dia selesai beri kucing-kucing dalam rumah dan luar makan, dia akan buat secawan kopi radix dan sarapan skit sama ada dengan biskut kering dicicah atau kuih bahulu. Jam 9.15 nanti, dia selalunya sarapan berat skit sebab nak temankan mak. Time ni, selalunya kalau saya tak sediakan sarapan berat, abah akan kongsi dengan mak, mi goreng yang selalu dibeli suami dengan Panda. Tengahari, lepas solat zohor, dia akan makan nasi dengan lauk. Banyak. Petang, lepas asar, selesai rutin beri kucing makan, dia akan buat air panas & ambil beberapa keping biskut untuk dicicah. Jika saya ada goreng kuih, itulah yang akan dia ambil. Malam, selalu abah makan sikit. Sekadar temankan mak makan bersama. Dan bila lihat abah ada selera makan kembali, saya lega. Saya tahu dia ada tenaga untuk berusaha kembali kuat dan sihat.
Jam 9.15 pagi, suami inform family yang abah dah on the way bawa untuk buat CT Scan. Dan tak lama kemudian, sekali lagi suami inform dalam jam 10.03 yang abah ada pendarahan di kepala dan perlu buat pembedahan segera untuk membuang darah yang merebak di kawasan kepala. Allahu Akbar. Masa ni kami yang baca masej dah lemah lutut rasanya. Risau.
Abah mula dibedah sekitar jam 4 petang hari yang sama, hari Ahad. Kami semua lepas asar, semua berkumpul di hospital. Berharap pembedahan berjalan lancar dan abah akan pulih kembali. Hampir jam 7, pembedahan abah selesai. Abah terus dibawa ke ICU untuk pemantauan. Waktu ni, yang boleh jenguk dia hanya isteri dan anak-anak. Suami kata, doktor akan pantau dalam masa 24 jam. Lepas mereka berlima settle jenguk abah, kami solat maghrib dan kemudiannya makan kat luar kejap dan balik rumah.
14 Julai 2025, Pagi ni, kakak-kakak ipar saya ke ofis KWSP area depan rumah. Mereka check di web KWSP baru ni yang duit dari akaun kedua (atau akaun pertama saya tak pasti), boleh keluar untuk urusan rawatan ibubapa. Mungkin dalam beberapa tahun ni baru ada kot sebab sebelum ni tak pernah
dengar. Sekitar jam 10.20 pagi, suami wasap menyatakan yang abah dan boleh pindah dari ICU ke wad biasa. Alhamdulillah, syukur sangat waktu ni. Rasanya doktor lihat perkembangan kesihatan abah bagus, terus dah boleh ke wad biasa. Dalam jam 12.15, lihat anak sedara share gambar yang doktor izinkan abah makan bubur dahulu. Lega hati bila tengok abah buat peace ke kamera. Maksudnya abah ada rezeki untuk kembali sihat. Selesai makan, abah request untuk solat zohor dan rasanya masa ni, anak sedara jadi imam abah (ialah, kot abah tak ingat rakaat, adalah yang pandu dia). Petang, saya ziarah abah dengan suami. Lihat sendiri perkembangan abah, tenang skit hati. Saya biarkan dia berbual-bual dengan anak cucu. Moga dengan berbual, dia lupa kesakitannya itu. Dan malam ni, suami temankan lagi abahnya. Dan yang buat saya tersenyum, suami wasap. Dia kata abah tanya dia dah selak pintu ke belum. Suami kata, "abah, ini kat hospital. Kalau selak pintu, macam mana nurse nak masuk amik tekanan darah dan beri ubat." Ya, mertua saya ni ada rasa insecure skit sejak setahun ni. Entah kenapa dia asyik nak menyelak pintu aje, kami berdua tak tahu. Tapi bab ni, memang kekadang kami sabar, kekadang inform juga dia tak perlu risau sangat sebab bila kita semua keluar rumah, tak orang kat dalam yang nak tolong selakkan pintu. Apapun, ini kenangan yang akan kami kenang sampai bila-bila.15 Julai 2025, waktu ini, suami, kakak-kakak ipar, anak-anak sedara, bergilir-gilir jaga ayah/atuk mereka. Saya petang-petang baru datang jenguk. Ialah, nak kena settlekan urusan anak-anak kucing abah makan pagi dan petang. Itu belum lagi masuk kakak lekiu buat hal dengan anak keciknya (sekor dah mati kena hempap kusyen). Bila abah tak sihat, saya take over rutin dia ni. Pagi ni abah berselera makan. Depa tunjuk abah sarapan nasi lemak. Menu ni jarang abah nak makan kat rumah, tapi bila di hospital, mungkin abah jadi berselera sebab lapar bila sejuk-sejuk aircond.
Dan harini juga, mereka lihat ada sedikit perubahan pada daya ingatan abah. Abah bila nurse tanya nama, dia cakap Ramlee bukannya Nazar. Bila tanya umur, dia kata umurnya 66 tahun (padahal abah sentiasa ingat umur dia 85). Dan bila nurse tanya, "Pakcik ada di mana?" Dia terus kata, "Ada di rumah." Sudahnya nurse cakap, "Kalau pakcik di rumah, mana ada jarum kat tangan pakcik." Ada beberapa lagi insiden yang kami perasan abah jumble up memori lama dengan baru, situasi semasa dan orang keliling. Tapi syukur, masa ni abah ingat lagi menantu dia ni. Masa ni kami bersangka baik, ingatan abah akan pulih tapi ambil masa.
16 Julai 2025, Rezeki abah pagi ni. adik-beradik dan beberapa saudaranya dari Taiping datang ziarah. Dapatlah mereka berbual kejap (masa ni suami just hantar gambar je tunjukkan). Saya di rumah siapkan lempeng kelapa dan mi sizzling. Ya, mana tahu abah nak makan. Feveret dia lempeng tu (tapi kalau bukan rezeki, bukanlah. Entah macam mana, suami missplaced lempeng tu kat hospital, udahnya mereka tak dapat makan). Harini juga, doktor yang buat surgery abah cabutkan saluran dari kepala ke kantung kecik untuk keluarkan lebihan darah dari operation haritu. Bila tengok video abah kena cabut saluran tu dan jahit hidup-hidup, kesian ke dia. Nampaklah dia menitik air mata juga waktu tu. Saya yang pernah kena jahit di kaki secoet aje dulu dah sakit, inikan pula abah di kepala dengan usia dia begitu, lagilah berganda.
17 Julai 2025, Alhamdulillah, dalam jam 10.20 pagi, suami inform yang abah dah boleh discharge. Syukur dan lega sangat. Doktor akan jumpa kembali dalam masa seminggu untuk buka jahitan di kepalanya. Jam 3.20 petang, akhirnya abah keluar juga dan pulang ke rumah dengan mak.
Lepas maghrib, saya dan suami pergi ke farmasi Big. Cari pampers, lapik katil dan wet tissue untuk kegunaan abah di rumah abah ipar. Selesai beli, kami ke rumah abang. Jenguk abah dan mak di sana. Syukur, abah dah boleh minum seperti biasa, duduk elok dan berbual skit dengan kami. Alhamdulillah...
Kesihatan abah waktu ini baik dalam 6 hari. Dia ada selera makan, dia berbual dengan anak cucu menantu, dia boleh bergerak seperti biasa skit, faham bila diajak berbual dan tak demam. Namun, semuanya berubah dalam masa tak sampai seminggu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan