Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

7 Cara memupuk minda supaya tenang dan bahagia. Tip dari Dale Carnegie


Ingin minda supaya tenang dan bahagia, bukan perkara mudah. Jika kita dapat situasi ni dalam satu ke dua hari seminggu, itu sangat bersyukur. Sebab kadang-kadang ada aje situasi yang tak terjangka ganggu ketenangan kita. Contoh, tidur tak lena sebab kucing buat hal malam-malam, tayar kereta pancit tiba-tiba, kena cirit-birit walaupun kita jenis menjaga makan atau apa sahaja yang mampu twist ketenangan kita jadi haru-biru.

Saya suka rujuk buku Dale Carnegie How To Stop Worrying and Start Living bila mood kadang-kadang ke laut atau emosi rasa tak stabil sangat. Buku ni bantu beri tip atau cara yang kita terlupa bila berhadapan dengan masalah emosi. Ada 7 tip, jadi anda pilih mana yang dapat bantu anda dengan cepat untuk tukar minda serabut kepada tenang dan bahagia.

7 cara pupuk minda supaya tenang dan bahagia.

Kaedah 1: Mari memupuk minda kita tentang hal-hal keamanan, keberanian, kesihatan dan harapan kerana kehidupan kita terhasil daripada apa yang kita fikirkan. Berfikir dan bertindaklah dengan ceria, nescaya kita pasti berasa bahagia.


Kaedah 2: Jangan sekali-kali cuba membalas dendam kepada musuh-musuh kita. Sekiranya kita berbuat demikian, penderitaan yang kita alami pasti jauh lebih dahsyat daripada mereka. Jangan membazirkan masa walau seminit pun memikirkan tentang orang yang beliau tidak suka.

Kaedah 3: Usah berasa bimbang sekiranya tidak diucapkan terima kasih, marilah kita ikhlaskan diri dan tidak mengharapkan. Tetapi, apabila sesekali ada orang berterima kasih kepada kita, ia boleh bertukar menjadi suatu kejutan yang menggembirakan. Curahkanlah kasih sayang kepada orang lain dengan seikhlas hati.

Mengharapkan ucapan terima kasih bukanlah suatu cara mendapatkan kebahagiaan, sebaliknya keikhlasan ketika memberi itulah yang memberikan kebahagiaan.
Ingatlah, sikap tidak mengenang budi wujud kerana golongan ini tidak dipupuk sejak awal dengan sifat-sifat mulia, jadi sekiranya kita tidak mahu anak-anak kita begitu, marilah kita didik dan latih mereka supaya meringankan mulut mengucapakan terima kasih. Puji dan hargailah orang lain dengan ikhlas.

Kaedah 4: Hitunglah nikmat yang kita perolehi, bukannya masalah yang kita hadapi. 90 peratus daripada perkara-perkara yang berlaku dalam hidup kita adalah sempurna, hanya kira-kira 10 peratus sahaja yang Allah uji. Sekiranya kita ingin bahagia, berikan tumpuan sepenuhnya kepada 90 peratus yang sempurna. Kita jarang memikirkan apa yang dimiliki tetapi sibuk memikirkan kekurangan sahaja.


Kaedah 5: Jangan sekali-kali meniru orang lain. Marik kita cari dan jadi diri kita sendiri. Cemburu itu perbuatan lemah manakala suka meniru itu boleh membuatkan diri terbunuh. Sesiapa yang tidak dapat menemui dirinya sendiri, hanya mampu membangunkan 10 peratus daripada keupayaan mindanya yang terpendam.

Kaedah 6: Apabila kita diberikan limau yang masam, cuba jadikannya air limau yang manis. Lelaki mahupun wanita mempunyai keupayaan diri mengubah situasi yang buruk menjadi lebih baik. Kekurangan kita dapat membantu kita tanpa diduga.

Kaedah 7: Mari lupakan kesedihan kita dengan mencuba membahagiakan orang lain. “Apabila kita berbuat baik kepada orang lain, kita melakukan yang terbaik untuk diri sendiri.” Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri.” Berbuat baik ini secara tidak langsung dapat menjauhkan diri kita daripada memikirkan masalah diri sendiri. Kebahagiaan itu juga jika dilihat mampu menjangkiti orang lain yang disekelilingnya.

Peraturan pertama untuk memenangkan diri dan membahagiakan diri, ‘usah sekali-kali melakukan perkara yang kita tidak suka’. Ia kelihatan mudah tapi sebenarnya jika tidak kena gaya, akan membuatkan kita lebih berasa tertekan atau menyesal. Bila kita melakukan pekerjaan atau aktiviti yang disukai, sudah semestinya sesukar mana pun masalahnya, kita akan cuba selesaikannya sehingga berjaya dan puas hati. Jadi, untuk memupuk minda agar tenang dan bahagia, gunakan tip di atas yang anda selesa, sukai dan mampu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...