Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pulangnya ke rahmatullah ayah mertua yang baik (Part 2: Abah akhirnya ke hospital)


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, genap 8 hari abah pergi meninggalkan keluarga dan semua yang tersayang. Mak mertua sekarang ada di rumah anak sulungnya bagi menyelesaikan iddahnya. Suami pula, setiap petang atau dua hari sekali, akan jenguk maknya dan berbual kejap. Ada beberapa cucu susah nak move on bila atuk mereka dah tiada. Saya, kekadang ok, kekadang separa ok, kekadang rasa ko. Emosi macam yoyo. Kami semua sedang amik masa untuk stabilkan diri dan emosi. Kita sambung kembali ya kisah mertua saya seorang ni.

5 Julai 2025, suami tiba-tiba inform, "Yang, adik kata abah kerap keluar masuk bilik air. Rasanya sakit prostate abah ada problem." Kak ipar yang balik hujung minggu sedang makan di ruang tamu perasan yang abah kerap keluar masuk bilik air. Dia rasa macam pelik, terus dia wasap adik-beradiknya. 

Tak lama lepas tu, abang ipar n wifenya datang. Mereka bawa abah ke klinik untuk check-up. Dan keputusan, abah ada masalah jangkitan kuman dalam air kencingnya. Jadi, doktor berikan ubat yang sesuai dengan penyakit dan usia abah. Alhamdulillah abah makan. Masalah kencingnya berkurangan. Dan masa ni, hari-hari abah macam biasa. Dia makan nasi, kuih, biskut, durian, lauk pauk, semuanya macam biasa. Minum kopi dan air kordial feveret dia pun macam biasa lagi. Tengok filem P. Ramlee pun macam biasa.

11 Julai 2025, dengar bunyi hon van kurier depan rumah. Saya tanya suami, "Awak ada order barang ke?" Dia yang tengah meeting cakap, "Sarang burung mak. Ce tengok." Saya ke tingkap dan minta posmen poslaju tu tunggu jap. Saya nampak abah dah keluar pintu grill. Mata tertangkap sesuatu yang ganjil dia sedang lakukan. Berkali-kali dia cuba sarung kaki ke selipar jepunnya baru masuk. 'Eh, kenapa tu? Abah tak sihat ke?' Saya tengok dia dah cakap-cakap dengan posmen tu, saya ingat oklah. Saya terus kembali ke kerusi kerja.

Beberapa minit kemudian, dengar dia panggil nama suami. Saya bangkit dan ke tingkap. Sekali lagi mata saya terpandang reaksi badan yang ganjil pada abah. Tangan kirinya menggeletar. Seolah seperti terkena Parkinson (arwah nenek saya dulu hidap penyakit ni jadi saya tahu). "Kenapa bah?" tanya saya lepas buka tingkap. "Posmen ni kata kena bayar RM300 ke dia baru boleh amik barang mak ni." Pantas saya faham. Ini COD. 1st time syarikat ni buat. Selalunya dia hantar staf untuk hantar barang. Segera saya capai cardigan dan tudung. Terus keluar bilik dan cakap dengan mak, tentang bayaran tu. Mak mulanya nak bagi abah duit yang dia dah pegang tapi saya dengan pantas minta aje dengan dia sebab nak cepat. At least, abah dan posmen tak tunggu lama dan abah tak perlu soal jawab banyak dengan posmen (orang tua, mana tahu COD tu apa kan). 

Once saya beri wang RM300 pada posmen, abah nak angkat stok sarang burung mak yang mungkin dalam 5-7 botol tu. "Bah, boleh ke?" Saya tanya sebab teringat tangan dia yang menggeletar tadi. "Boleh, boleh." Terus dia angkat masuk rumah. Saya selesaikan hal tutup gate dan grill lepas tu. Masuk

Pulangnya ke rahmatullah ayah mertua yang baik (Part 1: Tragedi awal abah jatuh di dapur)


Assalammualaikum & salam sejahtera. Ayah mertua yang baik, itu yang saya berikan pada dia. Minggu ini, minggu yang sedih buat kami sekeluarga. Ayah mertua saya, Haji Nazar B. Harun @ Pakcik Ramli telah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada tanggal 11 Ogos 2025. Perginya membawa kenangan yang baik buat anak cucu serta menantu. Tak sampai 2 bulan abah sakit dan sakitnya itu bukan kerana sakit lama yang dihidapinya.

14 Jun 2025, Hari ni bangun dalam jam 8 pagi gitu. Setelah beberapa hari tak cukup tidur settlekan order customer, harini bangun lambat skit. Keluar aje dari bilik mandi, saya dengar seperti ada orang memangkas pokok depan rumah. Saya tahu, ni mesti ayah mertua saya. Beberapa hari lepas, dengar dia menelefon biras bertanyakan anak dia. Dia nak minta tolong potongkan pokok depan rumah. Terdengar dia berkata, "Umar dah kerja? Abah ingat nak minta dia potong pokok depan rumah. Dia kerja kat mana?" Entah apa dijawab, saya tak pasti. Tau-tau pagi ni, dia dah buat aktiviti potong pokok. Terus kejutkan suami, "Yang, bangun. Abah awak potong pokok tu. Kang apa-apa hal, jatuh plak." 

Suami yang demam, terkejut. Pelan-pelan dia bangun dan segarkan skit muka dan keluar bilik. Tak sempat keluar rumah sebab kena bersihkan kencing kucing depan pintu, tau-tau abah dah siap potong pokok. Waktu ni, saya yang baru keluar bilik dengan baldi baju kotor, nampak dia berehat kat kerusi depan dengan mak. Dia rehatkan diri kejap. Dalam pada saya uruskan apa yang patut kat dapur, tiba-tiba abah tanya, "Fisyah, mesin baju dah gerak ke?" "Dah bah. Esok ajelah basuh baju lain," jawab saya. Lepas tu, dengarlah dia mandi bagi legakan diri.

Tak lama kemudian, tengah saya perangatkan kuah sup untuk makan dengan bihun, nampak mak mertua masuk dapur. Dia ke tempat cawan dan nak buat air. Saya pula yang tengah paling nak amik alas letak periuk, dari sisi mata, nampak abah masuk ke dapur. Nak sarapan sama dengan mak. Tengah tangan saya nak capai alas yang tersangkut di dinding, tiba-tiba, Gedegang! Bunyi jatuh. 

Saya paling. Kelihatan abah dah jatuh terlentang sambil mata pandang atas. Saya terus jerit nama dia. Abah yang terlentang tu macam terkejut rupanya. Suami yang tengah buat kerja dalam bilik, bergegas keluar bila dengar saya jerit. Kami berdua lekas bangunkan abah. Abah duduk kat lantai kejap. Wajah dia macam blur dan tertanya-tanya. Lepas semangat dia dah datang skit, pelan-pelan kami bangunkan dia dan dudukkan di kerusi meja makan. Suami dah risau. Dia tengok kepala abah kalau ada pecah atau darah. Alhamdulillah takde. Pantas dia amik kain dan letak ais kiub dalam fridge dalam kain tersebut. Dia tekap area kepala abah yang terhentak tu. Risau takut ada darah beku atau apa-apa kecedaraan dalaman yang tak nampak. 

Tak lama kemudian, kami sediakan sarapan abah dan biar dia makan dengan mak dulu. Abah makan skit aje masa ni. Rasanya mood terkejut dia masih ada. Dia bangun dari kerusi dan nak letak cawan ke sinki, suami kata takyah. Nanti dia basuh. Pelan-pelan abah jalan ke depan. Suami bangun juga dan

11 jenis makanan yang meningkatkan mood bila down

 

Mood atau emosi ada ketika tidak stabil terutama sekali bila kita dalam hidup yang mengalami tekanan, stres, marah ataupun sedih. Bila marah, selalunya kita akan melampias segalanya jika tidak pada orang, pada makanan. Bila sedih pula, kita lebih suka mendiamkan diri dan tak ada selera nak makan. Dan bila kita berada dalam mood tertekan atau stres, kita lebih suka melempias rasa pada apa sahaja yang mampu buat kita rasa tenang. Sebagai contoh tonton drama lama yang best, baca novel, tidur mahupun makan atau minum apa sahaja yang boleh melegakan tekanan.

Sedang saya cari bahan untuk artikel web Ekspresisyukur , tiba-tiba terjumpa artikel tentang makanan yang boleh boost mood kita dari down kepada fasa bertenang dan gembira kembali. Weh... Ini sudah bagus. Sebab kadang-kadang mood kita memang ada ke laut atau swing. Nak centerkan balik, rasa macam susah aje. Tapi bila lihat senarai-senarai makanan ni, rasanya mudahlah nak dapat lagi dan murah (kalau mahal sangat macam truffle, kirim salam ajelah boleh beli...). 

Ini 11 jenis makanan yang anda boleh cuba untuk ON kan balik mood tak best dalam diri. 

1. Pisang - No wonder monyet happy aje bila dapat pisang. Rupanya ia membantu menyumbang kepada mood bahagia dalam diri. Pisang membantu meningkatkan mood kerana mengandungi triptofan dan vitamin B6. Dua bahan ini berkait rapat dengan memberi rasa bahagia dan relaksasi. Gula yang terdapat di dalam pisang membantu mencegah perubahan mood yang drastik dan membantu kadar gula di dalam darah. Apapun, jangan ambil berlebihan pisang dalam sehari. Takut nanti jadi penyakit lain pula.

Pisang goreng

2. Coklat - Siapa yang tak suka coklat kan. Ia antara makanan yang mampu menaikkan kembali mood manusia. Tak perlu banyak tapi cukup sekadarnya. Contoh seperti minum air coklat, makan coklat sedap sekeping, nikmati manisan berinti coklat 4 ke 5 ketul atau dapatkan aiskrim coklat sebatang. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa coklat mampu meringankan gejala depresi dan meningkatkan kadar hormon serotonin dan endorfin dalam diri. 

3. Kacang-kacangan dan biji-bijian - Kacang ini tidaklah spesifik kepada kacang apa tapi as long ia adik-beradik kekacang dan bijian. Lihat orang yang suka mengunyah kacang, makan kuaci, letak kekacang dalam  salad sayuran, makan tempe, mereka semua cuba menimbulkan mood bahagia dalam diri dan pada masa yang sama cuma menenangkan diri. Kacang dan bijian ini secara langsung membantu menambah kadar magnesium dalam badan sekaligus mengurangi kolestrol jahat serta menjaga kadar gula agar stabil. 

4. Gandum - Gandum mampu boost mood anda yang down untuk naik perlahan-lahan. Gandum

7 Cara memupuk minda supaya tenang dan bahagia. Tip dari Dale Carnegie


Ingin minda supaya tenang dan bahagia, bukan perkara mudah. Jika kita dapat situasi ni dalam satu ke dua hari seminggu, itu sangat bersyukur. Sebab kadang-kadang ada aje situasi yang tak terjangka ganggu ketenangan kita. Contoh, tidur tak lena sebab kucing buat hal malam-malam, tayar kereta pancit tiba-tiba, kena cirit-birit walaupun kita jenis menjaga makan atau apa sahaja yang mampu twist ketenangan kita jadi haru-biru.

Saya suka rujuk buku Dale Carnegie How To Stop Worrying and Start Living bila mood kadang-kadang ke laut atau emosi rasa tak stabil sangat. Buku ni bantu beri tip atau cara yang kita terlupa bila berhadapan dengan masalah emosi. Ada 7 tip, jadi anda pilih mana yang dapat bantu anda dengan cepat untuk tukar minda serabut kepada tenang dan bahagia.

7 cara pupuk minda supaya tenang dan bahagia.

Kaedah 1: Mari memupuk minda kita tentang hal-hal keamanan, keberanian, kesihatan dan harapan kerana kehidupan kita terhasil daripada apa yang kita fikirkan. Berfikir dan bertindaklah dengan ceria, nescaya kita pasti berasa bahagia.


Kaedah 2: Jangan sekali-kali cuba membalas dendam kepada musuh-musuh kita. Sekiranya kita berbuat demikian, penderitaan yang kita alami pasti jauh lebih dahsyat daripada mereka. Jangan membazirkan masa walau seminit pun memikirkan tentang orang yang beliau tidak suka.

Kaedah 3: Usah berasa bimbang sekiranya tidak diucapkan terima kasih, marilah kita ikhlaskan diri dan tidak mengharapkan. Tetapi, apabila sesekali ada orang berterima kasih kepada kita, ia boleh bertukar menjadi suatu kejutan yang menggembirakan. Curahkanlah kasih sayang kepada orang lain dengan seikhlas hati.

Mengharapkan ucapan terima kasih bukanlah suatu cara mendapatkan kebahagiaan, sebaliknya keikhlasan ketika memberi itulah yang memberikan kebahagiaan.
Ingatlah, sikap tidak mengenang budi wujud kerana golongan ini tidak dipupuk sejak awal dengan sifat-sifat mulia, jadi sekiranya kita tidak mahu anak-anak kita begitu, marilah kita didik dan latih mereka supaya meringankan mulut mengucapakan terima kasih. Puji dan hargailah orang lain dengan ikhlas.

Kaedah 4: Hitunglah nikmat yang kita perolehi, bukannya masalah yang kita hadapi. 90 peratus daripada perkara-perkara yang berlaku dalam hidup kita adalah sempurna, hanya kira-kira 10 peratus sahaja yang Allah uji. Sekiranya kita ingin bahagia, berikan tumpuan sepenuhnya kepada 90 peratus yang sempurna. Kita jarang memikirkan apa yang dimiliki tetapi sibuk memikirkan kekurangan sahaja.


Kaedah 5: Jangan sekali-kali meniru orang lain. Marik kita cari dan jadi diri kita sendiri. Cemburu itu perbuatan lemah manakala suka meniru itu boleh membuatkan diri terbunuh. Sesiapa yang tidak dapat menemui dirinya sendiri, hanya mampu membangunkan 10 peratus daripada keupayaan mindanya yang terpendam.

Kaedah 6: Apabila kita diberikan limau yang masam, cuba jadikannya air limau yang manis. Lelaki mahupun wanita mempunyai keupayaan diri mengubah situasi yang buruk menjadi lebih baik. Kekurangan kita dapat membantu kita tanpa diduga.

Kaedah 7: Mari lupakan kesedihan kita dengan mencuba membahagiakan orang lain. “Apabila kita berbuat baik kepada orang lain, kita melakukan yang terbaik untuk diri sendiri.” Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Mengasihi saudara kita sama seperti mengasihi diri sendiri.” Berbuat baik ini secara tidak langsung dapat menjauhkan diri kita daripada memikirkan masalah diri sendiri. Kebahagiaan itu juga jika dilihat mampu menjangkiti orang lain yang disekelilingnya.

Peraturan pertama untuk memenangkan diri dan membahagiakan diri, ‘usah sekali-kali melakukan perkara yang kita tidak suka’. Ia kelihatan mudah tapi sebenarnya jika tidak kena gaya, akan membuatkan kita lebih berasa tertekan atau menyesal. Bila kita melakukan pekerjaan atau aktiviti yang disukai, sudah semestinya sesukar mana pun masalahnya, kita akan cuba selesaikannya sehingga berjaya dan puas hati. Jadi, untuk memupuk minda agar tenang dan bahagia, gunakan tip di atas yang anda selesa, sukai dan mampu.

Rencana Allah pada kita adalah yang terbaik?


Rencana Allah pada kita adalah yang terbaik? Pastinya persoalan ini pernah berlegar dalam fikiran kita di saat waktu tertentu. Soalan seperti ini muncul apabila kita sedang menghadapi ujian hidup atau konflik yang rasa tak tertanggung oleh diri. Bila kita teramat sedih, terpaksa menanggung rasa sakit yang berat, hutang keliling pinggang, sudah berusaha semampunya tapi seperti tiada jalan keluar dan macam-macam lagi masalah datang menghambat diri, kita akan rasa sangat ‘down’. ‘Down’ yang tak tahu bagaimana hendak luahkan dan gambarkan. Perasaan itu seolah mencengkam kuat dalam dada hingga buat tidur tak lena, hilang fokus, sakit dada, pening, tak sihat, termenung dan cepat marah.

Saya sendiri mengakui ada beberapa kali tertanya soalan ini pada diri sendiri. Bila masalah diluar kawalan atau tak terjangka berlaku, soalan ini muncul. Pernah saya suarakan pada suami dan dia jawab, “Tak baik fikir macam tu’. Abis tu nak fikir macam mana lagi kan? Soalan itu muncul tanpa kita tahu ia akan muncul. Kita pula sedang stres, sudah tentu fikit macam-macam.

Dan mungkin setelah puluhan tahun pelbagai masalah menimpa, saya sudah mula perlahan-lahan berjaya untuk kawal diri. Mungkin ianya datang dari pengalaman diri, datang dari pembacaan, datang dari perkongsian ilmu di medsos dan ilham dari Allah. Semua jalan penyelesaian bagi masalah yang datang bukanlah datang sekaligus tapi berfasa. Bilamana umur sudah menjangkau 40 tahun ini, pengalaman mengajar saya untuk banyak bersangka baik pada Allah, bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian dalam ruang lingkup dibenarkan Islam.

Jika 22 tahun lalu saya pernah ‘didatangi’ ujian hebat berkaitan iman, 13 tahun lalu ujian anak pula muncul dan kini bila ada ujian lain datang dalam bentuk berbeza pula, perlahan-lahan tapi yakin, saya akan merujuk kepada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Firman Allah di dalam al-Quran adalah ubat bagi segala penyakit dan permasalah yang berlaku dalam dunia, negara, keluarga mahupun individu. Allah sendiri berfirman dalam

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...