Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Khamis, 27 Mei 2021
Kueh Tiaw Hailam, makan sekali nak lagi
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.Menu feveret saya lepas pekena kueh tiaw hailam yang sedap dulu. Gigih cari & cuba resipi yang kena dengan tekak. Ini resipinya. Mudah sangat.
Bahan:
3 sudu besar minyak masak/zaitun
1.5 liter air stok ayam (guna kiub pati ayam je)
2 ketul ayam goreng dikerat kasar
2 keping fish cake, dihiris
4 batang cili besar merah & hijau, dipotong kasar
1 batang lobak merah dihiris
2 biji tomato belah 6
3 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1 ikat sawi batang pendek, dipotong kasar
4 sudu besar sos tiram
2 sudu teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
4 sudu sos cili
1 sudu besar tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga mesra)
4 biji telur
Garam secukup rasa
Bahan lain:
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
1 liter air untuk rebus kuey teow
Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar & putih hingga wangi, masukkan lobak merah, kacau sebentar. Masukkan air 1 cawan. Masak hingga air mendidih.
2. Kemudian, campurkan sos tiram, sos cili, kicap pekat & serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Kacau sesekali & biar mendidih.
3. Masukkan ayam goreng, fish cake & cili. Biar sekejap & tuang bancuhan tepung jagung, kacau hingga mesra.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah. Kacau perlahan-lahan agar telur pecah. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & bila nampak kuah sedikit memekat, dah boleh tutup api.
5. Untuk kueh tiaw, panaskan kuali berisi air & sesudu kecil minyak bijan. Bila air mendidih, masukkan kueh tiaw. Kacau seketika. Matikan api & toskan kuey teow. Siap untuk dihidang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan