Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Selasa, 11 Mei 2021
Puding jagung yang seda[p & seperti makan aiskrim
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.Dah bertahun tak makan puding ni. Dan sesekali makan, rasa macam makan aiskrim jagung. Bila lepas tarawih & cari kudapan, amik aje sudu & kaut sikit demi sikit masuk mulut puding jagung yang lembut & wangi ni.
Bahan:
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis dalam tin
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Penyediaan:
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat, kental & berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat & tuang puding ke dalam loyang atau bekas tahan panas. Simpan dalam peti ais selama 2 jam. Selepas itu, bolehlah dipotong ikut suka atau sedekahkan pada jiran 😊
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan