Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Peria goreng tepung yang rangup & sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Anda yang tak berapa suka peria pun akan suka rasa dari resipi ni. Sebab, rudy yang tak makan sangat sayur pelik boleh semalam dia bukak tutup balang. Mengudap peria goreng ni sambil borak.
Inipun first time saya buat. Alhamdulillah jadi. Nanti anda cuba. InsyaAllah sedap.

Bahan:
1 batang peria kembas dibelah dua, dibuang isi tengahnya & dihiris nipis
1 sudu besar garam (rendaman)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung goreng ayam segera (tak kisahlah apa brand)
Tisu dapur (untuk keringkan peria basah)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Setelah dihiris peria dengan nipis, rendam dalam air bercampur garam. Rendam sekurangnya setengah jam. Selepas itu, basuh bersih & tapis. Untuk cepat kering, tekap dengan tisu dapur & kemudian keringkan di bawah kipas.


2. Campurkan tepung jagung & tepung goreng ayam. Gaul mesra & ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali & guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan segenggam hirisan peria ke dalam tepung & sadurkan ia. Kemudian, masukkan peria tersebut dalam kuali. Kacau & masak hingga kekuningan. Angkat & toskan. Masak sehingga habis semua peria.
4. Setelah peria goreng tak panas dah, letakkan dalam balang. Tutup rapat. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...