Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Semua orang punya kreativiti pemberian Allah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua

BILA RUDY MELUKIS.
BILA DAH 16-17 TAHUN TAK MELUKIS, ALLAH MASIH BERIKAN DIA 'TANGAN BERSENI' UNTUK MENYIAPKAN GAMBAR-GAMBAR NI. ALHAMDULILLAH.

Jumaat lepas saya ada baca satu buku 'How To Be Creative'. Bukunya simple & penulis mengingatkan sesuatu yang kita semua pernah & seronok lakukan masa kecil & ketika bersekolah. Dengan bermain atau buat sesuatu yang kita suka, badan kita akan 'reengage with the creative self within'.

Dan sebaik saya kongsikan tentang ilmu kreativiti dalam buku yang dibaca dengan Rudy (walaupun baru baca 1/5 buku aje), terus dia bersemangat nak beli alatan melukis. Nasib set pensel warna hitam murah. Dalam RM15 aje sekotak (ada warna hitam pekat hingga hitam yang warna lembut).

Malam tadi dia settle gambar lukisan saya. Walaupun berpuluh tahun tak melukis, tapi hasilnya tetap cantik (jadilah juga rupa orang berbanding soh saya lukis, confirm orang lidi :) )

Lukisan gambar yang pada saya cantiklah. Sebab ada rupa orang. Kalau spesis tak pandai lukis, memang tak jadilah (sayalah yang tak pandai tu)

Dan esoknya, dia selesaikan sketching kedua. Kali ni, dia melukis sesuatu yang dia pernah ceburi dulu masa sekolah. Waktu masih sihat, kuat & bertenaga, bersilat.

Bila tengok hasilnya, saya tahu dia happy & hilang stress sekejap bila gunakan kreativiti yang Allah beri. Itu yang dia pandai sejak kecil. Barangkali diciptakan Allah untuk dia menenangkan diri.

Inilah buku yang saya maksudkan tu. Bukunya simple. Tapi isi dalamnya sangatlag bagus. Saya beli di Bookxcess. Rasanya mungkin akan ada jual juga di Big Bad Wolf.

Anda semua, punya satu kemahiran yang Allah berikan pada kita sejak kecil. Ia kemahiran yang alami. Jika ibu bapa kita sedari, ia akan menjadi satu senjata yang bagus untuk kita menggunakannya dalam meneruskan kelangsungan hidup dan memperbaiki diri & persekitaran. Namun, jika tidak menggunakannya, ia akan perlahan-lahan dilupakan.

Saya & encik hubby ada mendengar satu slot di radio IKIM Khamis lepas. Orang yang dijemput dalam slot tu menceritakan tentang parenting. Dia kata, "setiap anak mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ibu bapa berperanan dalam mengenalpasti & mengembangkannya. Jika anak kita bukan jenis yang pandai mengira secara congak atau automatik, dia barangkali boleh mengira dengan menggunakan kaedah lain seperti menunjukkan contoh barangan di hadapannya."

"Contoh juga dapat dilihat pada pelari pecut dunia, Usin Bolt. Pada waktu kecil, dia seorang kanak-kanak yang sangat aktif. Tidak boleh duduk diam. Akhirnya, bapanya membawa Usin Bolt yang berusia kurang daripada 6 tahun ke sebuah padang. Dia membuat satu garisan. Dia menyuruh anaknya berlari hingga ke hujung garisan. Dan bila anaknya berlari dengan sangat pantas, dia kagum. Lalu dari situ, dia mula mengasah bakat anaknya untuk terus memperbaiki masa larian. Dan sewaktu anaknya memasuki alam persekolahan, dia sebagai ayah, terus mencari guru yang bersesuaian untuk memaklumkan bakat anaknya itu. Gurunya itu juga kagum setelah melihat sendiri tahap larian Usin Bolt. Dan akhirnya, sehingga sekarang ini, tiada siapa yang mampu lagi mengalahkan rekod Pelari Pecut Dunia di tangannya."

Jadinya, siapapun kita & apa pun kelebihan yang Allah beri, cuba usahakan yang terbaik & jadikan ia sebagai salah satu cabang menghilangkan tekanan hidup & membina kreativiti diri. Jangan biarkan persekitaran negatif mengganggu kita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...